Salam ceria untuk rakan pembaca blog ni. Kali ni nak berkongsi sedikit maklumat mengenai Disclaimer atau dalam Bahasa Melayunya, Penafian untuk Kategori Wordless Wednesday. Kerap kita lihat bila mana satu artikel itu berada dalam kategori Wordless Wednesday, paparan terhadap entri tersebut menjadi agak tidak menarik kerana terdapat ruangan kosong di sekitarnya. Ruangan ini sepatutnya di isi oleh artikel dari penulis.
Lebih mencacatkan rupa template anda sekiranya template laman utama anda adalah dari kategori magazine. Maka akan ternampak ruang-ruang kosong pada catatan tersebut seperti gambar pertama di atas. Untuk menampakkan kekemasan ini, saya ada membuat sedikit tutorial code yang anda boleh selitkan ke dalam template anda. Tutorial ini adalah untuk mereka yang yang betul-betul berani untuk membuat alterasi pada template masing-masing.
Sekiranya anda mengalami masalah, jangan segan silu untuk bertanya di ruangan komen ya. Di sini saya senaraikan beberapa file PHP template yang perlu anda buat penambahan kod:
- function.php
- index.php
- single.php
- Menambahkan satu kategori baru iaitu Wordless Wednesday ( sekiranya masih belum ada dan ejaan mesti betul)
Ini adalah fail template asal WordPress. Sekiranya anda menggunakan jenis template yang basic tapi inginkan penambahan ciri-ciri baru… jom ikut tutorial ini. Tampalkan kod ini kedalam function.php harus di-ingat kod ini mestilah berada di dalam TAG PHP iaitu <?php … ?>
[php]
# – Wordless function.
function wordless_content(){
global $post;
$categories = get_the_category($post->ID);
if (in_category(‘Wordless Wednesday’)) {
echo get_the_content();
echo "<blockquote><b>NOTA:</b> Catatan ini adalah catatan Wordless Wednesday. Ia hanya mengandungi gambar dan sedikit nota ringkas </blockquote>";
}
else { echo get_the_content(); }
}
# – Wordless Excerpt.
function wordless_excerpt(){
global $post;
$categories = get_the_category($post->ID);
if (in_category(‘Wordless Wednesday’,$post->ID)) {
echo get_the_excerpt();
echo "NOTA: Catatan ini adalah catatan Wordless Wednesday. Ia hanya mengandungi gambar dan sedikit nota ringkas";
}
else { echo get_the_excerpt(); }
}
[/php]
Kemudian save file function.php itu tadi. Sekarang ni, sekiranya anda ingin membuat perubahan pada home-page, maka anda perlu membuat perubahan code terhadap:- index.php. Harus di ingat, nama-nama file ini adalah nama file asas template WordPress, sekiranya anda menggunakan template framework, nama tersebut mungkin berbeza.
Daripada file index.php, cuba carik perkataan -> the_excerpt() atau get_the_excerpt(). Atau mungkin juga ada yang the_content() atau get_the_content(). Sekiranya jumpa, maka gantikan perkataan ini dengan: wordless_excerpt().
Kemudian, sekiranya anda ingin membuat perubahan automatik penafian ini di dalam paparan entri (single post), maka carik file yang bernama single.php kemudan carik perkataan get_the_content() atau the_content(). Sama juga, gantikan perkataan ini dengan wordless_content().
Sila ambil perhatian: Sekiranya anda menggantikan arahan: get_the_excerpt() atau get_the_content(), sila buang perkataan echo dihadapannya dan gantikan denganΒ wordless_content() atau wordless_excerpt() di dalam file index.php dan di single.php tadi. Contohnye adalah seperti di bawah:
[php]
# — Sambungan code
<div class="the_content"><?php wordless_excerpt(); ?></div>
[/php]
Ok… dah siap. So sekarang macam mane? Gambar di atas ni adalah contoh hasilnya pada paparan home-page (index.php) blog saya. Anda juga boleh mengubah apa-apa sahaja disclaimer/penafian yang anda kehendaki dalam bahasa anda sendiri. Selamat mencuba!
