Macam la kat Kuala Lumpur tadek funfair. Tapi kalau kat kampung tu.. lain bebenor rasanya. Minggu lepas aku balik kampung… dah lama sangat tak balik. Seawal pagi aku dengan Amirul hantar mama dia pergi kerja. Lepas tu… terus jer la lepak kat tempat kerja Mama Amirul sampai la mama dia balik kerja. Elok jer dia punchout.. kami terus perderas balik ke Pahang.

Balik atas urusan rindu kat abah. Dah lama sangat tak balik. Sesampai kat Maran… memang jelas la nampak abah bukan setakat rindu kat anak bongsu dia ni.. tapi jugak rindu kat cucu dia, Amirul. Erk… susah nak cakap masalah “Kami Dah Ubah Gaya Hidup” kalau cenggini caranya duduk Kolumpo. Hidup sentiasa bajed. Pendek kata.. kita yang sebagai ibu bapak ni.. tak makan pon tak pe.. janji anak boleh makan… susu mesti nak ada.. pampers mesti nak ditukar ganti.

Kebetulan masa balik Maran kemarin… abah ada cakap… kat Maran la ni dok ade FunFair… malam minggu tu rupanya malam last. Uhhhh… tadek nak pikir panjang. Lepas abis mak ngajar ngaji bebudak kampung… terus jer suruh mak salin baju.. bawak pergi join kitaorang kat Funfair. Kebetulan plak.. malam tu akak dari yang dari Selayang nak balik Pahang. Ondeway kami semua nak ke FunFair.. terselisih plak dengan keluarga dia. Ape lagi.. FunFair tu kami sekeluarga yang punya la.

Akak cakap… padahal kat KL tak lapaq pon nak pergi funfair.. pasal kat kolumpo.. penuh boyan jer la yang masuk. Kalau kat kampung… kami plak yang jadik boyan. haha.. Tapi best ape.. memang haram lama gile la tak main Bumber Car. Memang ganyang cukup-cukup la. Gelak tak hengat. Lupe sekajap dunia internet dengan masalah kat Kolumpo yang berselirat ni. Kira ok gak la release tension…

Aku? Aku offcourse naik dengan cik adik la.. Amirul plak, tok dia pegang. Haahaha.. bile lagi kan nak merasa macam zaman bercintan-cinton dulu… Sementara mak dah dukung Amirul.. Ini la masanya abah dengan mama Amirul nak berdetimmmmm… haha. Tapi.. yang sayangnya.. masa balik kampung kemarin.. dSLR plak tertinggal.. itu pasal la semua gambah cam haram jer. But kira ok la jugak dari tadak kenangan langsung.

Besoknya masa nak balik ke Kolumpu.. keter akak plak buat hal.. Piping kecik yang nak sambung dari top head… ke circling radiator dah patah. Alah paip halus mende tah.. tapi kalau dah patah.. masak jugak la. So sekali lagi jadi Mc. Gyber… modified piping tu. Dah la piping kecik.. bentuk L. Goshh.. kene gergaji paip galvanize halus tu celah celah injin. Sampai ke hari ni sakit tapak tangan dua-dua belah. Tapi.. alhamdulillah.. sampai jugak akak aku bali KL. Syukur semua selamat.

Hari ni hari Isnin.. mood sangat lemau.. semangat nak kerja blom ade lagi. Macam…, bukan macam lagi… ni dah memang tak puas kalau balik kampung only for weekendSambil disinari matahari dikawa waktu pagi.. menghadiahkan sebutir MMS untuk cik adik buat semangat untuk bekerja hari Isnin. I love u sayang! Gambar ni pokok bunga kertas depan rumah abah. Pakai kamera henpon jer~

Nota: Bulan ni??? So cammner??? Dah dah… jangan citer banyakk… budget over expend!!!