Assalammualaikum.

Meneruskan kesinambungan dari kesah semalam. Hari ni, masih lagi semangat untuk meneruskan misi satu hari satu video.

Orang rumah mintak Pakcik AI untuk buat filter kepala paip. Zaman MCO ni kalau nak pi beli kat kedai Hardware, kau tunggu je la hari Isnin atau hari Khamis. Menjelang hari tersebut.. kau pon dah hilang semangat.

Mujur ade 3D Printer. Design dalam Fussion360 dan kemudian export ke dalam format STL. Seterusnya dibelah-belah menggunakan software slicer, dan hantar arahan G-Code kepada 3D Printer.