Kesah pengalaman yang manis dalam hidup. Rugi kalau tak kongsi bersama
Kesah pengalaman yang manis dalam hidup. Rugi kalau tak kongsi bersama

Seumur hidup aku, aku tak pernah pon nak termimpi yang aku naik kapal terbang. Menanam cita-cita sekian lama. Satu perkara yang buat aku fobia kalau nak naik kapal terbang ni…. adalah procedur dia. Memeningkan kepala. Seboleh-boleh aku nak elak tugasan untuk berada diluar kawasan.

Nampaknya, tahun ni dah pecah kepompong. Bukan setakat aku je terbang, aku angkut jugak anak beranak dengan isteri sekali. Dah alang-alang nak terbang. Kalau lepas ni kata nak terbang lagi, aku tak tahu bila pulak ada rezeki. Aku cuma berangan, andai ada rezeki, aku nak terbang bersama keluarga untuk pergi umrah. Amin.

Berbalik pada pengalaman aku, ini jurnal yang aku rasakan mungkin terpanjang dalam lipatan sejarah aku yang mungkin aku coretkan kat sini. Untuk orang yang dah biasa terbang ke sana kemari tu, mungkin tak ada masalah. Tapi, pada aku yang pertama kali ni, sampaikan aku mintak tolong Brader Eizil buatkan tutorial untuk aku. Kalau tak caya, boleh klik kat sini.

Pertama kali jugak aku menggunakan aplikasi MyTeksi. Terbaek wo!
Pertama kali jugak aku menggunakan aplikasi MyTeksi. Terbaek wo!

Nko bayangkan, masa aku dah dalam teksi nak ke LCCT, lepas tu acik-acik Kiah Propa pulak tolong buatkan check of list. Satu satu ditaipnye disoalnya. Tiba tang satu perkara, buat aku cuak. Adus!!! Surat Beranak anak-anak langsung tak bawak. Lepas tu, geran tanah menikah pon tak bawak. Memang terbaek lah sangat.

Ade la pulak pakcik propa sorang ni cakap, dia pernah tengok ada situasi di mana, ada satu family, nak terbang ke mana tah, sekali… cuma suami je boleh terbang. Anak dan isteri tak boleh ikut. Gile wooo… Tak gune pakcik ni. Buat aku cuak. Masa tu, aku dok dalam teksi lagi. Aku dah tak senang duduk kot. Kalau betul macam mane?

Chis, hati aku menjerit… tolong lah teksi… cepat sikit sampai. Senang skit aku nak tanye kat kaunter tu. Makin aku layan sembang dengan pakcik tu, makin cerita ngeri yang keluar. Bhahahaha tiket dah beli! Hotel dah booking untuk satu family. Takkan aku nak berjoget sorang. Naya la wei.

Siap kami atur plan dengan Pakcik Propa tu, kalau lepas aku tanye kat kaunter, yang jaga kaunter tu kata kene bawak surat beranak jugak, dibaca pakcik tu nak offer bagi pinjam kereta dia untuk aku patah balik rumah ambik surat beranak. Ok la, ada la backup plan. Tapi jauh nak mampus dari KL nak ke LCCT. Dah la hari aku nak berlepas tu hari Jumaat. Sah sah aku jadi tukang sapu JEM la cerita dia.

Masa tu, dah macam-macam aku pikir dah. Haduuiiihhh!
Masa tu, dah macam-macam aku pikir dah. Haduuiiihhh!

Ok la, elok je sampai kat LCCT, aku cerita kat wife aku pasal surat beranak tu. Pakcik Propa sorang tu berbuih-buih puas membebel dalam whatsapp. Aku tutup terus hahaha. Nanti lagi tensi aku. Aku cerita la kat wife. Dia macam hilang happy skit la kalau konfem kene patah balik. Buang masa yang banyak tu. Lainla kalau rumah dekat-dekat LCCT. Lain la cerita.

Aku ingatkan, nak boarding pass yang warna merah macam postkad tu. Pakai print sendiri pon boleh... laaa hahahahaha
Aku ingatkan, nak boarding pass yang warna merah macam postkad tu. Pakai print sendiri pon boleh… laaa hahahahaha

Lepas je cerita kat wife, aku terus je pergi kat kaunter kat pintu masuk tu. Terus je aku bagi Bording pass. Nak diceritakan pasal boading pass dengan itinerary pon satu hal. Masa buat pembelian online tiket tu, aku ingat mende alah itinerary dah kire tiket la. Pemahaman aku, boleh pakai mende tu. Rupanya nak kene checkin la pulak. Kemudian, baru boleh dapat boarding pass. Puiii… Susah gile!

Itu satu hal lagi yang aku rasa nak heran. Kalau kita naik bas ekspress, kita bayar tiket bas je. Tapi naik kapal terbang, dengan minyak kapal terbang pon kita yang naik ni nak kene bayar. Wahhh manyak untong woo meniaga ini macam. Tak adil! Hahahahaha…

Amirul Amin dah eksited nak naik kapal terbang. Nko bayangkan kalau kene tinggal macam mane?
Amirul Amin dah eksited nak naik kapal terbang. Nko bayangkan kalau kene tinggal macam mane?

Ok sambung balik… perjalanan ke kaunter pertanyaan. Sampai je kaunter, nasib baekkk awek tu cun. Bhahahaha… aku mula-mulanya, aku tunjuk la Boading pass aku. Sambil sambil awek yang jaga kaunter tu check. Aku pon tanye la kat dia….

Aku: “Cik, tumpang tanye skit ye…. saya ni nak ke Kucing, Sarawak. Dah la tak pernah naik flight… saya nak tanye, kalau saya bawak anak-anak bawah 12 tahun nak kene bawak surat beranak ke?”

Awek Cun: …(sambil senyum meleret sebab aku konfem hensem dari Abang Ensem pagi tu)… “Eh encik bawak anak-anak, ada bawak dokumen ape-ape tak?”

Aku: “Ada, tapi saya cuma bawak mykid je la”

Awek Cun: “alahhh… encik…. nak pergi Sarawak kan?”

Owh tolong laa... tolong laaa... ini first time kot?
Owh tolong laa… tolong laaa… ini first time kot?

Gile cuak soalan dia tanye macam tu. Aku dah terbayang bukan-bukan dah. Jahanammmmm kali ni… punah nak makan angin sambil menyelam sambil minum air dengan family. Tadek minum-minum dah ni. Ini soalan kategori masuk angin keluar asap sudah ni. Puuuffffffff….. aku rasa kelam sekejap!

Haiyyooo… panjang berjela. Besok aku sambung lagi ye. Aku nak siapkan kerja lain plak. Tinggalkan stim pembacaan tergantung sampai kat sini. Alahhh… rilek la. Besok nkorang ulang balik datang membaca ye. Hahaha!