Seumur hidup aku, aku tak pernah pon nak termimpi yang aku naik kapal terbang. Menanam cita-cita sekian lama. Satu perkara yang buat aku fobia kalau nak naik kapal terbang ni…. adalah procedur dia. Memeningkan kepala. Seboleh-boleh aku nak elak tugasan untuk berada diluar kawasan.
Nampaknya, tahun ni dah pecah kepompong. Bukan setakat aku je terbang, aku angkut jugak anak beranak dengan isteri sekali. Dah alang-alang nak terbang. Kalau lepas ni kata nak terbang lagi, aku tak tahu bila pulak ada rezeki. Aku cuma berangan, andai ada rezeki, aku nak terbang bersama keluarga untuk pergi umrah. Amin.
Berbalik pada pengalaman aku, ini jurnal yang aku rasakan mungkin terpanjang dalam lipatan sejarah aku yang mungkin aku coretkan kat sini. Untuk orang yang dah biasa terbang ke sana kemari tu, mungkin tak ada masalah. Tapi, pada aku yang pertama kali ni, sampaikan aku mintak tolong Brader Eizil buatkan tutorial untuk aku. Kalau tak caya, boleh klik kat sini.
Nko bayangkan, masa aku dah dalam teksi nak ke LCCT, lepas tu acik-acik Kiah Propa pulak tolong buatkan check of list. Satu satu ditaipnye disoalnya. Tiba tang satu perkara, buat aku cuak. Adus!!! Surat Beranak anak-anak langsung tak bawak. Lepas tu, geran tanah menikah pon tak bawak. Memang terbaek lah sangat.
Ade la pulak pakcik propa sorang ni cakap, dia pernah tengok ada situasi di mana, ada satu family, nak terbang ke mana tah, sekali… cuma suami je boleh terbang. Anak dan isteri tak boleh ikut. Gile wooo… Tak gune pakcik ni. Buat aku cuak. Masa tu, aku dok dalam teksi lagi. Aku dah tak senang duduk kot. Kalau betul macam mane?
Chis, hati aku menjerit… tolong lah teksi… cepat sikit sampai. Senang skit aku nak tanye kat kaunter tu. Makin aku layan sembang dengan pakcik tu, makin cerita ngeri yang keluar. Bhahahaha tiket dah beli! Hotel dah booking untuk satu family. Takkan aku nak berjoget sorang. Naya la wei.
Siap kami atur plan dengan Pakcik Propa tu, kalau lepas aku tanye kat kaunter, yang jaga kaunter tu kata kene bawak surat beranak jugak, dibaca pakcik tu nak offer bagi pinjam kereta dia untuk aku patah balik rumah ambik surat beranak. Ok la, ada la backup plan. Tapi jauh nak mampus dari KL nak ke LCCT. Dah la hari aku nak berlepas tu hari Jumaat. Sah sah aku jadi tukang sapu JEM la cerita dia.
Ok la, elok je sampai kat LCCT, aku cerita kat wife aku pasal surat beranak tu. Pakcik Propa sorang tu berbuih-buih puas membebel dalam whatsapp. Aku tutup terus hahaha. Nanti lagi tensi aku. Aku cerita la kat wife. Dia macam hilang happy skit la kalau konfem kene patah balik. Buang masa yang banyak tu. Lainla kalau rumah dekat-dekat LCCT. Lain la cerita.
Lepas je cerita kat wife, aku terus je pergi kat kaunter kat pintu masuk tu. Terus je aku bagi Bording pass. Nak diceritakan pasal boading pass dengan itinerary pon satu hal. Masa buat pembelian online tiket tu, aku ingat mende alah itinerary dah kire tiket la. Pemahaman aku, boleh pakai mende tu. Rupanya nak kene checkin la pulak. Kemudian, baru boleh dapat boarding pass. Puiii… Susah gile!
Itu satu hal lagi yang aku rasa nak heran. Kalau kita naik bas ekspress, kita bayar tiket bas je. Tapi naik kapal terbang, dengan minyak kapal terbang pon kita yang naik ni nak kene bayar. Wahhh manyak untong woo meniaga ini macam. Tak adil! Hahahahaha…
Ok sambung balik… perjalanan ke kaunter pertanyaan. Sampai je kaunter, nasib baekkk awek tu cun. Bhahahaha… aku mula-mulanya, aku tunjuk la Boading pass aku. Sambil sambil awek yang jaga kaunter tu check. Aku pon tanye la kat dia….
