Alhamdulillah… ini nak kata obses pon aku tak tau la nak cakap ape lagi. Tapi keinginan untuk mensudut-dongakkan setiap artwork tu sebenarnya dah lama terpahat di hati. Cuma masalah sebelum ni masih tak mampu nak memiliki. Sekarang, satu lagi asset telah aku invest untuk AI MEDIA NETWORK berupa lense manual Samyang 14mm f1.8 ED AS IF.
Nak beli yang auto, boleh bayangkan je la harga dia kalau dah APERTURE sampai f2.8 tu kan? Lagi-lagi dari kategori ULTRA WIDE ANGLE. Buat masa ni hanya mampu memiliki lense dari kategori manual. Sebabnya, hobi ini masih belum di utilize sepenuhnya. Insyaallah jika dah stabil, teknik pon dah betul, baru boleh invest kepada Auto-Focus lens.
Seperti biasa, siri review aku adalah dari gambar dan caption. Sila baca dengan teliti kepada mereka yang berminat untuk memiliki lens ni. Kene faham, ini adalah manual lense. Ianya tidak ada motor elektrik, tiada kawalan aperture automatik… lupekan semua tu… Semuanya manual. Maknanya… kalau nak aperture besar, sila putarkan aperture-ring pada badan lense ni.
Sebelum saya terlupa, mungkin ada rakan yang bertanya, “Saya tak paham la short-term pada body lens ni. Contohnye: Samyang 14mm f1.8 ED AS IF, jadi boleh tolong terangkan tak?”. Untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan terperinci, aku cadangkan kamu membaca kod-kod tersebut di sini, untuk dibuat rujukan.
NOTA: Banyak rakan yang suggest supaya aku ambik lens second-hand. Masalahnye bukan berlagak tanak guna lens second-hand, tapi bile memikirkan same je nak kene keluar duit pon lebih kurang sama dengan lense manual yang baru. Baik ambik baru.. manul pon ok la. Janji ada ART . Kekekeke… Tapi yang sebenarnya… LENS AUTO MAHAL NAK MAMPUS KAU TAHU!!!!
Adam Roslan
28/02/2013 @ 5:35 am
Salam.
Nais ni. Tapi first time dengar brand ni.
akubiomed
23/02/2013 @ 10:45 pm
Memang ada pelan hendak mencari lensa untuk kamera didalam kepala sudah ada cuma duit belum mari lagi. 🙂
akubiomed
23/02/2013 @ 10:45 pm
Gambar yang dihasilkan nampak tajam.
Mus
17/02/2013 @ 11:46 am
Saya telah membaca post ini.
Hazmin Hamudin
14/02/2013 @ 4:25 pm
Saya langsung tak tahu kalau nak setting dan ambil gambar pakai DSLR ni. Setting auto je tau.. Hehe
Muhamad Azman Ishak
17/02/2013 @ 12:40 am
kalau dulu orang kata tak tahu kat mana nak belajar dslr.. tak berapa nak heran. kalau zaman sekarang ni.. semua dihujung jari. nak dengan tak nak je. hehehehe… jom outing sama-sama 😀
topijerami90
14/02/2013 @ 2:34 pm
Saya telah membaca post ini.
topijerami90
14/02/2013 @ 2:34 pm
zaman sekarang nie dah ramai minat benda nie, jadi dah tak special plak, aha
Muhamad Azman Ishak
17/02/2013 @ 12:41 am
terpulang pada individu macam mana dia nak menilai sesuatu asset yang dia ada.
hanafi abdullah
14/02/2013 @ 11:03 am
pembelian yang berbaloi untuk mereka pencinta fotografi..dan kepada mereka yang berkemampuan..
Muhamad Azman Ishak
17/02/2013 @ 12:41 am
nak tak nak terpaksa invest. sebab ade event yang memerlukan saya pakai lense ni di masa akan datang. hehe
azman
14/02/2013 @ 9:16 am
Pelan – pelan kayuh,ada rezeki lebih boleh angkat yang auto….
Muhamad Azman Ishak
17/02/2013 @ 12:43 am
ye la.. saya akan kayuh pelan-pelan. sebab nak tunggu brader sorang tu angkut sebijik. kang dia cakap.. saya tak tunggu dia plak. keh keh keh
Muktasim
14/02/2013 @ 9:05 am
berapa harga ni? lens ni ultra wide pada body full frame.. 10mm di body DX = 15/16mm mengikut model kamera..
kalau ada model ni untuk auto fokus mesti harga dalam lingkugan rm3-5k
Muhamad Azman Ishak
14/02/2013 @ 9:10 am
terima kasih atas info tu cikgu. saya beli dalam RM1.2k. Kebanyakkan aksesori kamera saya beli kat http://dslrplaza.com. TRUSTED VENDOR
p/s: nak beli model autofocus mahal sangat la. Lagipun sekadar hobi. tak dapat la nak invest sampai RM4-5k. hehehe tak mampu.