Dah banyak kes tembak-menembak terjadi sejak kebelakangan ni. Aku jugak tak nak ketinggalan melepaskan serangan bertubi-tubi. Ku pikirkan nasihat aku terkesan, rupanya nkorang semakin angkuh. Kalau nak diikutkan, pihak yang sebelah sini dan sebelah sana, bukan tak ada yang bagi nasihat. Tapi dalam masa yang sama jugak ade yang talam dua muka. Haaa kauu… sikit je tu mukhadimah dia. Agak lama pakcik tak membebel rasanya.
Nkorang dah rasa yang nkorang ni dah besar sangat…. dah pandai carik duit sendiri. Idak la aku mendengki kat kome tu. Kalau nak suruh aku tunjuk apa yang aku ada…. nanti kome kate aku ni riak nak berbangga. Sekali-sekala memang saje aku nak riak dengan kome tu. Cume…. cume kat sini aku nak bagi tau la, tak payah nak nak berhujah sana sini. Kalau dah salah tu, mintak la maap elok-elok. Ini idak… dah la buat salah dengan orang, lepas tu berlagak lagi cerita itu ini… siap nak buat next offer, nko pikir orang yang tengok, orang yang membaca tak hangin ke?
Dah dua blog aku baca bertindak sebagai kayu sempadan untuk meleraikan pergaduhan. Tapi nkorang yang membaca tu ibarat kayu. Aku tak marah aih nkorang nak pergi perasmian haper sekali pun. Itu semua masalah nkorang kalau tak dapat ape-ape. Tapi nkorang tak terasa ke diri diperbodohkan? Disebabkan nkorang merasakan diri dah cukup berpengalaman… nkorang nak tayang kat yang baru-baru ni, nkorang sanggup menipu! Wellll… bior pape, asey bergaye? Udah la kome. Hakikatnya, nak cerita perkara sebenar pon segan kan?
Cukup-cukup la gebang dengan perkataan fulltime blogger. Kalau stakat terkejar-kejar ke sana ke mari, bercerita list of event sampai satu kertas kajang, sekalipun… aku tadek nak heran. Nkorang rasa nkorang tu dah fully fulltime blogger ke? Nkorang paham ke istilah tu? Aahhhhh tak kuasa aku nak melayan nkorang paham ke idak. Nkorang dah rasa hebat sangat dengan gelaran tu. Walhal tak cukup gak nak rolling dalam sebulan. *cume tak citer dengan orang la.. nanti jatuh standard fulltime blogger*
Hakikatnya, mengaku fulltime blogger itu adalah perkara terbaik, dalam masa yang sama buat kije lain. Alasan sebab nak tambah pendapatan. Itu maknanya “pendapatan berlandaskan blogger” tu tak cukup la tu… betul? Konfem masih tanak mengaku. Tak salah nkorang carik duit lebih. Semua orang nak carik duit lebih. Kalau ikut target aku nak jadi blogger dulu, aku nak cuma aku perlu pecah kepala, update blog hari hari, duduk depan komputer, sambil minum kopi dan layan anak-anak lepas tu income terhasil setiap bulan secara tetap. Hermmm… Kirim salam!
Ada yang aku tengok, bila dah tersepit, nak lepaskan diri disebabkan berjanji dengan orang…. Bagi alasan macam-macam. Berkejaran tak cukup masa, nak makan pon susah… kadang-kadang dibayar dan kadang-kadang tak dibayar… Weeeeeiiii sudah-sudah la. Kita ni kalau dah berjanji dengan orang… orang mesti tertunggu-tunggu tahu?!!
Aku tak taulah macam mane nak nasihat kat nkorang ni. Tapi aku rasa lagi bersalah kalau aku terus biarkan nkorang terjun ke laut. Kita hidup dalam masyarakat… walaupon bermasyarakat di alam siber. Tak boleh nak tegur cara elok, aku tegur dengan kiasan… Kalau dengan kiasan pon tak berkesan, mungkin maki hamun baru nak sedar kot? Nkorang ni banyak sangat termakan kata-kata Ayah Pin tu masalah dia. Tak boleh nak ditegur!
Aku dulu pon macam nkorang jugak. Tergila-gilakan semua perkara yang nkorang impikan. Same je. Kemudian aku kembali merenung diri. Apa yang aku kejar sebenarnya? Matlamat jauh tersasar. Lalu aku biarkan berlalu pergi. Musim berganti musim, masa berganti masa, zaman kegemilangan ditenggelam dek pembaharuan terma dan syarat yang kurasakan jijik untuk aku patuhi. Aku bukanlah manusia terkinja-kinja dengan menjual intelek dan kemahiran aku hanya bermodalkan magee kari dalam goodies bag. Aku lebih bernilai dari tu!
