Owh ye… untuk yang terlepas tweet semalam. Ini la dia adik Amirul.

Agak lewat melepaskan entri ni. Masalah yang dialami sebab tadek orang nak take-care Amirul. Seboleh baik pembahagian masa dan keputusan perancangan keluarga, dibuat oleh aku 100% tanda mendapat “guide” dari orang berpengalaman. Tak pe la, ini adalah tugas yang perlu aku pikul setelah bergelar seorang ayah kepada dua orang anak.

Tugas membasuh uri ni tak semua yang sanggup. Biasanya orang akan serahkan pada mak mertua, mak sendiri ataupon mak bidan. Kalau rakan-rakan yang belum beragama Islam, apa yang aku faham, mereka akan serahkan placenta ataupon uri tu kepada pihak hospital untuk diuruskan. Tapi bagi kita orang Melayu, lagi-lagi yang muslim, eloklah bapak-bapak yang buat.

Ada yang takut darah? Amboih… masa sedap, tak ingat pon semua tu kan… Masa suruh cuci uri, macam-macam plak alasannya. Kata lelakiiii… kata bapak orang… jadi? Buktikanlah! Hahahaha…

Persediaan untuk membasuh uri ni adalah:

  1. Pastikan anda membeli “kain putih mentah” biasanya kain baju sekolah tu. Bukan jenis kain licin tau.
  2. Pastikan anda mempunyai bekas untuk membasuh uri. Takkan nak basuh atas lantai.
  3. Limau nipis & garam kasar.
  4. Air yang banyak. Perlu air yang mengalir.
  5. Mengadap Kiblat, dan mulakan dengan bismillah serta berselawat ke atas nabi.
Sediakan bahan-bahan. Perah limau nipis untuk kurangkan bau darah.
Masukkan placenta/uri kedalam bekas, dan alirkan air supaya darah yang masih basah mengalir keluar..
Ini lah dia rupa placenta/uri tu setelah darah yang basah tu dialir dengan air.
Sambih-sambil buang darah beku tu, kalau bau darah, perahkan limau nipis.
Pastikan air sentiasa mengalir semasa membasuh placenta/uri.
Ya adik-adik ku sekalian. Lihatlah… ini sebahagian pengorbanan ibu kamu untuk kamu!
Wahai para bapak-bapak… ini adalah tugas anda juga. Jangan serahkan pada orang lain.
Basuh bersih-bersih sehingga hilang darah beku tu. Sekadar termampu.
Pastikan selaput pacenta dibersihkan. Berhati-hati, jangan sampai terhancur placenta/uri tu plak
Pastikan juga, jika bahagian dalam placenta telah terdedah, celah rekahan tu dibersihkan dari darah beku atau darah yang masih mengalir.
Orang tua-tua kata la.. nak tau anak kita ade berapa, kira la biji itam tu. Kekeke… khurafat!
Ok… dah hampir siap. Pastikan tiada lagi darah yang mengalir. Kadang-kala, darah beku tu memang tanak tanggal. Cuba bersihkan seboleh mungkin.
Jangan lupe sebelum bungkus dengan kain putih tu, taburkan garam kasar untuk mempercepatkan proses penyejatan dan limau nipis untuk buang bau darah.

Proses keseluruhan menbambil masa lebih kurang dalam setengah jam hingga 45minit. Ini berngantung pada kondisi placenta/uri itu sendiri. Kepada bapak-bapak yang memang basuh placenta anak, saya tabik sama anda.

Nota: Lepas dah siap bungkus tu, jangan lupa tanam pulak ye. Kang ade pulak yang simpan dalam peti ais. Tanam mengadap kiblat. Biar gali dalam sikit. Ok!