Hari ni berjalan sakan. Macam biasa lah. Aku ni jenis tak pandai nak merancang. Jenis main up-jadi-last-minit je. Bukan ape.. kalau jenis buat perancangan ni.. kalau tak jadi… agak frust jugak la kat situ. Semalam saje la aku tuit si Roslan Nazri ajak dia berjalan. Dia dah la duduk sorang. Bosan le tu… terus jom. Dari nak save bajed nak pergi salah satu, antara Aquaria atau Taman Burung… terus je lajak dua-dua sekali.
Seronok tu memang la seronok. Tapi masalahnye kalau berjalan dengan anak kecik. Pepaham jer la kan… kejap dia nak ke sana, kejap dia nak ke sini. Bukan dia nak duduk setempat. Paling tak bleh blah… bila dia dah start mengamuk.Bila dah penat… ape lagi… bebai la buat perangai. So, gambar kat bawah ni memang semua la kelaut artworknye. Tadek langsung focus. Dah la masuk Aquaria tu, kamera tak boleh pasang flash. Fast shutter pon tadek… sudahnye? Gambar semua jadi berbirat. Hambikkkk~
Nak kata ape… semua gambar memang aku tak puas hati. Amirul mengamuk sebab kepenatan. Masa dari KLCC ke Taman Burung dia tanak tidoq. Lepas dah sampai kat sana… mula la buat perangai nak tidoq la.. muke lali la.. hahaha macam-macam betul akal dia.
Nota: Besok tinggal sehari lagi cuti. Tapi aku masih bercuti sampai hari Rabu, Hurm…. besok nak rehat je la kat rumah. Minggu ni aku rasa… direct berjalan-jalan sakan. Hoooooaaiiiiii… kopakk :p Sekali sekala untuk keluarga. Tak salah. Duit habis, boleh dicari, tapi keluarga tercinta? Tak dapat dibeli 😀
anna musa
30/10/2012 @ 2:03 pm
minggu depan baru nak pergi ngan kanak tadika,,,lama betul x pergi sana…
chempaka
14/03/2012 @ 4:18 pm
macam best jer outing tangkap gambar. huhuuh..
Long
07/02/2012 @ 4:31 pm
aku suke gambar burung merak tu..cantek..
Rumah sudah bertukar cat dan perabot baru
29/01/2012 @ 1:48 am
[…] terima kasih aku nak ucapkan kepada sifu gaban aku iaitu azmanishak.com kerana dia sangat bermurah hati untuk berikan theme kepada aku yang dia coding sendiri dengan nama […]
Bayard Coulombe
29/01/2012 @ 1:47 am
Wow!Semua gambar-gambar yang indah. Saya seorang pencinta alam semula jadi dan saya suka melawat tempat-tempat itu. Saya suka imej yang anda telah diambil dari tangga. Sepintas lalu dunia laut yang berbeza apa yang kita dapati melalui pos ini.
maszuki
29/01/2012 @ 1:09 am
syoknya dpt jenjalan begini kan.. tapi sya terlalu jauh di pedalaman sabah..:)
mijie
28/01/2012 @ 11:20 pm
ini aku test komen ok
wazy
28/01/2012 @ 4:54 pm
gambar burung tu memang cantik la bro
Sham Hardy
26/01/2012 @ 1:55 pm
weihhhh.. ko kan.. nak pergi memana ajak la wehh.. wehhhhhh.. ajak… a.. j.. a.. k.. ajak… AJAK…
Muhamad Azman Ishak
26/01/2012 @ 7:19 pm
haiyaaa… aku ni bukan tanak ajak bro. 1 day before event hang kene la alert. aku selalunya main up-jadi last minit kan… kalau nak main jenjalan ni aku tak reti nak planning. kalau duit ade.. aku tuit… lepas tu.. insyaallah… jadik.
amponkan saya tok batin. haha
firdaus
25/01/2012 @ 12:38 pm
salam, tumpang tanya berapa tiket untuk masuk .. dewasa dan kanak ?
