Itu pepatah yang boleh aku ungkapkan untuk post kali ni. Baru sebentar tadi aku dan bersama rakan lain selesai mengikuti “Bengkel Asas Fotografi – Siri 2” yang dianjurkan oleh Saudara Tarmizi Shukri. Lokasi kali ni, masih lagi bertempat di Esplanade KLCC atau nama lain Taman KLCC. Bagi aku yang pertama kali mengikuti bengkel asas fotografi ni, dan aku boleh katakan, sukatan asas yang diberikan adalah cukup lengkap.
Dinobatkan sebagai juara Favourite Photography Blog bukanlah beerti kita ni dah pandai serba-sebi membidik. Tujuan lain aku mengikuti kelas Saudara Tarmizi ni antaranya, refresh balik apa yang aku dah belajar sebelum ni. Mungkin ada kekurangan di situ. Dan betul, memang terdapat kekurangan yang aku masih belum tahu mengenai penggunaan kamera dSLR.
Kerap kali aku dipesan oleh “Guru” – adab kita kalau nak berguru atau menuntut sesuatu ilmu dengan orang lain… “simpan dulu ilmu yang kita ada, hadirkan sebagai sifar”. Sikap seperti ni sedikit sebanyak membendung kita daripada riak dengan apa yang kita tahu dan disenangi dengan mereka yang hadir. Bila dah habis menuntut, barulah kita boleh adaptasi apa yang kita tahu dan apa yang kita baru pelajari. Setiap “Guru”, kelebihan mereka adalah unik. Walaupon asasnya adalah sama, tapi skill mereka mungkin berbeza.
Bercerita mengenai bab-bab yang disentuh untuk Bengkel Asas Fotografi pada kali ni, aku sangat gembira dengan penerangan menyeluruh dari Saudara Tarmizi. Asas dimulakan dari mengenal mod-mod yang terdapat pada sesuatu dSLR. Daripada mengenali mode, metering, sampai la kepada komposisi, semuanya satu pakej yang lengkap sebagai pembelajaran teknik asas penggunaan dSLR.
Kepada mereka yang masih sangsi untuk mengikuti kelas ni, aku sarankan supaya jangan fikir panjang kalau anda betul-betul berminat dengan fotografi. Owh ye.. cakap saja tak guna.. mana hasil dia? Jom layan…
NOTA: Aku rasa amat puas dengan penyampaian Saudara Tarmizi. Jelas, padat dan menyeluruh untuk pengetahuan asas fotografi. Terima kasih aku ucapkan kepada beliau atas perkongsian ilmu. Harap dihalalkan ilmu yang dipelajari. Ada masa terluang, boleh kita keluar outing plak ye bro Tarmizi.. hehehe..
Nazuren
23/06/2014 @ 9:09 pm
saya nak tanya. kalau nak jadi fotografer, subjek ape yang kena lulus?
Promosi Bengkel Asas Fotografi 2014 | TarmiziShukri's Blog
08/01/2014 @ 2:14 am
[…] 1 | Testimoni 2 | Testimoni 3 | Testimoni 4 | Testimoni […]
Pondok Papan
20/03/2013 @ 1:04 pm
Seronok baca artikel ni..hehe..hasil gambar pun semua cantik2…
Muhamad Azman Ishak
20/03/2013 @ 5:05 pm
hehehe… terima kasih
Mus
11/03/2013 @ 11:09 pm
Saya telah membaca post ini.
Nor Hazrien Hamdan
06/03/2013 @ 10:14 pm
muka saya pada last gambar tu , sye sendiri tekincit nengoknye xD
Muhamad Azman Ishak
07/03/2013 @ 1:09 am
hahaha… eh macam mane boleh jumpe blog bersawang ni? ekekek.. gambar kenangan kita pernah sekelas. selamat maju jaya. amin!
Muktasim
06/03/2013 @ 12:29 pm
saya pun nak pesan kat anak-anak murid “simpan dulu ilmu yang kita ada, hadirkan sebagai sifar” memang terbaik la.. 🙂
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:59 pm
ye betul cikgu… terbaik untuk anak didik pesan ni.
staibaqhang
06/03/2013 @ 11:47 am
back to basic… walau banyak mana kita tahu mesti ada kelemahan kerana manusia ini penuh dengan kelemahan dan kelalaian…
staibaqhang
06/03/2013 @ 11:45 am
Saya telah membaca post ini.
