Alhamdulillah, akhirnya segala kata dah terikat janji. Akhirnya pada hari Sabtu yang lepas, akak ipaq aku dah ade orang masuk meminang. Kami sekeluarga rasa lapang dada. Masa aku bertunang dulu, aku tak bleh nak gambarkan macam mane segannye bila orang suruh bergambar dengan tunang.. hahaha… sekarang bila dah jadi fotografer… kuasa mutlak di tangan aku. Boleh suruh sesuka hati. Tapi tadek la melampau, sebab depa baru lesen L. Tak boleh membonceng berdua lagi… opsss~
Teringat masa dulu kene paksa pergi kenduri kawin. Masa dulu, aku duduk dengan mak sedara kat Sungai Besar, malong nak mendidik anak-anak dia pergi bergaul dalam majlis orang senang je… dipendekkan cerita.. pada tengah hari kalau ade kendiri, dia tak masak. Jadi pandai-pandai lah nkorang pergi majlis kenduri…. bergaul dengan orang tua-tua.. pergi Gejobhos ramei-ramei…. masa tu daripada tanak pergi, rasa seronok gak, sebab orang dewasa menghargai sumbangan anak-anak dalam majlis kenduri kendara.
Owh tersasar cerita masa zaman sekolah. Ni plak nak habaq mai pasal cerita kat Kedah nun… jauh kat Gurun. Minggu lepas aku sekeluarga balik ke Gurun. Bergerak Jumaat malam Sabtu. Agak lewat bergeraknye sebab aku dan isteri berkerja nak mencari sesuap nasi untuk keluarga. (*Apesal tah ade muzik latar ombak rindu, takthuuu dehh*). Ok lupekan, lepas tu, bersiap dalam pukul 11.00malam baru nak berlepas.. sampai kat rumah akak ipaq, ada la dalam 4.30pagi. Mata aku macam nak rabak bawak kereta.
Aku amat seronok dengan majlis yang di adakan oleh abag sulung (abang ipaq) aku kat Kedah nun. Depa masih mengamalkan gotong royong, ada kariah-kariah atau lebih dikenali dengan PAKATAN… masa ni, aku tolak ke tepi ideologi politik semua mende tu. Sebab aku tak kesah pon bulan sabit, bulan penuh mahupon keris bersilang. Apa yang aku bangga adalah semangat persaudaraan orang utara. Aku kagum habaq hang.
Masa depa mai datang nak berbincang untuk majlis pertunangan, tetibe aku teringat yang aku masa pergi merisik isteri aku sorang diri aku jer jumpa abang sulong isteri aku. Gila ketaq lututttttt… hahaha.. tapi itu la kenangan manis aku dalam nak menempuh rumah tangga. Susah senang, bersama isteri tercinta… erk.. ombak rindu mahupon ombak Tomyam Goong tu adalah perkara lumrah. Laut mesti ade pasang surut… masa musim mencandat sotong, bulan penuh.. konfem meriah. *Merapu sudah*
Ok lah, cakap banyak plak. Layan gambar bersama speedlight. Aku ade buat enhance lighting sikit. Sebab screen kat rumah aku cerah, mai kat opis, screen Dell, agak kegelapan. Tak bleh nak kata ape.. janji feel tu ade cukup le tu. Nanti aku carik tok guru speedlight ye.
NOTA: Patut la mak bapak kita dok paksa pergi kenduri kawin… rupanya.. untuk mereka yang bekeluarga… akan menambahkan motivasi kekeluargaan bagi pasangan yang baru nak mendirikan rumahtangga mahupon mereka yang dah lama. Ini rahsianya!
Mus
27/04/2012 @ 9:35 am
cantiknya gambar last tu bro..
Anarm
25/04/2012 @ 6:53 pm
aku nak bayar ko amik gambar aku kawin bley?
Muhamad Azman Ishak
25/04/2012 @ 7:44 pm
boleh boleh.. tapi kat mane? kalau kat kelantan.. pengsan la aku nak ke sana. lol.. kene demand duit tol sama minyak la sekali.. hahaha
Mohd Luthfi
24/04/2012 @ 7:15 am
Bro, majlis tunang kat rumah haritu ke?
Macam familiar.. anyway.. tahniah.. bila nak kendurinya?
Muhamad Azman Ishak
24/04/2012 @ 9:19 am
eh tak.. ni umah abang.. taman ria mesra 1. hak hari tu.. taman ria mesra 2 😀 kenduri insyaallah bulan 9 ni. jemput hadir 😀
Aizat
23/04/2012 @ 6:56 pm
Salam singgah…
wahhh, dasat ko skang man..dh ada customer kat utara tanah air.. nanti boleh la bersaing dengan saiful nang ye dak? huhu..btw- smart la gambo ko amik man.. bagus2..nati aku kaya, dh beli dslr, bole la blajo ngan ko ek? hehe
Muhamad Azman Ishak
24/04/2012 @ 9:22 am
Wsalam aizat.
hahahaha… haper yang dashatnye.. secara purata, kalau nak dicompare dengan pro, aku jauh tertinggal. tak sampai hujung kuku kata orang tu.
p/s: dslr sekarang ni dah murah kot. aku pon beli hutang. bayar bulan-bulan. nak beli selepuk, memang tak mampu la. itu pon basic dslr. 😀
azmanisma
23/04/2012 @ 4:45 pm
eh da boleh jadi wedding photografer nih..
Muhamad Azman Ishak
24/04/2012 @ 9:22 am
blom boleh lagi kot bang. banyak lagi teknik yang tak betul, terutama lighting. banyak teori tak berapa nak tahu. 😀
Sham Hardy
23/04/2012 @ 12:18 pm
ah bagus la tuh, lepas nih kalau aku ada job wedding photography aku panggil ko eh
alaaa aku bayar 🙂
Muhamad Azman Ishak
23/04/2012 @ 12:27 pm
betoi ke? haha.. aku on je. trimasss! 😀