Bila minum kopi... secara automatik, akan teringat kat isteri tersayang.
Bila minum kopi… secara automatik, akan teringat kat isteri tersayang.

Semakin hari semakin tepu dan semakin beku. Otak menjadi tepu. Fokus aku kini agak bercelaru. Celaru antara membahagi masa. Kalau dulu, pantang jari ku letakkan kat atas papan kekunci, ianya seolah-olah rhyme antara idea yang tercurah dengan tarian jari jemari.

Mengapakah pada malam ni aku agak ber-sasterawarna pon aku sendiri tak pasti. Apa yang penting, ada dua tiga perkara yang aku rasa aku patut catat untuk nota harian peribadiku hari ni.

Keadaan agak sibuk kat tempat kerja.
Keadaan agak sibuk kat tempat kerja.

KES BESAR

Sebenarnya aku tak pasti adakah aku patut cerita atau tak tentang perkara ni. Tapi antara rasa lega dan rasa bersalah. Beberapa kali aku termanggu sorang diri, termenung apa yang dah berlaku hari ni kat tempat kerja aku. Adakah disebabkan aku menyebabkan perkara ni terjadi? Atau ianya telah dipertimbangkan oleh semua pihak yang terlibat?

Jika ingin ku bandingkan antara perasaan LEGA dan BERSALAH boleh ku nisbahkan 35% berbalas 65%. Adakah aku bersalah menceritakan hal yang sebenar… tapi aku rasa lebih bersalah kalau membiarkan perkara ni terus berlarutan. Haihhh… ini memang orang kata, bila diluah…. (sambung sendiri).

Kerusi kat belakang adalah tempat duduk utama Amirul Amin.
Kerusi kat belakang adalah tempat duduk utama Amirul Amin.

KETERBATASAN BERBLOG

Kalau diikutkan dulu, aku kerap berblog sebab kemudahan menggunakan kaedah LIVE BLOG. Sekarang ni, bukan tak boleh nak LIVE BLOG, aku nak belek henpon pon susah. Tambah pulak sekarang ni, henpon aku adalah Samsung Galaxy Note. Besar gile, best screen besar. Tapi bila nak live blog? Takkan nak setempek besar alam menghalakan lensa kat arah umum?

Ini merupakan alasan terbesar aku. Gile kot… dah la aku suke ambik gambar. Jadi bila aku menulis, tanpa ada gambar hiasan, aku rasa cukup janggal. Henpon HTC yang aku pakai hampir 3 tahun sudahpon menamatkan riwayatnya sendiri. ERrrrmmm… tak pe la. Mujur jugak ar ade Galaxy Note tu. Boleh la jugak menjawab telefon kalau dalam kecemasan.

Masa ni, aku pergi buat alignment kereta sebab nak balik kampung.
Masa ni, aku pergi buat alignment kereta sebab nak balik kampung.

KEWANGAN

Kalau bab ni, satu perbincangan yang hangat kalau nak cerita. Kalau kita cerita yang kita ni susah. Ada orang lain yang lagi susah. Kalau kita cakap, rumah kita kecik, ada pula orang yang hanya mampu tinggal kat lorong-lorong. Alhamdulillah, buat masa ni, walaupon agak tak berapa nak stabil. Tapi masih boleh makan bersama keluarga dengan selesa di rumah.

Anak-anak.. kalau buat perangai... boleh pusing kepala...
Anak-anak.. kalau buat perangai… boleh pusing kepala…

MASA

Kata orang, kalau nak hidup senang, maka gunalah masa dengan sebaiknya. Dalam konteks ni, bukan nak senang, tapi sebaliknya aku memenuhi tuntutan tanggungjawab yang memaksa aku buat masa ini memberi tumpuan dan fokus pada kerjaya.

Daripada teori entah dari mana aku terbaca, kemewahan dan kesenangan itu akan berkadar songsang dengan masa. Bila ku pikirkan kembali.. ada betul juga teori ni. Awak nak hudup senang, awak kene berusaha gigih. Kegigihan ini akan mengikis masa kita sedikit demi sedikit dari kebiasaan. Persoalannya sampai bila?

Sebab itu aku putuskan, hari minggu adalah hari aku bersama anak. Aku lupakan hal ehwal internet, hal kerja, hal projek-projek sampingan. Tapi nak buat macam mana, berbalik kepada RULES di awalnya, besok aku terpaksa bekerja sebab ada tugasan yang aku tak mampu nak selesaikan pada hari kerja minggu ni.

Kalau berjauhan pulak, segala kenakalan dia akan kita rindu.
Kalau berjauhan pulak, segala kenakalan dia akan kita rindu.

PENDAPAT?

Blog bukan sumber pendapatan utama aku. Jadi aku tak berapa nak ambik pusing pasal menjana duit dari blog. Janganlah pulak kau kata aku ni angkuh. Kalau semua orang nak buat dari blog, maka persaingan akan menjadi lebih tinggi. Bila persaingan menjadi tinggi, ini bermakna, tawaran melebihi dari permintaan. Ekoran dari itu, nilai dan kualiti BLOGGING menjadi sampah. Kau nampak tak di situ? Sebaliknya, sekiranya permintaan tinggi manakala tawaran pula berkurangan, maka NILAI BLOGGING kembali berharga. Paham tak?

Aku agak terkilan jugak la dengan sikap segelintir blogger yang perasan diri amat populer. Dia perasan dia adalah terbaik, sebab beri peluang pada blogger lain untuk maju. Tapi dalam masa yang sama, bila ade demanding dari sesetengah blogger, dia akan kondem balik sebab blogger yang demand tu dah la tak popular… kuat demand pulak tu..

Tak baik kau tahu! Dia bukan tak mahu jadi popular, tapi disebabkan sifat kesederhanaan dia tu yang menyebabkan KAU POPULER sekarang. Kau cuba bayangkan kalau dia bersaing dengan kau? Silap-silap haribulan, dia pulak offer kau dengan free services. Padan muke!

Kesimpulannya, kau tak perlu la nak belagak sangat kalaau ade blog yang tak populer, tapi demand tinggi. Mereka adalah jenis yang menjaga SENTIMENTAL VALUE. Mereka berada di dunia yang lain dari dunia penulisan kamu. Jadi hormat la sikit pada “kesenian” orang lain.

Telatah anak-anak yang akan dirindui bila mereka dah besar nanti.
Telatah anak-anak yang akan dirindui bila mereka dah besar nanti.

ITULAH SEBABNYA

Itulah sebabnya, aku ni jarang nak menulis. Sebab banyak perkara terbuku kat hati, banyak perkara yang kalau aku luahkan kat blog, akan menggores dan menang. Aku rindu merepek sorang-sorang kat blog macam dulu-dulu. Mencurahkan idea “membasuh minda” dengan menulis.

Lenggok santun serta susur galur penceritaan pada blog ku harapkan seperti pada awal aku mula berblogging. Kerana aku mahu pembaca menyelami penulisan. Bukan menghayati “sampah peribadi aku”. Apakan daya, tahap otak aku pon ade darjah pembekuan. Maka aku berundur seketika untuk mencari momentum lantunan.

Ini lah dia gadget terbaru. Masih belum mahir. Baru nak layan... dah bz pulak!
Ini lah dia gadget terbaru. Masih belum mahir. Baru nak layan… dah bz pulak!

NOTA: Gambar kat atas sekadar gambar penghias catatan. Kurang gambar beresolusi tinggi.