Ceria Kemerdekaan - Perasaan anak kecil ini bila pertama kali melihat sambutan kemerdekaan dalam hidupnya
Ceria Kemerdekaan – Barangkali itulah perasaan anak kecil ini bila pertama kali melihat sambutan kemerdekaan dalam hidupnya

Sedang aku berjalan-jalan ke alam siber ni, aku singgah la sebentar ke blog rakan-rakan fotografi. Tetibe terbantut lompatan dek kerana entri abang BioMetrik sorang ni pasal kontest fotografi. Erm… rasanya ini baru pertama kali aku nak masuk kontest macam ni. Masuk for fun, for branding dan untuk buktikan aku berani untuk masuk bertanding. Itu saja. Kalah atau menang, itu urusan terletak pada pihak penganjur. Kita yang sebagai peserta, apa yang perlu, patuhi arahan yang diberi.

Kontest kali ni agak mudah. Ianya bertemakan “Ceria”. anda diminta untuk mengupload gambar ceria dan buatkan satu blog post yang berkisarkan tajuk “Jom Join Contest : Fotografi – Ceriakan Hidupmu!”. Untuk terma dan syarat penyertaan, anda boleh semak di sini. Sementara jika tugasan tersebut telah dilaksanakan, maka anda boleh la menghantar LINK penyertaan tu di sini.

Kepada rakan-rakan blogger lain yang ingin turut serta, masih sempat lagi berbuat demikian sebab tarikh tutupnya adalah pada 16 Disember 2012. Jadi ape lagi… pilih la koleksi terbaik nkorang semua. Hanya satu gambar sahaja paham! Jadiii…. Jom Join Contest : Fotografi – Ceriakan Hidupmu!