Muhamad Azman Ishak
25/01/2012 @ 4:34 pm
Wsalam. untuk dewasa warga tempatan = 35 dan 15 untuk kanak-kanak bawak 3-11 tahun (kalau tak silap la yang kanak-kanak tu) . kalau baby 1-3 tahun free.
ohcikgu
24/01/2012 @ 7:39 am
wahh..ada jawss!!
Kak Long Mawar Merah
24/01/2012 @ 12:38 am
Patutlah penuh Aquaria hari ni. Blogger-blogger pakat turun Aquaria.
Walaupun kata gambar burung yang no 3 tu out focus, nampak menarik je. Hebat juga gambar tu, sibuk nak uruskan anak pun sempat juga ambil gambar yang cantik. Burung tu pulak, macam ada konotasi dengan kemoyokan papa & mama yang berlari mengejar anak kecilnya turun bukit.
Muhamad Azman Ishak
25/01/2012 @ 11:27 pm
hahaha kak long.. tak larat nak kepung anak la masa tu. dah la taman burung tu besar nak mampusss… lepas tu hari plak hujan. moody jugak la nak tangkap gambar. ape ape pon… puas hati tengok anak berlari sambil gelak-gelak toleh belakang… rasa nak marah jadi hilang.
Azman
23/01/2012 @ 11:01 pm
Aku paham perasaan ko tu.Kalau anak buat hal,angin juga rasa.tapi ujian sorang insan bergelar ayah.Aku dulu pun hampir hilang sabar dengan kerenah anak2,tapi tu ujian kepada bapa supaya kita lebih bersabar dalam melayani kerenah anak2…ko cuba pergi shoot kat taman tasik perdana,sana ada taman rusa yang jinak,kancil pun ada….masuk free…
Azman
23/01/2012 @ 11:03 pm
Gambar burung no1 tu terbaikk!
Muhamad Azman Ishak
24/01/2012 @ 12:15 am
hehehe thanks. tapi gambar tu dah adjust dah. masa shooting ade under exposed. so betoikan pakai photoscape je. tak lalu nak bukak photoshop.
Muhamad Azman Ishak
24/01/2012 @ 12:13 am
hehehe… ini la bro.. tangan tu dok geram je nak lepuk… rasa ringan je nak melayang. hahaha.. tapi bila tengok dia berlari sambil gelak-gelak.. tak jadi plak nak marah. layankan aja kerenah anak. bukan selalu dia nak bergelak macam ni.
taman tasik perdana tak pernah pergi. insyaallah.. kalau berkelapangan next month plak kot. bulan ni dah tak larat nak berjalan dah. hahaha.
hatiputera
23/01/2012 @ 10:35 pm
lawanya tempat tu,,,bila la dapat ke sana,,,
Muhamad Azman Ishak
24/01/2012 @ 12:12 am
ade rezeki.. insyaallah boleh sampai 😀
Kujie
23/01/2012 @ 9:15 pm
alahai… kak jie pun nak up gambar lah
kita tak jumpa pula
org punyalah ramai…rimas jadinya
panas….
Muhamad Azman Ishak
24/01/2012 @ 12:11 am
tu la… masa kat akuaria… ade jugak call kak jie. mungkin kak jie ralit sangat la tu belek ikan. haha
Roslan
23/01/2012 @ 7:17 pm
tu sebab aku tak suke tangkap gambor.. ade ke men letak dlm blog kah3.. nampak mcm bukan aku je..haha
Muhamad Azman Ishak
23/01/2012 @ 7:21 pm
ekekeke… jangan marah ye abang. muke hang nampak tembam dowh. ini dah ade bukti yang hang dah pergi akuaria KLCC. kang kalau citer kat sanak saudara nanti… baru depa percaya. kalau tak nanti dia kate hang membohong plak. so now dah ade prove kan kan.. hahaha abaikan caption merapu tu.
KNizam
23/01/2012 @ 5:39 pm
fuyyionnn MAI Media tuh hehe 🙂
Muhamad Azman Ishak
23/01/2012 @ 7:17 pm
wakakaakaka… sila la jeles dengan signature aku ye :p