Ini adalah sampel sebenar daripada kajian purata yang telah aku buat untuk gaji seorang eksekutif yang menetap di Kuala Lumpur. Rata-rata berdasarkan umur, pengalaman bekerja dan juga kepakaran.. Gaji pokok sekitar RM2800.00 – RM3100.00. Kiraan purata mendapati rata-rata daripada 10 orang Eksekutif yang baru akan bergaji tak kurang daripada RM2800.00. Setelah gaji mereka dipotong KWSP dan jugak SOCSO kita mendapati.. secara kasarnya gaji yang diterima adalah dalam lingkungan RM2300.00 – RM2500.00
Daripada carta di atas… aku senaraikan antara keperluan sesorang untuk hidup berdikari di Kuala Lumpur. Label yang diwarnakan dengan oren adalah sebagai perkara yang 50/50. Perkara ini mungkin digunakan.. dan mungkin tidak. Sementara yang bewarna merah.. adalah perkara yang wajib dilunaskan setiap bulan oleh mereka. Sementara biru laut pula adalah… bil-bil dan utiliti yang lain. Sementara untuk bekalan akhirat bewarna oren muda.. hantar kat mak atau abah dikampung untuk ambil berkat gaji yang diperolehi… Sementara hijau muda mungkin ade penambahan lain lain.
Secara keseluruhannya… Gaji bersih adalah RM400.00 untuk hidup di Kuala Lumpur. Jumlah bersih terperinci inilah yang akan untuk digunakan sampai cukup satu bulan… Duit yang ini la nak buat beli spender.. ini la nak buat beli pad (kalau orang pompuan), ini la nak makan…. Ini lah jugak… ada awak nampak saya senaraikan MAKAN dan MINYAK? Ade? Tadek dek kan? Barang dapur macam mana?
Korang yang pandai cakap tu cuba pikir eh… kalau yang dah bekeluarga macam mana? Kene pulak gaji yang kat atas tu untuk orang yang ade 2 atau tiga orang anak.. Weii… dalam senarai tu tak dimasukkan lagi Nestum anak.. susu anak.. pampers anak.. Ada korang pikir pasal semua ni. Kemudian harga barang nak naik. Jantung dan nyawa kenaikan harga barang adalah disebabkan MINYAK dan TARIF ELEKTRIK.
Nota: Aku membantah kenaikan harga taraf elektrik. Post ini sebagai tanda prihatin untuk rakan-rakan yang berpendapatan rendah.
Nota2: Ucapan terima kasih kepada rakan yang wish besday aku semalam. Speechless!!!
ilham
01/02/2012 @ 1:25 pm
saya ingin ubah hidupn menjadi senang
Dwen Rasid
11/06/2011 @ 6:03 pm
Sebab itu la saya lom kahwin lagi…kewangan tak cukup lagi,lepas diri sendiri boleh la
Posting Popular : Nak Kenal Dengan Hazama?
hafidz
11/06/2011 @ 5:53 pm
itu lah pasal. belum lagi dah berkeluarga dan mempunyai anak.
semakin hari semakin tinggi kos sara hidup kita semua.
fuh~
LuthfiMY
07/06/2011 @ 4:20 pm
aku rasa tang internet, astro dengan telefon tu kalo boleh sep.. sepkan je..
tapi la kan.. bagi aku, lagi besar gaji lagi la tak cukup belanja. sebab, keinginan tu makin tinggi.. bro.
chekguBH
05/06/2011 @ 1:40 pm
cakap sng laa….cube buat! nak ubah bukan takmo, tapi takbleh…dah itu yg sepatutnya…
alasan nak naik: kita masih yg terendah di dunia….huhuhu
Hxnis
04/06/2011 @ 4:27 am
elaun dan faedah istimewa menteri ni sume elok dibekukan atau baik xpayah ada langsung.
biar dorang bayar sendiri bil air,letrik,fon,internet. beli brg dapur sendiri. teringin gak nk tengok dorg meroyan ke tak bila pengumuman harga tu naik, harga ni naik.
