Entah la apa mimpi si Eddie ajak aku main layang-layang pon tak tau. Tapikan… sekali sekala jauh dari dunia komputer dan internet ni pon ada bagusnya jugak. Daripada asyik dok terperap depan PCperghhhh… langsung tak berkembang dengan masyarakat luar. Rasenya lagi realease kekusutan dengan aktiviti cadangan Eddie neh. Jadi, roger-roger jugak la kenalan-kenalan lain, mana tau kot-kot ade yang nak join. Antara yang datang, Sham, Yam & Saie dan jugak kawan-kawan yang lain.

Memang rasa lain kalau sekali-sekala jauh dari dunia siber. Mungkin jugak dah niat dalam hati untuk release tension hari ni kot??? Layan sunset sekali-sekala pon ade best jugakkan? Tenang ar rase jiwa daripada dok pikir sangat masalah peribadi, masalah tempat kerja ataupon masalah ruang siber.

Matlamat utama pergi adalah photo-shoot. Bukan melarikan diri dari masalah. Biasalah.. kalau blogger bersama blogger lepak-lepak, mesti nak kutuk-kutuk, gurau-gurau... kalau tak, memang tak sah lah kan… sambil-sambil kongsi masalah.. manelah tau kan.. kot kot member boleh suggest idea baru untuk orang yang selalu emotional untuk ubah konsep plak kan? Ye… ye… memang kali ni konsep emotional yang baru adalah:

“Termenung atas batas padi sambil meniup RECORDER”

muahahaha… dah tak main dah “Seruling anak gembala”. Itu dah kire out-dated. Aiihhh…. seronok jugak la kirenye hari ni.

Eddie main layang-layang mengalahkan bebudak kecik. Budak kecik tadek lari, dia plak lebih-lebih. Dari hujung ke hujung taman semata-mata nak kasik UP layang-layang dia. Hahhahahaha… habis hari ni dok jadi kanak-kanak semula.

Aku tak berpeluang nak muat-naik gambar-gambar yang berkualiti tinggi kat sini. Tapi aku hanya mampu bergaya dengan Nokia N95 aku jer. Eddie dengan Sham ade la bawak dSLR. Ok lah… kire sempat jugak la belajar dengan diaorang. Konfem tak lokek ilmu… Lagi-lagi Sham

P/S: Tinggal beberapa hari jer lagi.. Tolak cuti, tolak proses… itu ini.. tup tup dah nak hampir kepada 7E2009. Sebenarnya aku berdebar… Jadi pantang member ajak keluar… aku ikut jer. Cube nak carik feel untuk hilangkan gemuruh. Aku ni tak kesah sangat kalau orang sergah. Tapi, mungkin gabra la jugak kalau yang sergah tuh masa 7E2009 nanti. Oh tuhan.. berikan aku kekuatan… amin~

P/S2 : Sebenarnya aku nak upload banyak lagi gambar kat sini. Masalah aku macam biasa lah…. P1W1max aku macam menyekat aktiviti memuat naik gambar. Memang series bermasalah negara. Macam mane nak Satu Malaysia macam ni?