Ramai yang masih ragu-ragu untuk mencuba UBUNTU meskipun sistem operasi komputer ini adalah percuma. Mende alah UBUNTU ni bukan macam LINUX zaman dulu-dulu dah. Sekarang ni semua dah ada GUI (Graphic User Interface). Meskipun macam tu, ramai lagi pengguna LINUX yang lebih sukakan penggunaan TERMINAL berbanding GUI. Kata mereka… kalau gunakan terminal lebih cepat dan nampak expert.
Kalau nak bercerita perkara yang perlu dilakukan sebelum beralih sistem operasi komputer, rasanya semua dah tau. Baik cerita apa yang kita kene buat lepas install LINUX UBUNTU. Perkara ni sebenarnya tak wajib pon. Sejurus lepas install, UBUNTU anda semua dah boleh beroperasi sama macam Windows. Pada paparan kali ini saya nak berkongsi sedikit tools yang saya gunakan bagi memudahkan saya mengendalikan komputer berasaskan sistem operasi UBUNTU.
Print Screen – Seperti yang telah dicatat pada catatan yang lepas, saya cadangkan anda menggukan SHUTTER. Aplikasi ini membolehkan anda melakukan print screen dan terus memuat naik ke laman penyimpan imej secara percuma. Dalam aplikasi ini anda boleh lakukan:-
- Membuat pilihan print screen – (Region Select)
- Membuat “tetanda air” – Watermark (mbuahahah… pelik bunyik kalau translate)
- Potong imej – CROP
- Kecilkan/Besarkan skala imej – RESIZE
- Muat-naik imej ke ImagesHack – UPLOAD IMAGE
- Gunakan pautan imej untuk website anda – IMAGE LINK
- dan macam macam lagi yang saya belim masih terokai (I’m sorry…)
Untuk mendapatkan aplikasi shutter, taipkan:- sudo apt-get install shutter
WINE – Bagi yang masih jugak rasa rindu dengan applikasi Windows, maka anda boleh la pakai WINE ni. Wine ni macam GAME Emulator fungsi dia. Ingat tak macam mane nak main game arcade lame-lame kat komputer? Alah… macam game Super Mario tu??? Haa… WINE ni same la fungsi dia macam ROM EMULATOR tu. Tapi dia khusus untuk memasang aplikasi Windows kedalam UBUNTU.
WINE ini tidak memabukkan. Sila taip di terminal anda:- sudo apt-get install wine
MACBUNTU – Nak beli MACBook mahal sangat la. Tapi jangan risau, UBUNTU pon boleh jadi MAC. Muat turun saja themes MACBUNTU 10.10 di sini. Semua enviroment MAC tersedia ada. Jangan lupa untuk gunakan COMPIZCONFIG, aplikasi yang digunakan untuk TWEAK paparan MACBUNTU anda.
Avant Window Navigation – Ye tuan tuan dan puan puan… yang ini lah yang orang dok carik. Docking Application yang sangat stable. Terdapat banyak tetapan dapat dilakukan pada docking ini, daripada transparency DOCKER sampai la WIDGET yang nak diletak. Semua dapat dilakukan.
Rasanya cukup sampai di sini dulu perkongsian kita pasal UBUNTU untuk kali ni. Saya masih lagi baru UBUNTU. Memang banyak lagi perkara belum saya terokai. Buat masa ni nak kaji lebih-lebih, memang tak tak cukup masa la. Setakan jadi pengguna biasa jer.
Nota: Dah lame sangat tak menulis macam ni. Jujur saya cakap… “Blogger Kita” dah kehilangan rentak menulis. Termasuklah saya sendiri. Evolusi media sosial sedikit sebanyak menenggelamkan kemahiran menulis.
Affan
18/11/2010 @ 1:44 am
haha. bagus entry ni. aku pun dok berkira2 lagi nak guna ubuntu hujung tahun ni.
tapi mungkin dual boot dulu kot ngn w7. hehe
.-= Affan entri terkini blog ..Yahoo Messanger memperkenalkan integrasi chatting dengan rakan di Facebook =-.
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:11 am
erk… sekarang blog ni nak jadi pendokong perisian LUNUX hehehe
zamwin
17/11/2010 @ 5:50 pm
Ya Linux Os Paling Bagus 😉 Harap2 Semua Orang Jangan Pakai Windows Lagi. Hidup Linux 🙂
.-= zamwin entri terkini blog ..Update Linux Mint Guna Terminal =-.
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:11 am
betoi betoi… sila beri kepercayaan pada linux. sebab linux sangat best.
mrnamie
16/11/2010 @ 3:38 am
hoho… terbaik… sebenarnya tengah mencari apps/theme yang sesuai untuk ubuntu nih,… keke suka yang macbuntu tuh. 😛
.-= mrnamie entri terkini blog ..Cium mulut kerana KLCC =-.
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:10 am
dah pakai fully ubuntu ke? :sengeh:
hafidz
15/11/2010 @ 2:55 pm
bila aku ada masa free nanti nak jugak la explore ubuntu :sengeh:
.-= hafidz entri terkini blog ..They Will Kill Us All – Sepanjang Riwayatku =-.
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:10 am
silakan… tak rugi pon sebab OS Free :sengeh:
Tweets that mention Perkara yang perlu anda tahu selepas beralih ke UBUNTU | AzmanIshak.Com -- Topsy.com
15/11/2010 @ 10:55 am
[…] This post was mentioned on Twitter by Anarm, Merpati Putih. Merpati Putih said: Perkara yang perlu anda tahu selepas beralih ke UBUNTU http://bit.ly/as5iCQ (via @azmanishak) […]
Anarm
15/11/2010 @ 10:41 am
hang pakai AWN ek? aku pkai docky.. agak2 mane lagi best? ato pon takyah pkai dock? :sengeh:
.-= Anarm entri terkini blog ..Apa itu FollowFriday Twitter =-.
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:10 am
tak pakai dock tak buntu la beb… :lawak-gile:
EiNS
15/11/2010 @ 10:39 am
Lagi suka Cairo Dock 🙂
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:09 am
ye ke? aku perasan awn ni kengkadang macam sengal gak. sebab macam pening nak add icon luar. :sengeh:
zamfoto
15/11/2010 @ 9:35 am
best! kasi review lagik ye.. :bagus:
.-= zamfoto entri terkini blog ..MotoGP Pre Season Testing II 2010 =-.
Azman Ishak
18/11/2010 @ 1:08 am
insyaallah bro.. kalau berkesempatan dan anak tak meragam. bleh la explore lagi.
p/s: hari tu terperasan tweet pasal MIS Dept. tak sempat nak reply. macam menarik. kalau sudi info. bleh la send kat email. hhehe :gersang:
zamfoto
18/11/2010 @ 2:38 pm
u got DM.
.-= zamfoto entri terkini blog ..MotoGP Pre Season Testing II 2010 =-.