Tadi aku bawak mama Amirul pergi salon. Malas gile nak tunggu sampai siap. Biasa lah, kalau orang pompuan ni ke salon…. kita ni bajed dalam kepala… KONFEM LAMBAT. So, aku pon takkan nak tunggu kat dalam salon tu sampai siap… toksah kata Amirul bosan… aku pon dua kali bosan. Lepas tu terus je cakap nak pergi AEON AU2, bawak Amirul tengok air pancut.
Sesampai je kat AEON Jusco tu… terus naik exclator.. terus la bertembung dengan air pancut tu. Amirul dari jauh dah tak sabar-sabar nak main air. Mula-mula dia macam kaver hensem… lepas tuuuu… lencunnnn. Kat bawah ni… ni lah aksi dia selama 20 minit kat AEON Jusco AU2 sementara nak tunggu mama dia siap gunting rambut.
Nota: Dah besar dah anak abah… dah macam-macam perangai dah sekarang ni. Masa nak bawak balik…Amirul mengamuk.. tak puas main air la tu. Abis baju abah dia basah. Mujur dalam kereta memang bawak baju spare.
chempaka
14/03/2012 @ 4:13 pm
Lor dah besar dah amirul, comel jer…. lama tul aku tak datang jenguk kat sini. huuhuhu. Berapa tahun dah amirul ek?
aku pernah gak g Jusco AU2 tu tapi tak pernah lak nampak orang main kat air tu… huhuhu.
titan
01/02/2012 @ 12:25 am
gi la pinjam sebulan. mesti diorang kasi. hehe
abrar
29/01/2012 @ 8:45 pm
memang betui. kanak-kanak memang takleh berpisah dengan air. samalah macam anak saudara aku sorang itu, asyik main air kat sinki. bila tegur, nak basuh pinggan jawabnya. hahaha
Incik RestNrilekS
29/01/2012 @ 8:04 pm
Assalammualaikum.
Air dengan kanak-kanak memang tak boleh dipisahkan. Ehhh bapok orang pun ada yang tak boleh dipisahkan dengan air.
Apa pun tahniah, sebab gambar yang hang ambil semuanya nampak cun. Aku komen dari pandangan aku je la (yang bukan pakar dalam fotografi ni). Gambar “close-shot” memang tangkap mood. Terbaek arr.
Uiyooo, budak yang sorang tu, nampak gayanya macam kasi racun sama Amirul. Hehe.
p/s : oooo patutla susah je nak baik hingus yer. Hehee
Azman
29/01/2012 @ 6:57 pm
Air dan budak2 mmg ngam ada chemistry yang kuat.Eh budak tu mandi kat situ boleh ker Man?
Muhamad Azman Ishak
29/01/2012 @ 7:25 pm
bhahahaha tah.. memang jadi pemandangan harian kat sini. pak guard pon tak larang. memang selalu gak nampak bebudak main air kat sini. lagipon.. dah management tak pasang pagar. open decoration macam tu.
ejam
29/01/2012 @ 6:18 pm
comel nyer amirul main2 air pancut tu, idea bijak btol abah dia menghabiskan masa bersama anak lelakinya…
Muhamad Azman Ishak
29/01/2012 @ 6:20 pm
tak lama lagi.. giliran awak la plak. series hilang tension bro.. walaupon melayan kerenah anak yang agak bijak dan nakal. tunggu la Haq dapat kaki nanti.. tau la abah dia. haha
puanbee
29/01/2012 @ 6:06 pm
Tudia … siap buat tempat tu mcm tempat mandi je ekkk
Muhamad Azman Ishak
29/01/2012 @ 6:12 pm
memang orang selalu bawak anak depa pergi main air kat situ Kak Bee. Kadang-kadang dah macam pool kanak-kanak dah. selambe je mandi kat situ. Pak Guard pon tak marah. Tu pasal suke bawak anak pergi tengok air pancut kat situ. tapi konfem basah la pasal tadek kandang.