Sebenarnya perkataan FRIM atau dengan nama penuhnya Forest Research Institute Malaysia [sila klik pada pautan] aku baru je tahu pada hari Jumaat yang lepas. Haaaa kelakar kan? Dah bertahun duduk KOLUMPO, mende alah FRIM kat Kepong ni pon tak tahu kewujudan dia. Lagi sedey, dah la tak pernah pergi…. tak tahu langsung apa itu FRIM! Lol~
Tapi sebelum nkorang gelakkan kat aku, nkorang ketahuilah bahawa, dalam hidup aku seharian sepanjang minggu adalah, rutin aku pergi kerja… kemudian, hantar isteri pergi kerja… kemudian hantar annak-anak pergi taska. Seterusnya… giliran aku masuk kerja… Balik pon sama… ambik anak, seterusnya ambik isteri… dan kemudian kami pulang ke rumah. Tiada erti nak berjalan ke sana-ke mari macam orang lain.
Ada sesetengah orang sukakan tempat-tempat macam ni untuk dijadikan tempat riadah bersama keluarga. Untuk nkorang yang tak tahu macam aku, sebenarnya kat FRIM ni ada banyak aktiviti nkorang boleh lakukan bersama keluarga terutama aktivi riadah. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM3.00 untuk dewasa (MyCard). Siang tadi, aku masuk dengan kereta, dan kami pakir betul-betul hujung dunia seperti dalam peta yang aku tanda dibawah.
Selain daripada itu kat sini ada disediakan :
- Trek Jungle Tracking
- Sewa basikal
- Perkelahan
- Kedai/kantin.
Dan beberapa kemudahan lain lagi. Tapi apa yang bestnya, ia dalam suasana hutan yang terancang. Untuk penggemar aktiviti fotografi, pada aku FRIM merupakan syurga dunia MACRO yang tak terkata. Selain dari landskap yang memukau, hutan dan pokok yang besar-besar. Sampaikan, untuk aku menceritakan betapa bestnya aku meneroka hutan pada hari ni, susah nak cerita la. Nkorang kalau teringin tu, aku nasihatkan nkorang pergi la.
View Forest Research Institute Of Malaysia in a larger map
Di atas ni adalah Google Map untuk peta menghala ke lokasi FRIM. Sebelum nkorang semua kesana, aku sarankan kat sini, rancang dulu kemana destinasi pertama nkorang. Sebab ada sesetengah tempat seperti Canopy Walkway akan di tutup selepas pukul 1.30pm. Sila rancang dan dapatkan peta kawasan terlebih dahulu. Disebabkan kawasannya agak besar, dan anda tidaklah membuang masa nak pikir tempat mana harus dituju terlebih dahulu.
Ape lagiiii???? Jom layan gambar!
NOTA: Ok lah tu cerita untuk minggu ni. Hujung minggu depan, kene pikir plak nak pergi mana. Tapi memang aku kata, sungguh seronok la berouting dalam hutan…
oceanside california fishing charters
24/03/2017 @ 9:36 pm
the Gas Lamp Center and the San Diego Zoo will be schedule perfection in California’s
trifecta.
Belang tarung
04/09/2015 @ 9:33 am
siang hari tempat shooting…malam hari tempat seekers hahaha
viewdetails http://www.insanejournal.com/update.bml http://warnernickl5.soup.io/post/427384083/Thoughts-On-Clear-cut-Finance-Systems http://www.insanejournal.com/update.bml http://www.blackplanet.com/your_page/blog/manage/posting_list.html?pp=1 http://www
30/07/2015 @ 4:42 am
It’s really a great and useful piece of information. I am satisfied that you just shared this helpful information with us.
Please stay us informed like this. Thank you for sharing.
myrujukan
26/04/2014 @ 1:47 am
saya suka gambar “tersangkut” tuh
Logeswary
24/04/2014 @ 12:00 am
Congrats.. All the photos are super.
MK Kimi
21/04/2014 @ 4:16 pm
sungguh jeles tgk bokeh dan gambar macro tu…
Kujie
21/04/2014 @ 12:18 pm
Bangganya sebab sekarang ni dia dah check in banyak tempat…dah kenal banyak lokasi lain selain rumah dan tempat kerja…hahaha
Azman Ismail
21/04/2014 @ 12:15 pm
Lain kali boleh pergi lagi, banyak lagi denai kita tak masuk.
akubiomed
21/04/2014 @ 11:37 am
Aduhai kantoi menceroboh rumah. 🙂
Mus
21/04/2014 @ 10:16 am
bokeh leleh..
ulat bulu pun naik daun..
gambar semuanya terbaik!!
ejam
21/04/2014 @ 10:02 am
wah bestnya menembak beramai-ramai.
masuk hutan pula tu mesti terasa tenang jer kan.