Rasanya agak awal kalau nak diceritakan kesah balik kampung berhari raya. Tapi masuk jer minggu depan, warga kota dah sebok-sebok berasak untuk pulang ke kampung. Waktu ni, sesiapa yang masih ada di kota-kota akan merasakan kesunyian yang amat tersangat. Lebih-lebih lagi yang masih membujang. Masa ni semua la perkara syahdu… layan feeling semua ade.. hehehe… terutama saudara kita:- Aeropama. Aku dengar dia tak dapat balik beraya. Alooo kuci-kuci.. kesiannye~
Bagi yang sudah berkeluarga, masuk jer minggu depan.. para-para isteri sudah mula mengemas rumah, carik langsir baru, shopping sakan. Hahaha.. mungkin ade juga dah mula seawal Ramadhan tempoh hari!!! Wah… apa pendapat kamu pasal imaginasi aku? Terer kan? Hahaha… Kalau kat bandar, kompleks membeli-belah Sogo tuh aku rase memang tak boleh nak jalan langsung dalamnya. Eh.. kamu semua dah cat rumah ker? *tetibe off topic.
Bermulanya pada malam ni juga, ramai umat Islam berlumba-lumba yang mengimarakkan masjid dan surau.. Maklumlah berkemungkinan bertemu Malam Seribu Bulan, insyallah. Bagi yang sebok dengan bekerjaya seperti aku.. aku rase ade eloknye off sekejap komputer, dan melapangkan pikiran dengan merenung kebesaran Illahi. Sambil-sambil mengenang kembali apa yang sudah kita buat selama bertahun-tahun kebelakangan ni. Mesti ade sesuatu perkara besar yang berlaku dan memberi impak dalam kehidupan. *dah besor dah kamu semua ye~
Nak cakap sekarang ni aku tertekan… mungkin juga. Tapi masih lagi dalam keadaan terkawal. Mana ade hidup tak tertekan. Kalau tadek.. itu namanya tiada dugaan hidup. Oh tak mungkin manusia tadak dugaan hidup. Semua manusia akan diuji dengan dugaan yang mampu ditanggung oleh mereka. Sedar ataupon tidak, sebenarnya kita sedang dan telahpon diuji. Sekiranya kamu merasakan sempitnya hidup kamu.. maka berhentilah merungut kerana ada yang lebih daif kehidupannya daripada kita.
P/S: Perasaan melonjak nak balik kampung bercampur baur dengan masalah dalaman. Nak tinggal sekejap masalah kota, dan tenangkan pikiran di kampung. Ambik masa juga la.. akan aku biasakan diri dengan perkara ni – Amin~
P/S2: Gambar di atas telah pon disunting ke dalam Photoshop. Saje nak bagi nampak pelik.*tapi… biase jer aku tengok.. Gambar masa pergi ke Kedah Darul Aman tempoh hari.
P/S3: Kekadang Team Viewer aku ni boleh terputus dengan sendiri. Oh tensionnye.. dah la kerja banyak nak siapkan ni. Takkan nak suruh aku masuk opis memalam buter… tak bleh blah betoi la~
13/09/2009 @ 4:13 pm
sib baik aku takbalik kmpng…
aku dok umah je…
tensen pun kat sini jea….
12/09/2009 @ 2:47 am
Walaupun tahun ni kuarga aku je blik kg tapi ntah kenapa mcm tak sabar je nak raya… Dgr lagu raya pun dah syahdu gila… Sebak woo….
12/09/2009 @ 2:41 am
raya mai umah aku la bro sg petani :wek:
12/09/2009 @ 2:35 am
kira ok lah boleh balik awal.aku ni balik sehari sebelum raya.woooo..merempit nampaknya
11/09/2009 @ 10:17 pm
balik kg jangan bawak moto lelaju…ingat orang tersayang…cewahhh
11/09/2009 @ 7:20 pm
eh…nak dekat raya dh ek?..aku tak sedar pon..aku mcam tak raya je tahun nih,lepas raya ada final exam… :tention: :tention: :tention:
11/09/2009 @ 2:36 pm
budaya balik kampung dah tak semeriah mcm dulu lagi dah. cuma tinggal ayah aku je kat kampung. hmm…
tp terubat gak la skrang ni. ada anak bini. kira meriah jugak la.
hang balik kampung kedah dak raya ni? hehe. kalau balik singgah kampung aku no :sengeh:
11/09/2009 @ 12:24 pm
Minggu depan 4 hari je keje. Pas tu dah nak balik kg dah. Sesiapa yang balik naik moto tu jangan laju-laju ye. Ingat orang tersayang. Begitu gak yang bawa keta. Kalau ngantok better rehat kat R&R.
Sekian.
11/09/2009 @ 6:40 am
Salam bro~~ selamat blik kmpung.. hanc tinggal 2 hari lagi.. sebak lak bro~~