Sebenarnya dah lama ku bercadang nak beli Power Bank. Tapi masalah aku sebab aku ni jarang berkesempatan nak membeli-belah macam orang lain. Kalau setakat nak beli satu dua item, agak tak berbaloi kalau aku bazirkan masa aku turun ke Low Yat Plaza. Ye memang aku tahu, kat sana ada banyak pilihan, lebih baik aku duduk kat rumah dan tunggu barang sampai. Minyak sekarang dah mahal sekarang ni. Parking lagiii???!!!
Minggu lepas aku agak sibuk dengan urusan kerja. Jangankan nak bersosial kat internet, balas komen kat blog sendiri pon tak dapat nak reply. Hari ni aku putuskan untuk menunaikan satu lagi hajat dihati nak beli Power Bank untuk Galaxy Note 10.1 aku. Sebelum ni, ada beberapa power bank yang aku cuba, masalahnya bila aku charge, dia tak charging plak. Mungkin sebab output voltage dan AMP-nya tak kena. Rata-rata yang aku cuba, output voltage dan AMP-nya adalah 5v dan 2.0A.
Tak da nak pikir panjang, aku cuma tahu satu gedung online je yang tengah hebat dan kerap diceritakan oleh kawan-kawan blogger aku. Kat mana lagi kalau bukan kat LAZADA. Apa yang aku suke tentang pembelian kat LAZADA ni sebab, itemnya dikategorikan dengan begitu baik.
Terdapat beberapa fungsi carian pantas disediakan. Ini termasuklah:
- Carian berdasarkan kategori
- Carian berdasarkan jenama
- Carian berdasarkan bajed
- Carian berdasarkan rating
Boleh katakan, kecelaruan untuk memilih produk yang dicari dapat disingkatkan. Tak perlu pusing kepala. Aku dah jimatkan masa aku, dah jimatkan duit minyak aku. Cuma perlu duduk depan komputer, sediakan duit, dan terus membeli-belah. Selebihnya akan diuruskan oleh LAZADA termasuk proses penghantaran. Mudah kan…??
Ok, aku tak sabar nak tunggu barang sampai. Harapnya, charger ni boleh pakai kat Galaxy Note 10.1 aku. Kalau tak boleh pakai pon tak pe. Aku boleh bagi kat wife aku. Sebab agak penting juga untuk dia.
hazman aka species1980
09/10/2013 @ 3:55 pm
Alaaa…. kalau abang kasi kat saya pun bagus jugak kan…. hehehehe
Cikgu Hairul
06/10/2013 @ 3:49 pm
Ramai dok promote Lazada. Dulu memang ngeri cerita-cerita tentang Lazada. Tapi sekarang ni memang terbaik aa.. Saya beli barang dua hari dah sampai. Cuma sedihnya, mereka tersilap hantar. Tapi takpe.. esok sampai la barang yang betul..
Bila peniaga online jujur, kan orang senang bawak cerita baik.. tapi kalau peniaga ada niat nak tipu, sekali je cukup la.. pasti cerita buruk akan cepat merebak.
yusri
04/10/2013 @ 11:24 pm
Memang banyak iklan Lazada ni muncul melalui google adwords. Agaknya tauke dia laburkan banyak duit untuk pengiklanan melalui internet (google). Mungkin juga berbaloi dgn keuntungan yang dia org dapat.
akubiomed
03/10/2013 @ 11:07 pm
Tengah cari diffuser reflector seperti di saran Tarmizi Shukri tetapi belum jumpa lagi.
lamanblog
03/10/2013 @ 1:06 pm
note 10inch tak silap aku kalau nak charging guna powerbank kena off dulu note tu baru masuk charging. Not sure apa masalah dia, tapi most powerbank camtu. n tak jumpa lagi yang dapat charging tablet sepertimana fon setakat ni.
Muhamad Azman Ishak
22/10/2013 @ 4:46 pm
dah buat dah masa off, tapi impact dia tak serupa macam charging pakai wall plug. menurut sumber bacaan, kene beli aksesori menatang haper tah lagi.. macam untuk boost kalau kalau pakai galaxy note 10.1 ni. lecey betei la kan.
Kujie
02/10/2013 @ 2:35 pm
power bank kak jie kebanyakkan ada masalah tempat cucuk…lama2 tempat kat lubang tu lost…boleh tercabut dah masuk dlm body power bank tu..eh..ko faham ke apa yg kak jie cuba gambarkan ni..
hehehe
Muhamad Azman Ishak
02/10/2013 @ 11:33 pm
ye faham apa yang kak jie maksudkan. sebab perkara yang sama jugak berlaku kat komputer yang ade lubang usb kat depan. dok cucuk dan cabut pakai pendrive. tukar2 pasangan… memang lunyai lama-lama usb port tu.
azman
03/10/2013 @ 12:01 am
Orang pun lunyai kalau dok cucuk/cabut hahahha 🙂
Muhamad Azman Ishak
03/10/2013 @ 1:04 am
hoooooooooooooooiiiiii hahahaha tak gune!