Perkara paling penting kalau nak bercuti dalam negara secara beramai-ramai bersama keluarga adalah tempat percutian yang free… hahaha… bukan sebab nak save bajed, kita kan nak seronok ramai-ramai.. tapi tak semua berkemampuan. Jadi kene carik la tempat piknik yang membawa keuntungan bersama. Kakak dengan Abang Ipaq aku yang kat Gombat tu pantang ajak nak pergi kamping.. terus je JOM!
Semalam belek-belek blog Kak Kujie pasal air terjun serendah… ingatkan ade GPS koordinate.. rupanya tadek.. ahaha.. Berdasarkan peta print screen, aku cuba carik kat Google Map. Tapi macam biasa.. aku pakai GPS ponn.. still kelaut.. bukan sebab aku tak ikut GPS, tapi GPS bagi aku jalan yang dah tak wujud kat Serendah tu. Sudahnya… aku carik jalan pergi rumah Kak Kujie.. baru jumpa Air Terjun Serendah.
Kat bawah adalah keseronokan aku bersama keluarga dan adik beradik. Seramai 3 keluarga berkumpul sekali. Sila abaikan soal kualiti gambar sebab ramai tangan fotografer masa ni. :p
Nota: Besok aku akan sekali lagi ke Taman Burung, KL. Tujuan? Outing bersama Brader @ZamFoto.
Air terjun Serendah mandi manda paling syiok | AkuBiomed
15/12/2015 @ 11:29 pm
[…] tidak percaya bolehlah lawat blog sahabat blogger yang telah pun bermandi manda di sini seperti Azman Ishak, Puan Bee dan untk mendapat peta lokasi dari blog Kak […]
Rina As
01/03/2012 @ 6:06 am
Banyak sekali yang berminat ke sana ya, saya pun jadi pengen juga ke kawasan air terjun but masalahnya masih belum ada waktu senggang untuk berlibur
Nice share dan salam kenal..
KNizam
13/02/2012 @ 3:37 am
makaihhhh ramainyer hehe 🙂
Muhamad Azman Ishak
16/02/2012 @ 11:00 am
sonok giler habaq hanggg
wazy
09/02/2012 @ 5:58 pm
uhhh ..bila la nak sampai kat sini,dapat main air sejam dua jadi la ,hehe
Muhamad Azman Ishak
16/02/2012 @ 11:01 am
sebelum pergi… tepon kak jie dulu.. kekeke mintak izin anak cucu nak tumpang mandi :p
yanmie
08/02/2012 @ 3:43 am
Salam,
Wahhh bestnyaaa, ni kalau bawa anak2 nie mesti best, bawa pi kolam pun dah teruja lagi gi tempat macam ni, tapi pengawasan tu kenalah ketat, tak boleh sambil lewa je.
Muhamad Azman Ishak
08/02/2012 @ 11:29 pm
awas ye.. jangan ‘lepa’ kawasan berbatu-batu. agak licin. lepas tu air terjun tu deras jugak. kawasan air terjun tu dalam.
Kujie
07/02/2012 @ 9:57 am
ha ha ha…dok bawah jambatan, nak redup le tu
apelah susah, lepas taman idaman tu kan dah ada sign board air terjun
baru pasang dlm 2 minggu lepas.
kalau ikut rumah kak jie nak kena turun bukit curam..kalau ikut jln betul tu lalu tepi2 rumah org asli
Muhamad Azman Ishak
07/02/2012 @ 7:43 pm
tempat paling selesa dan tak panas memang bawah jambatan simen tu. haha…
waktu nak masuk tu memang konpius la kak jie. last last.. pakai GPS jugak cark rumah kak jie dulu.. baru tahu nak ke jambatan depan “kem” tu.
eh.. jambatan depan kem tu dah cantik la. hehehe
Azman
06/02/2012 @ 12:23 am
Sempoi gak tempat ni..air tak dalam dan kawasan luas budak2 mandi pon save.
Muhamad Azman Ishak
06/02/2012 @ 3:12 pm
tapi kene perhatikan kanak-kanak la bro. kat kawasan air terjun tu.. macam “menarik”. ade dah banyak budak lemas kat situ. just berseronok berpada-pada je la 😀