Hampir genap seminggu tak dapat nak online dengan waras. ISP sebelum ni dah pun saya tamatkan perkhidmatan. Ok.. fullstop… tak nak citer perkara yang lepas. Dah habis tu… kira habisla. Buat masa sekarang ni saya dah pun mendaftar Streamyx 4Mb. Insyaallah akan mula beroperasi pada hari Isnin minggu depan. Saya daftar pon sebab dah habis buat pikir dah. Rasa-rasanya RM140 amat berbaloi jika dibandingkan dengan RM100 tapi apa yang saya dapat tak setimpal dengan yang dibayar.

Penurunan statistik secara mendadak ekoran dari kekangan membalas lawatan rakan-rakan dalam talian amat saya kesali. Meskipun bukan satu alasan sekiranya dikatakan keadaan internet tidak mengizinkan, tapi saya mampu pulak update blog. Masalahnye ini pon curi-curi pakai internet kat pejabat. Bekerja sebagai multitasking memang mencabar. Kene pandai bahagi masa dan cepat buat tindakan. Kadang-kala bebanan kerja datang tanpa diduga.

Kerap kali saya terpikir untuk tukar pekerjaan. Rasanya macam tak sanggup dah nak buat semua kerja. Dari kerja sebagai seorang juruteknik komputer, teknisyen elektrik, akauntan, customer services, internal audit koordinator dan Operation Support.. memang boleh tercabut tulang lesung kat bahu. Tapi itu lah kan.. merungut ni sampai bila pon tak akan habis punye. Ini pon merungut kat blog pasal nak lepaskan tension. Sekejap lagi nak sambung balik kerja-kerja mem-plot “alamat store audit”. Kalau nak cerita proses sesebuah storage.. sampai besok pon tak abes.

Agak kecewa jugak la aktiviti terbatas. Tapi sabor jer la kan… Saya menanti Streamyx dengan penuh harapan. Harap kali ni pilihan saya adalah pilihan yang bijak. Masalahnye proses pendaftaran dan pemasangan memang la berjinggut. Itu sebab orang malas sangat nak register streamyx neh. Kita dah terkinja-kinja nak pakai internet… masalahnye proses pemasangannya pulak ambik masa berhari-hari kadang kadang berminggu. Tapi, dalam masa yang sama terdapat banyak faktor yang membezakan antara Wired Broadband dan Wireless. Kedua-duanya ade pro dan kontra.

Dalam tak sedar.. dah berkajang plak merepek hari ni. Langsung tadek apa input melainkan melepaskan sikit tekanan dan ketegangan. Harap lepas ni dapat laksanakan tugas dengan pikiran lapang. Kalau tak tulis blog berdiari macam ni…. kejap lagi mula la nak cakap sorang-sorang. Gian la tu.. haha hadoi ai.. ini dinamakan – “Blog Addict”

Owh ye.. ade kontest sedang berlangsung di blog DenaiHati. Saya tak sempat lagi nak buat karangan yang seperti dikehendaki. Mungkin lepas internet dah pulih.. insyaallah.. saya akan berjuang untuk tujuan itu. Kempen beliau pada kali ni adalah:- “Hidup untuk memberi” Saya dapat taupon sebab memang selalu usha blog dia. Masalahnye saya ni selalu jadi silence reader je. Jadi bersedialah siapa yang nak jadi pesaing saya lepas ni…Hidup kan untuk memberi… jadi apa kata anda bagi saya je yang menang… hehe..

Nota: Kepada rakan-rakan yang sering melawat blog ni, saya ucapkan terima kasih atas kesudian anda.

Nota 2: Tak sabar nak tunggu hari Isnin. Sebab? – Streamyx masuk.

Nota 3: Tak sabar plak nak tunggu hari Rabu. Sebab? – Audit dah abis.