Alhamdulillah, akhirnya acara yang aku plan untuk berkolabrasi bersama Tarmizi Shukri, akhirnya berjaya. Nak kata perancangan rapi sangat tu idak la. Sebab pada aku, aku tak berani nak berjanji dengan orang sangat, kalau keupayaan “commit” adalah 50/50. Risau meletakkan harapan orang. Bila sampai masa, kita tak boleh nak penuhi…. mesti orang akan rasa kecewa. Jadi sebab tu, aku tak berani nak hebah secara besar-besaran.
Begitu juga dengan expectation sesetengah orang, bila mana ada konsep “penganjuran”, orang akan letak dalam kepala hotak adalah, must be a good in return. Aku tak kesahlah apa kau pikir kau bijak pandai nak berkata pasal untung dan rugi. Pada aku, aku selesa cara aku. Kalau nak diceritakan philosophy dalam berkawan mahupun berbisness, aku lebih suka menduga.
Berbalik pada cerita jom outing, Jom outing ni sebenarnya adalah idea kesinambungan dari Cikgu Tarmizi Shukri. Ianya merupakan siri kedua Jom Outing Tarmizi Shukri. Dalam siri kedua ni, AI Media Network nak jadi tuan rumah penganjur serta berkolabrasi dengan Cikgu Tarmizi Shukri. Terima kasih jugak kepada pihak Amanz Network yang telah menaja sebahagian baju tema Jom Outing kami pada kali ni.
Sila klik pada pautan ini untuk Sesi Jom Outing yang pertama.
Secara keseluruhannya, aku selaku wakil AI MEDIA NETWORK, nak mintak maap la kat nkorang yang hadir. Mungkin aku tak sempat nak bertegur sapa… ada pulak yang dapat baju saiz terbesar… dan beberapa kekurangan yang lain, aku merendah diri, mintak maap segala yang terkurang dari pihak kami selaku penganjur. Terima kasih jugak kepada semua crew AI MEDIA NETWORK yang berkerja keras menjayakan projek ni. Nanti boleh update dalam KPI ye. hahah
Ok banyak merepek, jom tengok gambar. Aku tadek gambar outing, sebaliknya aku rakam gambar mereka yang hadir. Cheers~
NOTA: Sila abaikan perenggan satu sehingga 2 sekiranya anda kurang faham bahasa alam semesta.
mawardiyunus
02/08/2014 @ 9:32 am
bestnya dpt outing camnie
Azman Ishak
02/08/2014 @ 11:32 am
kalau ada lagi outing.. jom la join bro. tadek hal.
Potia Casadelarossa
23/04/2014 @ 2:37 pm
apa-apa pun Jom Outing yang pertama saya sertai tu dapat byk impak untuk improve kan dalam bidang ni.. soal ilmu dan juga soal kawan baru saya dapat… harap diteruskan
Kujie
21/04/2014 @ 12:23 pm
awat gambaq macik banyak sangat..nak kena claim royalty ni
Hairul Azni
14/04/2014 @ 7:01 pm
Adik tu..anak sapa eh?
tarmizishukri
14/04/2014 @ 6:51 pm
InsyaAllah dalam projek akan datang boleh berkolaborasi lagi :p
Fadhil Husin
14/04/2014 @ 2:31 pm
Terima kasih kepada AI MEdia di atas penganjuran ini. Seronok dapat kenal kawan2 baru walaupun tak dapat tegur lebih mesra.
Mus
14/04/2014 @ 11:25 am
gambar semuanya cun-cun belaka!
akubiomed
14/04/2014 @ 9:50 am
Amboi bukan main besaq gambaq. Tidak boleh lari dah nih. 🙂