Baru nak lena si Amirul Amin. Betuah betoi. Lepas hantar mama dia tadi, dia dok asyik meragam jer. Pagi tadi keluaq awai sebab nak hantar mama dia pergi kursus. Jadi dia tidok tak puas la kot… Meragam bukan main. Masuk buai tak mau.. ajak menyembang tak mau.. bagi susu pon tak mau.. pampers? Dah salin pon… same jugak tak jalan. Hahaha.. naik runsing jugak nak memujuk anak teruna sorang ni kalau dia dah merajuk.
Biasanya hari minggu macam ni dia dok memerap kat mama dia pagi-pagi. Tapi dalam bulan ni, mama dia kene pergi kursus. Dah la kursus tu hari Sabtu dan Ahad plak tu. Rosak progrem betoi la pengelola kursus ni kan. Ape la salahnya kalau buat hari bekerja. Mujur la tempat kursus pon tak jauh. Sekangkang kera jer dari rumah. Kalau cakap kentut pon boleh dengar tu kira menipu la kan. Cuma jarak perjalanan tu tak perlu nak meredah jalan besar jer.
Sebenarnya tadi dah dah membebel panjang kat entri ti. Tapi tah macam mane Firefox ni agak sengal… terus apa yang ditulis tadi hilang entah kemana. Gara-gara nak isnsert gambar Amirul… habis semua yang dibebel dalam blog ni hilang macam tu jer. Erk tak pe la.. idea tu masih ade. Simpan untuk forum AJK Tingkap kat blog kak Kujie plak nanti. Dah lama la tak bergosip kat sana. Hahaha…
Nota: Bila tengok muka Amirul Amin masa tidoq… rasa tenang jer hati.. sejuk jer mata. Betoi… rasa macam semua masalah selesai dengan sendiri.
Kawin itu bukan noktah kepada percintaan @ Kaki Komplen Malaya
07/12/2010 @ 9:49 am
[…] Tidurlah Amirul […]
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:01 am
itu la hang berlaku. Amirul masuk buai.. abah dia yang lena. :lawak-gile:
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:00 am
ye ke? tak cube plak. nanti aku try plak petua hang ni. mane tau kan.. kot kot menjadi. haha… :wek:
Lee
16/11/2010 @ 10:35 pm
aku pon same man..klu ummi die x de..menggelabah la aku…lagi2 die tgh mmg nyusu badan skang nih. kalau nangis je ha mule lah aku gelabah, ye la…mane nk crik susu badan. badan aku ade peluh je. haha.
.-= Lee entri terkini blog ..Salam Aidiladha =-.
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:06 am
erk.. dah berapa bulan dah bro? dah bleh start ajar minum susu tin kot? itupon kalau mama dia nak bekerja la. sebagai persediaan.
lagipon bro.. susu badan ni kengkadang mama dia akan stress. lagi-lagi waktu malam. so kalau ade susu botoi.. boleh la mama dia rest sikit. tengok la kan.. vice versa.. jangan bagi nyusu anak sambil tidok plak.
baby kecik ni kene jaga. salur rongga dia masih bercantum. itu pasal kes tersedak susu tu.
p/s: mencabar kan jadi ayah ni 😀
Lee
18/11/2010 @ 11:23 am
dah 2 bulan dah..bini aku x bekerja bro..so rasenye x de mslh klu susu badan nih..tapi mmg plan nk kene bagi gak susu tin..takut2 bini aku keje nntik susah gak bro…
.-= Lee entri terkini blog ..Salam Aidiladha =-.
Azman Ishak
18/11/2010 @ 11:58 am
kene ajar gak bro. hehehe.. tapi bila dah campur tu… kelebihan najis muhafafah dah tak merasa la nak percik percik jer kat toto. hang anak laki kan? konfem sistem navigasi dia kalau kinceng… habis la basah mak ayah.. hahaha… jenuh gak basuh toto.
P/S: kalau nak biasakan susu.. pakai susu snow. anak aku isap susu tu dulu.. 2 bulan.. badan dah up.. kejap jer naik berat badan. tapi yang tak daya tu.. harga dia.. mak datuk la.. tapi kira boleh la dipertimbangkan lagi. susu tu susu berasaskan soya. memang untuk perkembangan minda anak-anak dengan bagi badan dia cepat tembam. haha
P/S: yang terbaik adalah susu ibu. pasal tu even anak aku kene cucuk.. alhamdulillah… still tak demam. kalau demam pon.. kejap je dah baik
mrnamie
16/11/2010 @ 3:36 am
dulu waktu kecil bila mak / abah kursus mesti ada tinggal satu baju yang tak basuh..orang cakap nak cium bau abah/mak.. hehe
.-= mrnamie entri terkini blog ..Cium mulut kerana KLCC =-.
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:03 am
ooo… ni anak mak abah ni.. :sengeh:
chempaka
15/11/2010 @ 1:24 pm
macam mana la orang yang ada 10 orang anak tu jaga anak dia kan… dapat lak setahuns atu.. huhuhu… scarrrryyyyyy…..
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:03 am
tau tak pe.. siap boleh masak untuk suami… atur pakaian anak skolah… siram pokok bunga.. basuh baju… sidai kain… asuh anak… waow… super wonder MOM!
mijie
15/11/2010 @ 11:03 am
betul tu bro, aku pernah jaga anak aku sehari sebab mak dia gi exam…memang rasa mcm huru hara sehari aku…tak terurus…
dan terfikir isteri tu memang hebat sebab dapat handle anak, basuh baju, kemas rumah dan masak serta boleh bergosip di FB lagi
.-= mijie entri terkini blog ..Myvi tengah dibetulkan kakinya =-.
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:02 am
muahaha.. ni bukan huru hara dah.. ni dah jadi haru biru ni. up skipang dari hang bro. haishh.. amirul amirul…
mijie
18/11/2010 @ 8:51 am
betul tu bro, mmg haru biru dibuatnya
.-= mijie entri terkini blog ..Selamat hari raya aidiladha untuk semua =-.
Anarm
15/11/2010 @ 2:54 am
susah jugak ada anak rupanya..
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:01 am
tak susah kalau kita dah bersedia. :sengeh: