Nak beli dSLR mahal. Tapi kita masih ada Kedai Gambar aka Photoshop dalam komputer bukan? Kalau tak da… sila muat turun secara sah sekarang. Saya tak ada salinan lanun. Kalau nak… boleh tanya kepada @AnarmNet ataupun @Piratz hehehe… Kalau dia nak bagi la. [+_+] Sekiranya dah adalah dalam komputer, apa kata kali ni kita panaskan sikit supaya tak berkarat.

Ok, dah siap dah bukak Kedai Komputer aka Photoshop dah? Kalau dah siap mari ambil satu sampel gambar. Pada tutorial kali ni, saya jadikan abang ipar saya sebagai model. Gambar bersalam-salaman masa Majlis Akad Nikah saya dan Cik Adik tahun lepas.

Daripada layer ini, anda tidak perlu buat layer yang baru, sebaliknya apa yang anda perlu adalah gunakan MASK tool dengan menekan huruf “Q” di papan kekunci anda atau dengan Quick MASK TOOL seperti rajah di atas.

Kemudian pilih gambar berus lukisan. Ini bertujuan untuk membuat pemilihan (selection) seraca tangan percuma (free hand) *habis rosak bahasa ibunda ku haha. DBP, Jangan saman saya.. saya orang miskin, bak kata Menteil!!!

Seterusnya warnakan bahagian yang anda nak dijadikan sebagai subjek yang  hendak di FOKUS. Owh mudah saja. Conteng jangan sampai terkeluar sudah… Jangan takut kerana ianya bewarna merah. Ini kerana anda masih berada di dalam Edit Quick Mask.

Bila dah siap, tekan kembali huruf “Q” untuk menjadikan ianya unMASK. Secara automatik, Photoshop akan membuat pilihan terbalik (REVERSE Selection) terhadap objek anda tadi.

Jangan panik, daripada sini, anda pergi ke bahagian Menu –> Filter –> Blur –> Lense Blur. Ok dah siap. Maka terhasilah gambar macam pakai dSLR. Jangan takut untuk menggerak-gerakkan Slider yang disediakan. Cuba dan uji sendiri untuk melihat keberkesanan Effect Lens Blur tersebut ya…

Gambar sebelum mengaplikasi Lens blur

Selepas di modifikasi menggunakan teknik Lens blur

Amacam? Mudah bukan tutorial kali ni? Kalau nak lagi kemas hasil tersebut, saya cadangkan anda aplikasikan teknik pencahayaan dan juga kelantangan warna (Contra) dengan cara ini, warna akan nampak lebih garang. Jangan terlebih cahaya atau warna, nanti sakit pulak mata tu. Ok… Dah siap… jadi apa lagi.. cuba lah…

Nota: Besok hari Rabu. Malangnya siri TV yang saya minat belum ada episod yang baru. Nak tengok Inception… masalahnya pautan untuk muat turun masih belum ada yang berkualiti. Erk.. Hari tu muat-turun Predators… sangat kecewa.. kualiti gambar kurang memuaskan..