Selamat bertunang Anis & Ashrof

Alhamdulillah, akhirnya segala kata dah terikat janji. Akhirnya pada hari Sabtu yang lepas, akak ipaq aku dah ade orang masuk meminang. Kami sekeluarga rasa lapang dada. Masa aku bertunang dulu, aku tak bleh nak gambarkan macam mane segannye bila orang suruh bergambar dengan tunang.. hahaha… sekarang bila dah jadi fotografer… kuasa mutlak di tangan aku. Boleh suruh sesuka hati. Tapi tadek la melampau, sebab depa baru lesen L. Tak boleh membonceng berdua lagiopsss~

Dari kecik dah dididik untuk turut serta bergaul dalam masyarakat adalah satu pendedahan yang baik.

Teringat masa dulu kene paksa pergi kenduri kawin. Masa dulu, aku duduk dengan mak sedara kat Sungai Besar, malong nak mendidik anak-anak dia pergi bergaul dalam majlis orang senang je… dipendekkan cerita.. pada tengah hari kalau ade kendiri, dia tak masak. Jadi pandai-pandai lah nkorang pergi majlis kenduri…. bergaul dengan orang tua-tua.. pergi Gejobhos ramei-ramei…. masa tu daripada tanak pergi, rasa seronok gak, sebab orang dewasa menghargai sumbangan anak-anak dalam majlis kenduri kendara.

Baju putih tu adalah abang sulung, tapi lain ayah. Jadi baju biru adalah wali. 2 Orang kuat tengah berbincang.

Owh tersasar cerita masa zaman sekolah. Ni plak nak habaq mai pasal cerita kat Kedah nun… jauh kat Gurun. Minggu lepas aku sekeluarga balik ke Gurun. Bergerak Jumaat malam Sabtu. Agak lewat bergeraknye sebab aku dan isteri berkerja nak mencari sesuap nasi untuk keluarga. (*Apesal tah ade muzik latar ombak rindu, takthuuu dehh*). Ok lupekan, lepas tu, bersiap dalam pukul 11.00malam baru nak berlepas.. sampai kat rumah akak ipaq, ada la dalam 4.30pagi. Mata aku macam nak rabak bawak kereta.

Tok Imam Taman Ria Mesra 1 yang menjadi wakil kepada keluarga pihak perempuan.

Aku amat seronok dengan majlis yang di adakan oleh abag sulung (abang ipaq) aku kat Kedah nun. Depa masih mengamalkan gotong royong, ada kariah-kariah atau lebih dikenali dengan PAKATAN… masa ni, aku tolak ke tepi ideologi politik semua mende tu. Sebab aku tak kesah pon bulan sabit, bulan penuh mahupon keris bersilang. Apa yang aku bangga adalah semangat persaudaraan orang utara. Aku kagum habaq hang.

Uihh... tetiba rasa macam aku plak nak duduk atas pelamin dengan mama Amirul.. bley?

Masa depa mai datang nak berbincang untuk majlis pertunangan, tetibe aku teringat yang aku masa pergi merisik isteri aku sorang diri aku jer jumpa abang sulong isteri aku. Gila ketaq lututttttt… hahaha.. tapi itu la kenangan manis aku dalam nak menempuh rumah tangga. Susah senang, bersama isteri tercinta… erk.. ombak rindu mahupon ombak Tomyam Goong tu adalah perkara lumrah. Laut mesti ade pasang surut… masa musim mencandat sotong, bulan penuh.. konfem meriah. *Merapu sudah*

Ok lah, cakap banyak plak. Layan gambar bersama speedlight. Aku ade buat enhance lighting sikit. Sebab screen kat rumah aku cerah, mai kat opis, screen Dell, agak kegelapan. Tak bleh nak kata ape.. janji feel tu ade cukup le tu. Nanti aku carik tok guru speedlight ye.

Sebahagian dari gubahan dari pihak perempuan kepada lelaki.
Amirul dah pandai main angry bird. Habis la henpon abah dia kene lastik.
Tahniah untuk akak ipaq.. anda dah bergelar tunangan orang 😀
Laaa... tu dia, tadi aku lupa nak tangkap gambaq. Mai sat aku petikkk.. *lol*
Sebahagian dari gubahan dari pihak lelaki
Bekas cincin pertunangan.. cincin RM24billion? Owh wow.. hehe.. cincin dah pakai la
Gubahan CupCake. Suka betoi aku tengok deco dia. Kemas tersusun.
Orang bertunang.. tak makan pon dah kenyang. Jadi buah ni, dapat kat aku le haha..
Ini lah dia cincin tu... siap aku rekust hari Ahad semalam, suruh letak balik sebab aku nak tangkap gambar dalam bekas tu.
Siburung penjaga cincin.. hamboi burung ni... tak sabaq-sabaq nooo.. lololololo~
Ok last... masa ni time nak balik ke KL, aku cakap lawanye... mama Amirul kata, ape lagi, berhenti tepi jalan.. snap la. Terus capai kamera

NOTA: Patut la mak bapak kita dok paksa pergi kenduri kawin… rupanya.. untuk mereka yang bekeluarga… akan menambahkan motivasi kekeluargaan bagi pasangan yang baru nak mendirikan rumahtangga mahupon mereka yang dah lama. Ini rahsianya!