Chihaya
25/09/2015 @ 7:43 pm
Love the deep colors of the suenst.I have another view of the Brooklyn Bridge this week. Once my music-performance schedule calms down can be more diligent with my reposts π
hafiz
06/03/2013 @ 12:34 pm
untuk blogspot ada tak..
Muhamad Azman Ishak
06/03/2013 @ 12:38 pm
alamak… maaf, saya dah lama sangat tak sentuuh blogspot semenjak berkecimpung dalam wordpress.
titan
25/12/2012 @ 5:51 am
Saya telah membaca post ini.
Anarm
18/12/2012 @ 9:49 am
Saya telah membaca post ini.
Kak Long Mawar Merah
17/12/2012 @ 8:13 am
Saya telah membaca post ini.
Ummi Hanie
17/12/2012 @ 2:29 am
oh.. yg ini belum berani mau buat π
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 12:18 am
hehehe… ummi hanie.. G+ ade masalah ke? saya cuba klik, tapi masih gagal sampai sekarang.
TIPS WORDPRESS: Template terlopong kerana Wordless Wednesday? Mari saya bantu anda! | AzmanIshak.Com
16/12/2012 @ 6:29 pm
[…] PINGBACK NEGARAKU.MY: TIPS WORDPRESS: Template terlopong kerana Wordless Wednesday? Mari saya bantu … […]
Naziman
16/12/2012 @ 12:20 pm
Nasib baik tema saya sekarang tak nampak cacat sangat kalau post gambar saja. Nanti ada masa akan di guna juga tutorial ni. Terima kasih atas perkongsian.
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 12:19 am
kalau tema macam naziman, tak nampak cacatnye. ni kalau image kat sebelah macam template saya.. memang nampak ketara ruang kosong tu.
ohcikgu
14/12/2012 @ 4:11 am
Saya telah membaca post ini.
Zulhilmi Zainudin
13/12/2012 @ 8:16 pm
Menarik tutorial ini. Jika dinomborkan secara berturutan lebih baik dan nampak kemas. Juga lebih selesa dibaca. π
Azman Ishak
14/12/2012 @ 12:09 pm
Terima kasih atas komen saudara, nanti akan cuba di buat untuk sesi akan datang.
Affan
13/12/2012 @ 4:28 pm
Dah lama perasan masalah ni kt blog org lain. Guna genesis ada metabox utk excerpt, ltk kat situ je selalunya. Kalau buat auto excerpt utk ww, takut google detect as duplicate pulak.
Tp kod ni ok je, takyah tulis manual setiap kali ww π thanks for the tutorial
Muhamad Azman Ishak
13/12/2012 @ 4:33 pm
terima kasih atas maklum balas π tapi untuk elakkan terjadinya double content, pasal function ni, kita selit je beberapa perkataan dalam entri. maka dia akan gabungkan perkataan tu dengan default perkataan dalam function. nah.. setel. tak jadi duplicate dah. kan.. hehehe π
cmratu
13/12/2012 @ 11:20 am
memang menarik.. ni yang dok cari selama ni.. π
nak kena cuba..
Muhamad Azman Ishak
13/12/2012 @ 11:26 am
harap dapat membantu. π
puanbee
13/12/2012 @ 10:46 am
kena tunggu masa yang sesuai baru buat , tp bila dah mula sentuh theme tu mcm kekjie ckp la , ada la sesiapa kena bersedia untuk SOS ..
KNizam
13/12/2012 @ 9:47 am
whoa! hehe π
Muhamad Azman Ishak
13/12/2012 @ 11:27 am
jangan nganga lebih-lebih.. taw la hang balik nak tengok bola.. hehehe… jom ngeteh :p
Kujie
13/12/2012 @ 9:35 am
terimakasih encik………….nanti bila free kak jie cuba
tapi bersedia untuk SOS waktu kecemasan
Muhamad Azman Ishak
13/12/2012 @ 11:28 am
erm.. itu perkara biasa. kekekek.. nak sos tomato ke sos cili? :p