Ayam Golek merupakan menu utama untuk setiap tahun.

Alhamdulillah… sekali lagi terlaksana jugak janji-janji yang telah ditaburi. Untuk makluman, laman aggregator Negaraku.My baru saja selamat menjalankan aktiviti riadah tahunan bersama blogger-blogger sekitar Lembah Klang dan juga pelusuk Malaysia. Majlis ini hanya berlansung sekali dalam setahun. Tahun ni, maka genaplah 5 tahun aktiviti tahunan ni diteruskan. Dan yang uniknya, majlis ni dipilih satu hari sahaja dalam bulan Ramadan.

Invitation macam ni mudah sikit nak bajed untuk booking meja. Syukur, tak membazir

Konsep kehadiran dia mudah… attandance sekarang ni semua dah canggih, pakai invitation kat Facebook. Lepas tu pulak, konsep bayaran yang dikenakan bahagi sama rata sesudah selesai majlis. Secara rumusannya seorang bayar dalam RM15.00 seorang. Untuk aku, RM15.00 tu tadak ar membebankan sangat…. sebab input yang dapat selepas tu, mungkin lebih lagi dari nilai RM15.00 yang dilabur untuk perut.

Kalau dah ramai GEEK yang berkumpul, tanye je ape yang konpius dalam dunia IT ni, insyaallah… ada je yang akan menjawab. Daripada Blogging, SEO tips, Adsence, Promosi dan pengiklanan, teknikal dan konfigurasi… sampaila ke bidang fotografi pon covered sekali. Owh tak lupeee… GOSIP PANAZZZZzz… Mana boleh tinggal.Β  Itulah uniknya dalam majlis tahunan Berbuka Puasa Bersama Blogger di Ayam 5 Bintang Nara Seafood yang bertempat di Pantai Dalam, Kerinchi.

Untuk kali ni, aku kurang dapat snap gambar sebab bajed nak datang awal. Tapi sebab Janji DiCapati… maka aku sampai dalam pukui 6.15pm. Maafkan aku. Tapi alhamdulillah… cinta kenangan silam pada zaman 2009 tidak berulang kembali. Masing-masing ade tempat duduk… dan yang penting, semua dapat makan. Ribuan terima kasih dari aku selaku penganjur dan wakil kepada Founder Negaraku.My kepada semua yang hadir pada acara tahun ni. Semoga berjumpa lagi tahun depan, insyaallah.

Layan gambar lagi? Eh jom lah… mane tau ade muka nkorang kat Bazar Ramadhan Pantai Dalam :p

Ini abang chumelll... @MrKayMy dari Aggregator Apesal.Com
@noktahhitam, @aeropama dan @life4hire tengok album Negaraku yang terpampang di Ayam Nara tahun 2009. @Aeropama tak puas hati pasal gambar dia tadek. Sebab masa tu, dia la fotografernye!
Sebelum majlis bermula, kami sempat lagi singgah ke bazar ramadan, sempat bayar fitrah.
Syam aka @Aeropama... dengan tenungan tak puas hati hamender tah.. hahaha
Suasana yang padat di Bazar Ramadan Pantai Dalam - 1
Adik : "Mana pulak pergi mak aku ni???"
Semua dah tersandar... santapan di meja, habis licin
@Piratz : "Awak nak pilih cincin yang mane satu? Pilih jer.. saya bayar, pakai duit awak!"
Abang Nara aka @beautifulnara founder BeautifulNara.Com
Fazreen dari OhMedia? OhMedia kan??? Kan??? Eleh rahsia plak... Kan???
Gambar kenangan... Harap tahun depan, panjang umur.. kita jumpa lagi. Insyaallah. Amin!
Ok last.... untuk cover album. hehehe...

Β NOTA: Alhamdulillah… segalanya selesai dengan jayanya. Sebagai pihak pengelola, aku selaku wakil Negaraku.My memohon maaf, sekiranya terdapat cacat cela dalam majlis yang kami jalankan. Terima kasih kepada anda semua yang yang sentiasa menyokong kami dari belakang. Semoga berjumpa lagi ditahun depan. Amin!