Tak baca terma dan syarat ke ape?

Aku tak paham jugak la dengan perangai sesetengah penggila trafik. Perkara macam ni bukan saja menyusahkan pengguna yang lain, tapi pada aku mengganggu sensitiviti dowh. Kalau nak gile trafik sekali pon agak-agak la kan. Ni dah macam tak beradap dah. Perkongsian bertujuan untuk memberi sesuatu yang bermakna dengan komuniti. Tapi kalau dah macam ni la citer dia, toksah kate pengguna lain, founder pon sentap.

Dah dibagi tau… dah ade terma dan syarat sebelum nak hantar artikel tu, jangan ada gambar-lucah, tajuk tak senonoh… Kemudian, masa aku check balik sumber artikel, sebenarnya tadek pon gambar artis tak pakai bra. So nampak sangat la gunakan tajuk lucah untuk tarik trafik. Aku bukan lah nak mengajar kau jadi orang baik ke ape ke… tapi since dah bercanggah dengan piagam.

Bayangkan tajuk artikel macam ni, dengan gambar lucah pulakkkk.. keluar kat sidebar aku? Blog aku bersifat peribadi dan kekeluargaan. Hagak-hagak la… ingat aku suke ke? Tak kemaruk aku artis tak pakai bra. Kalau sidebar aku sorang je tak pe, kalau kene blog Kak Kujie? Macam mane? Ramai kot pengguna Negaraku.My yang pakai Widget sidebar Negaraku tu. Ini isu sensitif derrrr. Kau tak reti nak respek orang lain ke?

Sorry to say kalau terasa. Kami sediakan platform secara percuma. Sekupang haram tak suruh hangpa bayaq, jadi jangan nak salah guna kemudahan yang orang bagi. Belajar hormat orang lain kalau kita nak orang hormat kat kita.

NOTA: Sekali lagi buat, Founder kata, ban je terus.