Denaihati
05/03/2013 @ 11:29 pm
terbaiklah pesan guru tu. asasnya boleh pakai apa2 bidang.
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:59 pm
lama dah pesan guru ni. masih lagi berpegang pada pesan dia.
KiD
05/03/2013 @ 11:26 pm
saya takde skill mengambil gambar.. lum start kelas lagi.. hehehee
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:58 pm
jom outing.. hehehe… masing-masing bawak anak.. lepas tu.. kamera kemana.. jenuh kepung anak je jawab dia. lol~
tarmizishukri
05/03/2013 @ 3:19 pm
thanks bro sebab sudi datang.. nanti ada masa kita outing ramai-ramai.. 🙂
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:58 pm
terima kasih atas pelajaran. mintak dihalalkan apa yang dipelajari tempoh hari.
hafiz
05/03/2013 @ 10:16 am
bagus ye bro walaupun dah terrer pun masih gi kelas lagi
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:57 pm
masih ade kekurangan pada diri yang perlu diperbaiki.
hatiputera
05/03/2013 @ 8:54 am
Bila bro Tarmizi buat kelas lagi..best layan nie.
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:56 pm
kalau ade yang request pada kawasan kuala lumpur, dia kata kebarangkalian dia akan buat untuk next session.
Amirez
04/03/2013 @ 2:08 pm
seronok dapat outing sambil belajar macam ni. ilmu pun senang nak serap daripada belajar depan laptop.
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:56 pm
itu la. seronok gak. lepas teori, terus je buat praktikal. baru berkesan pelajaran tu.
wandisini
04/03/2013 @ 12:32 pm
best…best….best…. aku balik kampung aritu. kalau tak ada apa-apa memang aku ikut gak
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:55 pm
tu la hang dok kate.. kalau boleh.. aku nak seret je ramai-ramai join kelas pemulihan ingatan macam ni. keh keh keh.
menteil
04/03/2013 @ 12:03 pm
aku jeles, tu je. bye!
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:54 pm
menteil, jom outing sesama 😀
Megat
04/03/2013 @ 10:01 am
Saya telah membaca post ini.
akubiomed
03/03/2013 @ 9:23 pm
Bro seret sekali Azmanisma. Rupanya beliau sudah terjebak juga. 🙂
Muhamad Azman Ishak
03/03/2013 @ 11:43 pm
tau tak pe.. tak sia-sia kita tabur tuba hari tu kan? kah kah kah!
mizsfatima
03/03/2013 @ 9:23 pm
Alhamdulillah…selesai bengkel ni. Saudara Tarmizi mmg ajar dngn lengkap. senang nak faham. skali dngn teori dan prtcl. Selama nie shoot tak ikut asas pun. Bila dah faham bolehlah praktif bnyk2 lg. lepas nie blehlah en.azman ajak prg outing mana2. ajar kami the beginner nie haaa…
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:52 pm
insyaallah.. boleh. kalau ade nak outing, barangkali bila dapat masa bersesuaian, saya akan publishkan kat sini.
azman
03/03/2013 @ 8:14 pm
Terbaik apa yg mampu dikatakan………..bila dah pergi kelas asas ni….yang gelap semakin cerah,cuma perlu kena praktis sendiri dan memahami asas DSLR – Memang tekun sebab nak bagi paham betul2 hehehe…
*aku jek tak sempat nak shoot gambo ko hahaha…sebab terlalu tekun hehehhe…
akubiomed
03/03/2013 @ 9:25 pm
Lepas ini boleh ambil subjek yang dekat dengan bro. 🙂
Izwan Yusof
03/03/2013 @ 8:10 pm
terbaik bro! saya bajet constraint nak join event ni. lain kali kot kalau ada rezeki lebih sket. memang minat gile dengan artwork Tarmizi Shukri, komposisi dia best. Nampak macam pak man dapat gambar hasil F1.4 tu. bokeh leleh2.
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:54 pm
aku tunggu sesi seterusnya – “Breaking the rules” insyaallah.. aku memang nak join. atau kita boleh request dengan dia ramai2.
hazman aka species1980
03/03/2013 @ 8:02 pm
Adessss…. ada gadis dan awek rupanya….rugi betul gua tak join….
akubiomed
03/03/2013 @ 9:26 pm
Habislah awek jadi subjek. Ha..ha..
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:54 pm
hitu la bang… orang ajak tak mau. hahaha