Tidak semua yang tak hadir itu rugi, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.
Terlebih dulu, nak ucapkan tahniah pada Team DenaiHati Network sebab berjaya menganjurkan acara gilang-gemilang, Sepetang Bersama Blogger 2014 pada hari semalam. Satu acara yang gilang gemilang dalam memertabatkan dunia blogger dimata dunia. Bukan mudah tugas yang cuba buat, namun alhamdulillah, berakhir dengan pencapaian yang sangat baik.
Dikesempatan pada post ni, aku memohon maaf, sebab tak boleh nak bersama semalam. Jumaat malam Sabtu aku dah bergegas balik ke kampung. Ada urusan keluarga. Adik aku akan bertunang pada hari ni.
Terbaca pasal kesah penuh konspirasi dan teori mengenai Kehilangan Pesawat MAS, MH370, kami sekeluarga juga turut merakamkan simpati kepada keluarga mangsa. Semoga ianya berakhir dengan selamat. Dalam hal sebegini, meakipun negara sedang bergolak dalam arena politik, eloklah kiranya kita perbanyakkan doa daripada menunding jadi menyalahkan pihak sekeliling. Ini bukan masalah politik.
Sapa yang tak risau kalau perkara no berlaku kat ahli keluarga kita yang terdekat kan? Ketepikan semua ideologi politik yang boleh merosakkan hubungan baik. Aku nampak banyak yang kaitkan kejadian ni dengan pergolakkan polotik dalam negara. Kurasakan ianya adalah keputusan kurang bijak jika kita berfikiran sedemikian.
Sebagai penulis blog, aku memohon rakan-rakan seperjuangan, jangan kalut nak kejar trafik dengan menulis berita mengenai kejadian Kehilangan Pesawat MH370 tanpa mendapat sumber rujukan yang sahih dan rasmi dari pihak MAS sendiri. Ini akan menambah lagi kedukaan terutama keluarga mangsa. Jadilah warga penulis yang bijak dan bertanggungjawab. -peace-
Thanks,
Azman Ishak.
profhariz
16/03/2014 @ 8:38 pm
Hihi tajuk pujuk diri ke bro? Tapi betul tu bro. Kita yang dah ada keluarga ni tanggungjawab lagi penting dari sbb tu 🙂
Apa-apa pun next time bro kena hadir ya.
Amirul
15/03/2014 @ 9:25 pm
Saya pun elak dari posting pasal MH370, selain risiko post benda tak sahih, risiko di akhirat juga diambil kira
hanari
14/03/2014 @ 8:59 pm
Semoga pesawat tersebut segera di temukan, sehingga semua akan merasa lega.
Mus
10/03/2014 @ 9:57 am
saya pun follow dari jauh jer SBB ni
akubiomed
09/03/2014 @ 11:16 pm
Apa yang berlaku kepada MH730 membuat ramai pakar aviasi kebingungan.Semua persoalan ini akan terjawab apabila kapal terbang ini dijumpai. Semoga penumpang dan kabin kru berada didalam keadaan selamat.