Faridzuan
03/06/2011 @ 6:52 am
Kajian yang bagus! Tabik kat bro. Tidak dinafikan sekarang zaman globalisasi. semua nak kena ada duit.
Muhamad Azman Ishak
03/06/2011 @ 3:20 pm
nak kinceng pon bayar doh… hahaha..
zaryl
02/06/2011 @ 1:13 pm
aku ni takde la miskin bonar walaupun tak dinafikan sengkek memanjang.
tapi aku geram dgn beberapa set mangkuk tingkat yg mulut suruh org ubah gaya hidup la bagai… diorg sendiri lama dok jadi menteri ntah dh tak pernah angkat noozle pam minyak yang belemoih, tak penah mengelas kira duit syiling nk beli beras 5 kilo bagi anak bini makan, tak penah risau bila saudara mara dtg terfikir lauk hanya ada telur dan ikan masin utk dijamu, tak pernah termenung bila kadangkala terpaksa mengorek duit simpanan utk jelaskan bil, padahal duit utk simpanan bila anak2 nk sekolah/universiti nanti….
aku ni takde la miskin sgt. tapi macam hang, aku pn selalu terfikir apa nasib mereka yang menjerih cari duit siang malam, hidup tak pernah bergaya macamana plak nak ubah?
yusri
02/06/2011 @ 6:15 pm
masaalahnya, nak berjimat tang mana lagi. Kalau asyik naik harga barang, tak larat dah nak tukar2 bajet..bajet selalu lari, itu tak termasuk bajet luar jangka lagi. Kalau macam aku dulu ada jugak buat dalam 2,3 ratus. La ni tak de dah.
.
zaryl
03/06/2011 @ 12:40 am
duit abis kena catu haha… aku mampu standby RM100 ke bawah je sakarang ni. itu pun kejap je dh clear huhu
Muhamad Azman Ishak
03/06/2011 @ 3:18 pm
RM100 tu kire agak besar ok.. aku kengkadang tak lepas nak buat kitaran satu bulan.. dah jenuh plak nak meminjam… lepas tu.. cam biasa.. gali lubang tutup lubang.. yang kembung.. pak menteri jugak la..
Muhamad Azman Ishak
03/06/2011 @ 3:20 pm
tu la kan… depa ni cakap pakai gigi.. main sedap tarok jer… “saya rasa bangga kerana rakyat malaysia prihatin dan bersetuju dengan kenaikan taraf elektrik” kan ke bile masa tah aku cakap aku setuju…
Muhamad Azman Ishak
03/06/2011 @ 3:17 pm
kalau nak ikutkan bro.. aku ni nak berhambur maki dalam entri ni.. tapi tu la.. kalau aku maki kejap lagi.. ade plak yang pergi buat report.. dah tak pasal-pasal masuk jel.. kan kesian anak aku nanti.. nampak kan? berat sebelah. betoi.. kalau dibincang sangat pasal topik ni.. mau kedalam aku nanti.. so aku prefer bincang lite-lite jer.. meskipon aku meruap-ruap nak hangin satu badan dengan pak menteri yang bodo keluar statement macam ni… tapi tadek nak buat kajian. ape LANC.. tau cakap.. hidup atas duit rakyat.. boleh ah.
wazy
02/06/2011 @ 1:03 pm
Minyak denganTol tu dah memang stanby awal-awal dalam bajet walaupun saya duduk di Johor,Terasa jugak impak kenaikan harga-harga barang dan lain-lain tu ,silap haribulan ikat perut makan maggi dengan minum air masak je
Muhamad Azman Ishak
03/06/2011 @ 3:15 pm
toksah kate hang.. aku yang dah kawin ni pon kengkadang layan magee jer. bukan tadek duit.. tapi spare untuk kegunaan anak.
yusri
02/06/2011 @ 12:29 pm
aku setuju sangat. Itu kerja seorang. Aku keje 2 orang dan 2,2 gomen pun cukup2 je tiap2 bulan..Camana ye nak ubah gaya hidup. Kena potong internet tu la kot Rm 200 tu.. Lepas ni tak tulis blog dah…hahaha..
