Bila aku sembang nak keluar berjumpa Acik Hidup Biar Sedap ni, ade je dok kata tak hajak la, itu la ini lah. Kau gile, nak jumpe acik ni nak kene buat appointment bagai tau. Hahahaha banyak lapisan nak kene approved. Hanya yang cemerlang saia boleh berjumpa. Kah kah kah. Antara mukhadimah yang tak boleh nak blah.
Kerap kali aku dengan Kak Jie dan beberapa blogger yang lain, lebih selesa berjanji up jadi. Kalau jadi, terus jadi, dan kalau tak jadi, masing-masing paham dengan komitment rakan yang lain. Pendek kata, pertemuan yang dirancang dalam masa yang sinkat itu lebih keberkesanannya berbanding, planning bagai nak rak. Tup tup… tak jadi. Kan kecewa gitu. Pasal tu aku malas nak berjanji. Pesen aku mudah, kalau orang ajak, dan kebetulan masa tu aku free, aku terus JOM je!
Terima kasih la kat Kak Jie sebab masak mee kari. Segan plak aku, mai datang bawak perut je. Kebetulan hari yang sama pada tengah hari tu aku ke Gombak. Menunggu abah balik dari umrah. Abang aku yang pergi ambik kat KLIA. Jadi tunggu punye tunggu, last-last abang call. Abang cakap, dia sampai lewat. Ok tak pe lah, kebetulan kami akan berkumpul sekeluarga balik pada 9hb Mac ni kat Pahang, jadi tak sempat nak tunggu sebab berjanji dengan orang pulak.
Elok je daripada tu, Aku, Abang Azman Ismail dan Kak Jie, planning nak melepak sekali hujung minggu kat Taman Tasik Perdana. Tadek la nak merancang beriya pun. Cuma bukak-bukak mulut macam tu je. Kemudian masing-masing dok pakat JOM… aku pon ape lagi. JOM aje lah. Seronok berpiknik kat Taman Tasik Perdana ni sebab kawasan parking dia pon lapang. Kemudian, kemudahan taman permainan dia pon nampak diselenggara dengan baik.
Jadi bila dah ada kat sana, mak bapak boleh berpiknik bersama rakan-rakan dengan tenang. Sementara tu, anak-anak dah tentu la nak jelajah seluruh taman permainan. Kawasan taman permainan ni, boleh dikatakan di penjuru sudut taman. Maka mudahlah ibu bapa nak pantau anak masing-masing sambil melayan gosip semasa. Hhahaha!
View Taman Tasik Perdana in a larger map
Aku ni kan, kalau nak carik tempat beriadah dengan rakan-rakan dan kalau bawak anak, perkara yang aku titik-beratkan adalah:
- Dekat dengan kemudahan asas.
- Parking yang senang diperolehi
- Taman permainan untuk anak-anak
- Tidak terlalu sunyi
- Tidak berdekatan dengan jalan raya atau jalan utama.
- Dan kalau berdekatan jalan raya pon, mesti berpagar dengan rapi.
Dan ciri-ciri yang sebegini memang terdapat pada Taman Tasik Perdana. Cuma masalah kalau parking ni, nkorang kene datang awal la. Sebab sekejap je parking dah penuh kalau nkorang bercadang nak riadah waktu petang. Dari awal aku dah bagi tau kat Acik tu, mai dalam pukul 5.00pm sebab masa ni masih mudah untuk dapatkan parking. Kalau lewat daripada tu, memang kirim salam la. Jam 5.00pm boleh dikatakan dah redup. Jadi ape lagi… bentang tikar, hidang makanan… dan terus bergosip!
NOTA: Memang seronok riadah macam ni. Isteri boleh kenal sapa kawan-kawan suami dia. Aku tak perlu nak risau atau berhsia segala aktiviti sosial aku, sama ada dalam talian atau luar talian. Rata-rata, isteri aku memang kenal dengan kebanyakkan rakan blogger, dan dia tahu nama kebanyakkan dari mereka.
ejam
23/05/2014 @ 8:42 am
rindunya nak menembak…tapi senapang macam dah tumpul..
kalau tolak jual murah2 ada yang nak tak…hehe
hanari
14/03/2014 @ 9:02 pm
Sungguh acara yang sangat menyenangkan, Seluruh anggota keluarga bisa menikmati.
cikgu naman
12/03/2014 @ 1:58 am
meleleh ayaq lioq tengok hasil lensa ini
Azman Ismail
04/03/2014 @ 10:32 am
Ya begitulah caranya hehehhe…
akubiomed
04/03/2014 @ 12:54 am
Tidak percaya makan sesuap mee kari. Mesti mangkuk bertingket-tingket. 🙂