Madu yang dikeluarkan dari kotak
Madu yang dikeluarkan dari kotak

Assalamualaikum untuk rakan-rakan pembaca blog ni. Hari ni aku nak luangkan sikit tips kesihatan. Aku ni bukanlah pakar pemakanan atau pakar kesihatan. Tapi rasanya kepada sesiapa yang mungkin bermasalah seperti aku, aku nasihatkan agar mencuba produk ni.

Produk Madu ni diberi nama Madu Azim. Ianya adalah madu import dari Yaman. Dijamin 100% madu asli. Kepada pengamal madu, aku pasti sudah tahu apa kebaikan mengamal madu. Malah, amalan pemakanan madu sebagai sumplementari juga merupakan Sunnah Nabi Muhammad (S.A.W). Setiap perkara yang Nabi kita amalkan, memang tentu ada hikmah yang baik untuk ummatnya. Jadi, ada baiknya mencuba dari terus mengerang sakit tak tahu punca.

Untuk makluman, sejak dari awal tahun 2013, aku mengalami gangguan pencernaan makanan. Lebih tepat dengan istilah “Pedih Ulu Hati”. Pada awal tahun itu hari, tadek teruk sangat, namun makin lama, hari ke hari, bulan ke bulan, kekerapan pedih ulu hati aku boleh katakan makin kerap berlaku.

Antara faktor-faktor terjadi pedih ulu hati pada diri aku:

  • Selalu tidur lewat.
  • Tidur yang tak cukup pada hari bekerja.
  • Waktu makan yang tidak teratur
  • Makan dalam keadaan tergopoh-gopoh
  • Kunyah makanan tidak begitu hancur dah telan
  • Terkejar-kejar untuk sudahkan makan.
  • Merokok

Tak perlu aku ulas kenapa perkara di atas berlaku kepada diri aku. Sekarang aku cuba perbaiki perkara ni. Namun sebelum aku amalkan pemakanan Madu Azim ni, aku rasakan pedih ulu hati aku ni dah macam nak tahap kronik. Aku memang tak berani nak jumpe doktor, aku takut aku bertambah macam-macam lagi penyakit yang keluar sebab terkejut dengan laporan doktor.

Kalau nak cerita beli Gaviscon… aku tak larat nak beli dah. Setiap malam mesti nak standby dua hingga ke tiga packet. Tapi, makin lama amalkan Gaviscon, pedih ulu hati makin kerap berlaku. Sampai aku jadi takut nak teruskan. Dan aku berhenti sebelum bertambah parah.

Kemudian aku diperkenalkan dengan Madu Azim oleh saudara Edwin. Aku cuba dalam 20 batang dalam masa sebulan. Pada mulanya, memang terasa bergelodak pedih ulu hati tu. Macam tengah berperang kat dada. Tapi cuma 15 minit je perkara tu berlaku. Lepas tu, dah tenang, boleh tidur dengan aman.

Untuk aku ni yang dah sakit, harga bukan lagi menjadi kayu ukuran.
Untuk aku ni yang dah sakit, harga bukan lagi menjadi kayu ukuran.

Sekarang dah hampir dua bulan. Aku dapat rasakan perbezaan berbanding sebelum ni. Aku dah tak terikat dengan Gaviscon. Amalan pemakanan Madu Azim ni, boleh disifatkan “makan jika anda sakit”. Lepas dah sembuh, anda boleh berhenti. Sekarang alhamdulillah. Syukur kepada Tuhan. Semuanya atas izin Yang Maha Esa. Bersyukur aku sebab pedih ulu hati aku dah makin kurang. Dan aku rasa lebih selesa berbanding sebelum ni.

Suka aku ingatkan, apa yang aku catatkan kat sini bukanlah satu sponsered atau post yang berbayar. Ianya adalah testimoni aku terhadap produk Madu Azim. Aku juga diberi tahu oleh saudara Edwin yang kalau siapa-siapa yang ada sakit GOUT pon boleh cuba.

Bagi mereka yang ada penyakit kronik, dan ingin mencuba Madu Azim sebagai rawatan alternatif, aku sarankan supaya dapatkan dulu nasihat dari doktor pakar anda terlebih dahulu. Aku tidak akan bertanggung jawab sekiranya penyakit anda semua bertambah kritikal. Untuk aku, aku dah tekad, daripada terus mengharapkan Gaviscon, lebih baik aku cuba sunnah Nabi. Memang terbukti hasilnya.

Produk yang berkualiti, datang dengan penampilan dan persembahan yang baik.
Produk yang berkualiti, datang dengan penampilan dan persembahan yang baik.

Sedikit tips dari aku… setiap amalan pemakanan sihat, terutama sunnah Nabi, yakinlah segala penyakit adalah cubaan Allah untuk diri kita. Berselawat ke atas Junjungan Nabi sambil mohon dipermudahkan segala urusan kita berusaha melawan dugaan penyakit yang datang.

Apa yang aku amalkan selain dari berselawat sebelum makan madu ni adalah dengan berdoa kepada Allah (S.W.T):

Bismillah Hirrohman Nirrohim, Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang, yang menjadikan penyakit yang ku hidapi ini sebagai ujian kecil untuk diriku. Sekiranya kau takdirkan apa yang ku makan ini sebagai penyembuh kepada penyakit yang ku hadapi, maka ku bermohon kepada Mu, sembuhkanlah aku. Amin!

Kita hanya berusaha, semua ketentuan datang daripada-Nya. Tak salah mencuba kerana itu adalah tanggung jawab kita. Sekiranya anda berminat untuk mencuba, boleh hubungi saudara Edwin di Laman Madu Azim di Facebook.