Kelmarin, sekali lagi aku bawak Amirul Amin pergi ke Taman Tasik Perdana. Kali ni, aku bawak dia seawal pagi. Kebetulan pulak pada hari kelmarin tu, isteri kerja shift pagi. Agak bosan kami menunggu kat PPUM, jadi aku putuskan bawak along pergi main kat taman.
Apalah sangat dibuangkan masa untuk meneman anak kat taman setakat sejam dua tu. Cuba banyangkan, hampir penuh satu minggu kita bekerja. Pulang ke rumah agak lewat malam. Kadang-kadang, bila balik rumah, anak dengan isteri pon dah penat. Tambah pulak dengan kita stress kat tempat kerja. Langsung nak layan anak pon jadi bebal.
Sebab tu kalau boleh aku nak luangkan masa dengan along pada hari minggu. Nak bawak Azhar, dia agak kecik lagi. Orang kata belum dapat kaki. Tunggu la turn dia besok. Mau jadi team futsal dengan Along dia barangkali. Bila tengok anak-anak berlari kat taman, aku rasa satu kepuasan yang tuhan bagi. Tenang je…
Nak ku katakan aku ni bapak mithali tu, jauh panggang dari api la. Tapi, sapa yang tanak jadi bapak contoh untuk anak-anak. Kerja pagi petang siang malam. Rutin diwaktu pagi, selepas hantar isteri bekerja, hantar pulak anak ke taska. Kemudian baru aku masuk ofis. Balik pulak, jemput anak… kemudian, jemput isteri. Macam tu la kalau diringkaskan rutin aku seharian.
Tolak jalan jem, berhenti isi minyak, tunggu wife nak abis punch card… ada la jugak pukul 10 malam baru kami nak sampai rumah. Sebab pasal tu la, aku ni tak boleh nak joli-joli katak macam orang lain. Pada aku, aku rasa sangat bersalah bila tak hantar atau tak ambik wife ke tempat kerja atau dari tempat kerja.
Mungkin shift yang berbeza, ada kalanya aku sempat hantar, ada kalanya aku sempat ambik. Kadang-kadang, sempat hantar ke stesen LRT pon tak pe dah, aku rasa tertunai tanggungjawab aku. Walaupun tak 100% terlaksana. Memang aku akan rasa janggal kalau wife aku pergi dan balik kerja sendiri. Rasa macam hilang sense of family. Aku lebih selesa beramai-ramai dalam kereta, dan menuju pulang kerumah meskipun lewat malam.
Dipendekkan lagi ceritanya walaupun tiba-tiba saja idea aku mencurah-curah bak limpahan coklat di ladang gandum… walaupun rasa agak stress dengan keadaan jalan JEM, anak mengamuk dalam kereta… nak kene tunggu wife lagi, tapi di akhirnya… kami sekeluarga balik ke rumah bersama-sama. Naahhhhh puas.. Inilah nikmat untuk aku kerana keluarga ada disamping aku. Amin dan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa.
NOTA: Semalam pergi keluar dengan BigBoss AI MEDIA. Boss approved aku untuk beli WACOM TABLET. PERRRRgggggghhhhh… hadiah kerja kuat. Terima Kasih Boss!
longarif
27/11/2013 @ 10:25 am
cmna nk buat foto besar untuk tatapan dalam blog kita..
Azman Ishak
27/11/2013 @ 4:08 pm
nak buat macam ni, kene edit kat themes. tapi kalau nak pakai themes fotobesar ni, boleh je dapatkan kat sini:- http://shop.aimedia.my
Ummi Hanie @ Nis Azmier
20/11/2013 @ 11:53 am
bapak dan suami mithali lah tu… do the best kan…
puas tengok gambaq besaq 🙂
longarif
13/11/2013 @ 2:29 pm
sangat cantik gambar tu en.azman..nampak ceria je anak en.azman..kalau lah semua ayah di dunia ne mcm en.azman alangkah bertuahnya anak2..
Muhamad Azman Ishak
13/11/2013 @ 3:14 pm
saya jugak bukan seorang yang baik. bukan juga bapa yang contoh. ada kalanya termarah anak… terherdik. kita juga ada buat salah dengan anak. cuma ego seorang bapak, akan berat nak mintak maaf dengan anaknya sendiri. apa yang dia boleh buat cuma perkara-perkara macam ni, untuk menunjukkan yang dia sayangkan anaknya.
zerous
27/09/2013 @ 5:44 pm
Serius macam anak saya yang 3 tahun, kalau dah jumpa taman permainan, terus lupa hal lain, main sampai x nak balik…huhuhu… jenuh memujuk
Muhamad Azman Ishak
20/10/2013 @ 12:07 am
anak bro umur 3 tahun? sebaya la dengan anak saya yang sulong tu bro.
sepol
26/09/2013 @ 10:06 am
puas hati bila tgk anak2 happt… sempoi gajet baru…
wazy
21/09/2013 @ 2:57 pm
Saya telah membaca post ini.
wazy
21/09/2013 @ 2:56 pm
gambar nak jadi superman tu lawa la bro , ada gaya superhero abahnya
Muhamad Azman Ishak
20/10/2013 @ 12:08 am
hahahaa itu puji ke perli? lol~
Mus
21/09/2013 @ 9:02 am
Saya telah membaca post ini.
Mus
21/09/2013 @ 9:00 am
cepat anak tidur.. kepenatan ni
blogger lelaki
19/09/2013 @ 3:47 pm
gambar dia dkt tepi pokok tu lawa bro
blogger lelaki
19/09/2013 @ 3:47 pm
Saya telah membaca post ini.
Muktasim
18/09/2013 @ 10:47 am
geram tengok gambar saiz besar macam ni.. puas tengok.. ni yang rasa nak pakai template fotobesar gak.. 🙂
Mus
21/09/2013 @ 9:00 am
saya pun sama bro
Hairul Azni
17/09/2013 @ 12:42 pm
Memang seronok bila dapat sesekali selit masa bersama anak..dalam sibuk2 pun kena selitkan jugak sekali dua..
Mohd Shubhi
17/09/2013 @ 12:11 pm
Itu semua kerja mulia sebenarnya…insyallah banyak ganjarannya dunia akhirat!
Muhamad Azman Ishak
20/10/2013 @ 12:10 am
terima kasih atas nasihat tuan! 😀
azman
17/09/2013 @ 11:28 am
Perghh terbaik 50mm nih 🙂
Faizalpj
17/09/2013 @ 12:51 am
Bila bersama anak keluarga penat pun hilang
Wah apa tu gadget baru
Bahrain
17/09/2013 @ 12:51 am
comel tgk anaknya..
akubiomed
17/09/2013 @ 12:35 am
Wah abang M.Nasir sudah ada gajet baru. 🙂
Muhamad Azman Ishak
20/10/2013 @ 12:10 am
kah kah kah, tak abis2 dengan mnasir dia tu. lol~