Muhamad Azman Ishak
02/06/2011 @ 12:50 pm
katakan potong internet.. tapi kerajaan kata nak suruh rakyat celik IT. GANGGG… ape motif pon tak taw internet cam sial jer mahal.
yusri
02/06/2011 @ 6:16 pm
hahaha..tak terkata…betul2
muhammad fakhruddin
02/06/2011 @ 12:13 pm
Patutnya tajuk entri ni ‘Saya dah ubah gaya hidup…MENTERI macam mana?’
Muhamad Azman Ishak
02/06/2011 @ 12:49 pm
memula memang dah tulis macam tu dah.. tapi jap lagii.. kene tangkap kan susah. dah la gaji kecik.. kene tangkap plak.. tadek kebebasan menulis. crap.
aman
02/06/2011 @ 11:30 am
itu kira pakai apa? lawa jer. 😀
Muhamad Azman Ishak
02/06/2011 @ 11:33 am
excel dowh.. hahaha… cantik kan? buat kajian tempatan bhahaha!
Faridzuan
03/06/2011 @ 6:50 am
Err. tambah lagi dengan subjek Ekonomi Asas hehe.
mijie
02/06/2011 @ 11:13 am
aku setuju sangat dgn apa yg ko persembahkan…itu belum kira tiba2 family kita dtg, nak jalan2…anak sakit, mak sakit, diri sendiri sakit, duit emergency, bla bla bla…kn outstation…guna duit sendiri dulu
tiba2 kn belanja anak buah lagi….
tak masuk lagi duit makan minum….kalau 2 org gagah lagi, kalau sumber pendapatan sorang mcm mana?
Muhamad Azman Ishak
02/06/2011 @ 11:47 am
kat atas tu.. aku ade masukkan +asset.. contoh la ada pawah tanah kat kampung or ade rumah sewa.. kalau tadek? jumlah tu tolak la RM250.. so tinggal berapa? negative terus… hahaha.. adoi ai.. ni la gaya hidup yang dicanang-canangkan tu. sangat bebal!
adamfaiz
02/06/2011 @ 5:45 pm
Dulu masa menteri wilayah ckp pasal ni… kena SLAM ngan niamah! Kalau baca memang sakit hati sebab suruh rakyat jangan beli kete, jgn tengok wayang, potong astro dll.. Tapi perkara basic macam pendapatan orang makan gaji yang jauh lebih rendah dari negara miskin macam Indonesia, tak pulak diulas…memang patut la Patrick Teoh ckp statement tu bodoh….
Muhamad Azman Ishak
03/06/2011 @ 3:14 pm
depa tu tau cakap jer.. hidup semua makan duit rakyat.. semua gerak secoet semua nak claim… buat ape pon ade orang nak sponser.. boleh la canang suruh ubah gaya hidup. cube pak menteri tu bagi gaji macam aku ni ha.. then nak gerak kemana semua pakai duit sendiri… duduk umah sewa.. beli kereta tempatan… baru depa tau langit tinggi rendah…
khydir
02/06/2011 @ 11:11 am
mmg sesak skrg ni.
Inflasi 8% tAPI kenaikan gaji baru 5%. Mana nak cekau balance 3% lagi tu?
Aku x
Muhamad Azman Ishak
02/06/2011 @ 11:57 am
ok gak ade kenaikan tetap 5%.. yang swasta ni? suke hati percent nak naik.. lagi la… ni lagi runsing.. borang appraisal dah sampai.. hahaha.. tak lama lagi nak dinilai prestasi plak. aduhhh~
khydir
02/06/2011 @ 9:29 pm
ok le tu .. insya Allah gaji naik.
Tapi aku heran jugak ada org ckp xpe bila minyak naik harga, gaji diorang besau bebenor agaknya :p
Muhamad Azman Ishak
03/06/2011 @ 3:13 pm
harap harap betul la tu.. tak lama lagi nak penilaian prestasi dah ni.. gowh… kesempitan.. cume lebih skit kot dari penyata kat atas tu. tapi kire macam same jer pergi balik pon. banyak masyuk.. makin banyak la keluar.