Aku: “Cik, tumpang tanye skit ye…. saya ni nak ke Kucing, Sarawak. Dah la tak pernah naik flight… saya nak tanye, kalau saya bawak anak-anak bawah 12 tahun nak kene bawak surat beranak ke?”
Awek Cun: …(sambil senyum meleret sebab aku konfem hensem dari Abang Ensem pagi tu)… “Eh encik bawak anak-anak, ada bawak dokumen ape-ape tak?”
Aku: “Ada, tapi saya cuma bawak mykid je la”
Awek Cun: “alahhh… encik…. nak pergi Sarawak kan?”
Gile cuak soalan dia tanye macam tu. Aku dah terbayang bukan-bukan dah. Jahanammmmm kali ni… punah nak makan angin sambil menyelam sambil minum air dengan family. Tadek minum-minum dah ni. Ini soalan kategori masuk angin keluar asap sudah ni. Puuuffffffff….. aku rasa kelam sekejap!
Haiyyooo… panjang berjela. Besok aku sambung lagi ye. Aku nak siapkan kerja lain plak. Tinggalkan stim pembacaan tergantung sampai kat sini. Alahhh… rilek la. Besok nkorang ulang balik datang membaca ye. Hahaha!
hazman aka species1980
31/01/2014 @ 3:51 pm
Memang menarik bagi pengalaman 1st time… next time kalau ko pegi lagi ada rezeki boleh lepak minum kat coffee bean tu…. dah dekat ngan ofis aku bro…
akubiomed
30/01/2014 @ 10:31 am
Setakat ini saya belum pernah ada pengalaman terbang bersama keluarga. Beberapa tahun pernah terbang ke luar negara dan didalam negara atas urusan kerja.
reezluv
29/01/2014 @ 10:43 am
haha..first time aku naik flight check in sendiri…cuak juga sebab tak tahu..dulu naik flight ada yang check in kan..amek kau kena bayau duit bagasi sampai RM600++ sebab lebih berat..pfftt…:D
Azman Ismail
28/01/2014 @ 12:32 pm
Kalau anak tak ada myKID kena bawak surat beranak lah, anak sulung aku tak ada my kid, sebab masa dia lahir mykid belum wujud lagi, kalau dah ada my kid tu guna yang tu je lah hahaha..tapi masa nak sekolah sok, surat beranak kena bawak 🙂
Kujie
28/01/2014 @ 8:07 am
bab surat beranak tu memang suspen giler…
sebab kak jie sendiri ada pengalaman, tak bawa surat beranak Intan
puas juga pok pek pok pek, kena isi surat khas – dapat juga baik kapaiterbang tu..kalau tidak memang ada yang tak boleh terbang.
hahaha…tak mau sambung…tunggu je cerita dia
tapi baca entri awal cakap entri paling panjang..apasal baca kejap je dah habis…tak panjang puuuuuunn
hahaha
titan
28/01/2014 @ 2:59 am
mesti hang teruja habis nih.
Mus
27/01/2014 @ 11:39 pm
lepas ni terbang ke Sabah pulak bro..
zamfoto
27/01/2014 @ 11:37 pm
cayalah Man.. first timer mmg la excited ye tak? Wa dulu pun camtu gak.. first time naik kapal terbang pun dah lanjut usia dah pun.. yang lawaknya, masa first time tu buat2 macam dah selalu naik la.. takut kena gelak ngan pramugari 😀
tapi amik kau, lepas dari first time tu, boleh kata setiap minggu kena naik flight yang makan masa dekat2 3 jam sebab urusan kerja.. punya la jemu, sampai naik flight dah rasa naik bas dah.. boarding gate dah tutup pun boleh lepas masuk lagi sebab dah boleh kenal dah ground crew yang duty..
paling bosan masa naik flight yang kena transit dan makan masa berbelas belas jam.. tang rasa nak berasap tu yang tak boleh tahan tu..
skang ni dah rasa bosan dah naik flight ni, kalau tak sebab terpaksa, takde la nak fly lagi dah 🙂