Hari ni aku ikut dunia Sham Hardy. Seawal pagi dia dah “culik” aku untuk teman dia pergi tangkap gambar event. Aku yang kebetulan pada hari ni, amat lapang dan tadak kerja, ikut je la. Dah orang sanggup ambik kita dan bawak kita kan. Apa salahnya kita belajar untuk kenal dunia orang jugak.
Pada awal pagi kami di Publika. Dah la malam kemarin siap melebam sampai ke pagi. Amoiiii, mengalahkan orang bujang. Jangan takut, acik dah siap-siap mintak permit kat MEM besar untuk keluar bersosial sekali sekala. lagipun, bukan pergi tempat tak senonoh.
Elok lepas Zohor, kami gerak pulak ke RUANG, yang bertempat di Subang Jaya. Di sana ada berlangsung acara anjuran iM4u bacaan sajak dan puisi mengenai keprihatinan Rakyat Malaysia amnya terhadap kejadian yang berlaku kepada Pesawat MH370. Turut hadir dalam acara ini, adalah penanyi RAPPER negara iaitu Altimet untuk memberi sokongan dengan menyampaikan lagu dan puisi.
Pada aku, ini adalah pengalaman pertama kali dalam hidup aku macam katak yang baru keluar dari bawah tempurung. Belajar pulak cara orang lain menjalankan kehidupan sosial mereka. Agak terkujat sebab aku tak pernah menghadiri majlis bacaan puisi atau sajak yang macam ni. Namun pada aku, ianya satu pengalaman yang sangat beharga.
Hari ini belajar satu lagi perkara dalam hidup, kita takkan kenal akal dan fikiran manusia yang lain selagi kita tidak berada pada kelompok mereka. Dalam dunia yang terbentang luas ni, ada bermacam-macam kehidupan selain “kehidupan di bawah tempurung kita”. Setelah keluar ke dunia orang, kini aku kembali ke tempurung aku balik, sambil memikirkan takjubnya pengalaman pada hari ni.
NOTA: Minggu depan apa plak eh? Rasa macam nak rehat la dulu. Boleh tak? Kekekeke… tapi kalau kene culik lagi sekali, aku tak jamin kat mana pulak lokasi yang aku akan terjah. Capai kamera dan JOM!
Dawaihati
21/03/2014 @ 10:06 pm
Seluruh dunia merasa prihatin atas kejadian ini, semoga pesawat MH370 cepat ditemukan
Mus
18/03/2014 @ 4:42 pm
gambar yang menarik bro..
kehidupan kita ada masanya kena keluar dari zon selesa..
Azman Ishak
19/03/2014 @ 10:08 pm
betul bro. kalau duduk selesa, dan mengharapkan simpati, alamatnya sampai bila la kita tak maju.
azman
17/03/2014 @ 10:41 pm
Tempurang yang ada internet kat dalam hehehe..sorry tak dapat join, ada perkara nak diuruskan pagi tu…minggu lepas dah tadak kat K.L…85mm nak buat harta!
Azman Ishak
17/03/2014 @ 11:46 pm
chis chis… pulangkan hartaku. hahaha.. nanti aku jadi harum gigolo malam baru tau. cekek hang sat lagi. pulangggkaannnnn
faizalpj
17/03/2014 @ 5:19 pm
baru tahu tapi tak minat sgt puisi
Azman Ishak
17/03/2014 @ 11:50 pm
hahaha aku pon tak minat. pergi sebab nak candid gambar je.
akubiomed
17/03/2014 @ 5:11 pm
Mereka ini seperti ada kelompok dan pengikut tersendiri. Saya kalau ke sana pun menangkap ragam manusia. 🙂
Azman Ishak
18/03/2014 @ 1:18 am
tak terjangkau dek akal tu akan dunia mereka semua. sungguh berseni ibarat fotosentesis. :p
iAwani
17/03/2014 @ 3:37 pm
baru nampak muka ‘up close and personal’ Sham Hardy.
Kujie
17/03/2014 @ 2:12 pm
kita dok bawah tempurung lutsinar….haha