Dan disebabkan bertalu-talu soalan aku ajukan untuk diri aku… “Apa matlamat aku berblog, adakah aku nak jadi blogger? Atau lebih dari seorang blogger?”. Menulis blog, merupakan batu loncatan untuk diri aku untuk lebih maju kehadapan dan bukan untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa. Kalau nkorang menetapkan matlamat menjadi blogger sebab nak jadi fulltime blogger, okkkk then, silakan. Kita lihat hasilnya.
NOTA: Kalau orang marah kat kita memang pedih nak terima. Kalau kita tak mampu nak hadam kemarahan orang.. kita alihkan pandangan kat tempat lain buat seketika.
faizul
14/11/2013 @ 1:18 pm
serius ni bro,
aku tak faham dengan siapa yang dimaksudkan tu, tapi yang aku tahu tulisan ini pasal tak puas hati.. kan?
Kujie
05/11/2013 @ 9:56 am
apasal pakcik membebel ni… jangalah stress pakcik, nanti tambah selai uban lagi..haha
payah kalau dok canang hebat diri tapi org sekeliling yg tahu keadaan sebenar dok bergelak..mcm saja je bagi bola tanggung suruh orang smash…tapi bila kena balik kat batang hidung tau pula berdarah hidung…sentap sana sini
kenyataan memang pahit.. kan elok dok dendiam2 buat keje mcm ubi, berisi bukan mcm tin kosong.
jenis mcm ni lebih dihormati
Wan Gerrard
01/11/2013 @ 12:43 am
aku tak faham tapi layan je la. susah jugak kalau jenis yg tak boleh terima pandangan org lain haha
eyriqazz
31/10/2013 @ 9:41 pm
Sampai hati bro kutuk saya…yer, yer..saya sedar diri saya ini (terus membawa diri)…
Bukan mudah jadi blogger….Hehehe
Muhamad Azman Ishak
31/10/2013 @ 10:05 pm
kah kah kah. sejak bile hang pandai terasa dengan aku bro? lulz~
anyway masing-masing ada pendirian dan ada prinsip sendiri. kita tak mungkin boleh paksa atau suruh orang ikut cara kita. tapi sekurang-kurangnya kita boleh bagi solusi pencerahan.
moga perkara ni tak berpanjangan.
Akuro San
31/10/2013 @ 8:03 am
sebenarnya tak tahu pun apa kisah sebenar yg berlaku dikalangan blogger sekarang nih… tapi dah alang-alang blogwalking dan baca entri-entri nasihat nih, bagus juga untuk dijadikan pengajaran pada masa mendatang…
Muhamad Azman Ishak
31/10/2013 @ 10:08 pm
hehehe ade la terjadi salah paham gitu. tak pe… tak pe.. masing-masing dah besar dan dah boleh pikir yang mana baik dan buruk.
Mus
30/10/2013 @ 9:16 pm
rasanya semua orang akan tersasar matlamat asal dari blogging.. bila dah sedar, kembalilah ke pangkal jalan..
kalau benar nak jadi fulltime blogger, fikirlah puas-puas!
Mus
30/10/2013 @ 9:17 pm
maaf.. bukan semua..
tapi sebilangan kecilnya
Muhamad Azman Ishak
31/10/2013 @ 12:31 am
ye saya setuju. bukan semua terdiri dalam golongan yang macam tu.
Muhamad Azman Ishak
31/10/2013 @ 12:31 am
tak salah en mus nak jadi fulltime ape sekalipun… di tegur salah, tak ditegur pon salah.
hazman aka species1980
30/10/2013 @ 5:22 pm
Hurmm….. sesekali kasi ceramah merangkap nasihat memang leka dan asyik aku membacanya….Senario dunia blogging yang pelbagai ragam
Muhamad Azman Ishak
31/10/2013 @ 12:32 am
kalau tadek perkara macam ni, tak meriah bro. biarlah kita sama-sama tegur menegur yang mana patut. ada kalanya diri kita yang menegur pon tak betul jugak, maka terima lah pulak teguran dari orang lain.
blogger lelaki
30/10/2013 @ 3:22 pm
ruangan kita ini sempit je kan bro..hu3
Muhamad Azman Ishak
31/10/2013 @ 12:33 am
pusing2 kita jumpe kot tu jugak.
akubiomed
30/10/2013 @ 2:24 pm
Keputusan diatas tangan sendiri. Tepuk dada tanya selera. 🙂
Muhamad Azman Ishak
31/10/2013 @ 12:38 am
terpulang nak jadi ape. contoh dok ade sekarang dah bersepah. buruk dan baik, sendiri yang pilih.
King Jason ii
30/10/2013 @ 2:14 pm
Tembak menembak terjadi bila ramai,gengster2 cuba merampas hak untuk pergi event.Ada kepala gengster yang tamak kuasa dan ada yang gengster baru rasa tertindas hahaha…
KiD
04/11/2013 @ 11:54 am
gua rasa nak tembak je gengster yang rampas kuasa tu.. huh!