Nampak sangat banyak perkara nak dicerita sampai tajuk pon macam tu. Tapi nak diikutkan, sebenarnya aku lost tatkala jari-jemari aku menyentuh papan kekunci ni. Alhamdulillah, aku kini selamat pulang ke Kuala Lumpur setelah 4 hari duduk di Maran.
Hari Rabu minggu lepas aku dan isteri dah mula cuti. Pakat-pakat packing last minit semua barang, terus je balik kampung. Ekoran malam sebelumnya aku tak tidur semalaman disebabkan aku nak siapkan template AI MEDIA, elok je balik kerja, lepas masuk waktu isyak, terus je membuta. Dah tak larat sangat dah nak berjegil bijik mata.
Sedar-sedar wife dah kejut untuk sahur. Lepas sahur terus je siapkan anak-anak kejap. Sementara nak tunggu wife selesai kemas baju, sempat lagi sambung membuta. Ngantok wooo… Tapi berbaloi jugak la, template dah siap, Ebook Asas Penggunaan dSLR pon dah setel agihkan kat para penaja. Puas hati jugak la.
Kebetulan masa hari nak balik kampung (Rabu) jalan dah tak jem. Clear habaqhangg… tobat best memandu. Aku keluar rumah ada dalam pukul 8.45pagi. Elok sampai kat hentian Temerloh, aku bantai tidoq sat dalam kereta. Sambung lagi charging. Tak cukup-cukup. Lepas dah segar, terus sambung memandu sampai ke Maran. Ada la dalam satu jam aku bantai tidoq dalam kereta. Anak-anak pon pakat lena jugakkk, so tadak la masalah.
Ada agak kelainan sikit untuk raya tahun ni, sebab aku ada SPARING PARTNER kat kampung. Siapa lagi kalau bukan Sepupu Abang Jamil kita.. kekeke.. Bila blogger bertemu blogger… hape lagi kan… dah la dua-dua kakifoto, terus je calling-calling, ajak pergi shooting kat tepi Sungai Pahang. Jom kita belajar berdayung dengan Sepupu Abang Jamil ni.. hahaha.
Hahahaha… kann… konfem guling-guling la awok wehh… nak lagi? Tunggu pulak siri akan datang. Kalau update sekali harung, nanti nkorang berpinaw bijik mata nak membaca. OK! Mood masih rendang, lemang dan ketupat. Sila angkat tangan, siapa yang bekerja besok? BEKOJO LAH KITO, SEKUEKNYO… hahahaha!
Kisah Raya – Lubuk Paku | Blog Azmanisma
24/08/2013 @ 12:13 am
[…] mengambil beberapa keping gambar.Sebenarnya ada adegan lain yang sempat sahabat saya rakam kan ( abang jamil mendayung).Suka benor dia dengan Abg […]
Kisah Raya – Buat Lemang | www.azmanisma.com
14/08/2013 @ 9:27 am
[…] nak tengok sepupu Abg Jamil mendayung sampan boleh klik kat link […]
Mohd Shubhi
13/08/2013 @ 11:47 pm
Memang best ambil gambar suasana alam sekitar. Suka sangat dengan gambar yang dipamerkan. Bila agaknya dapat kesempatan ke tempat yang sama. Selamat hari raya !
azwan
13/08/2013 @ 4:34 pm
aku ingat sepupu abang jamil tu nak berenang kat sungai tu..kalau takat gambar atas sampan je tak seksi lah..
hazman aka species1980
12/08/2013 @ 6:19 pm
Abang Jamil dah nampak…. tunggu Abang Misai Cari Makan tu mana dia pegi yek ?
akubiomed
12/08/2013 @ 4:34 pm
Abang Jamil kempunan makan ikan Patin sampai berdayung ke tengah sungai. 🙂
yanmie
12/08/2013 @ 3:16 pm
Salam,
Kesian Abang Jamil ni kena bahan haahahhaaaa.
Selamat hari raya maaf zahir batin 🙂
sweetkurma
12/08/2013 @ 12:18 pm
seronok jer tengok mendayung, ok gak tu keluar jugak peluh jantan
Kujie
12/08/2013 @ 10:46 am
p/s – ebook tu dah download dan save kat thumdrive…cik abg bawa blk Teganu…nk study katanya.
muka suci murni mcm fair n lovely tu tak dak gaya mcm nelayan …kehkeh
azman
12/08/2013 @ 10:56 am
Kihkihkih….nampak sgt bohong bang Jamil nih hehee….ni lah yg buat tekak berapi hari tu :)- shooting tgh paneh.
azman
12/08/2013 @ 6:58 am
Wei…main jahat noh….hahaha.