Hotel-The-Art-Shah-Alam-50
Pertama kali jugak menjejakkan kaki kat hotel ni.

Alhamdulillah, minggu lepas aku berpeluang untuk bawak keluarga pergi bercuti hujung minggu. Keluar dari kawasan kota. Sungguh lepak bila dapat berjauhan dari kalut hidup kat bandar ni. Destinasi kami pilih minggu lepas adalah di Hotel De Art Shah Alam.

Ruang pakir dan juga kawasan kejiranan yang diyakini selamat
Ruang pakir dan juga kawasan kejiranan yang diyakini selamat

Dalam banyak-banyak lokasi, kenapa dekat Hotel De Art Shah Alam yang aku pilih? Mesti ramai heran. Seperti biasa, kriteria aku dalam pemilihan tempat penginapan untuk aku bercuti, aku mesti pastikan beberapa perkara wajib:

  1. Parking yang mudah diperolehi
  2. Kawasan parking yang lapang, dan mudah untuk dipantau
  3. Kawasan parking yang tidak dikenakan bayaran
  4. Kawasan penginapan dekat dengan kawasan makan
  5. Tidak terlampau sibuk atau terlampau kosong.

Dan lagi… dan lagi… kalau hendak aku ceritakan kriteria aku, boleh aku katakan, lokasi Hotel De Art Shah Alam memang antara hotel yang berada dikawasan yang strategik. Sampaikan kemudahan klinik swasta pon ada terletak di kawasan berdekatan. Kebetulan anak aku Amirul Azhar batuk teruk malam dinner aku bersama keluarga, terus je aku bawak pergi klinik. Siap ada perkhidmatan untuk sedut GAS. Dapatlah Azhar nyenyak tidur malam tu kat hotel. Kalau tak, batuknya buat hati aku risau.

Lobi hotel yang sangat meriah.
Lobi hotel yang sangat meriah.

 

View Hotel De Art Shah Alam in a larger map

Bercerita sikit mengenai Hotel De Art Shah Alam ni, jika nkorang perhatikan daripada peta yang aku sertakan kat atas, lokasi dia memang dekat dengan UITM Shah Alam. Aku ni tadek la pakar jalan sekitar Shah Alam. Untuk menyampaikan kat kawasan ni pon, aku pakai waze. Tapi, sungguh ternyata mudah nak jumpe.

Selain dari UITM Shah Alam, Hotel De Art ni jugak dekat dengan I-City, kawasan membeli belah sekitar Shah Alam… dah tu apa lagi yang nkorang nak. Owh tak lupa juga berdekatan dengan Wet World. Semua dalam kawasan kejiranan yang berdekatan. Jadi aku nasihatkan, sapa yang bercadang nak bercuti di Shah Alam, boleh la rancang perjalanan nkorang.

Ini adalah bilik untuk aku dan keluarga aku menginap
Ini adalah bilik untuk aku dan keluarga aku menginap

Dari kawasan luar masuk ke dalam hotel… sewaktu bukak pintu adalah satu ekspressi suprise awalan yang kebiasaannya bagi pengunjung hotel. Memang ternyata aku “impress” dengan hasil dekorasi dalaman Hotel De Art Shah Alam ni. Feeling yang menggambarkan “bilik itu menyambut tetamu” memang dapat dirasakan. Memang well perform.

Aku difahamkan Hotel De Art Shah Alam ni mempunyai 58 buah bilik. Dan dengan jumlah ini juga mereka mendekorasikan bilik-bilik mereka ini kepada 58 tema yang berlainan. Disebabkan ini juga nama De Art itu tercipta barangkali.

Bersama keluarga dan Crew AI MEDIA NETWORK. Acik sambut besday!
Bersama keluarga dan Crew AI MEDIA NETWORK. Acik sambut besday!

Sebenarnya juga pada hujung minggu lepas, kebetulan keluarga abang ipaq dari Kedah nak mai rumah sebab nak hantar anak pergi masuk askar di Port Dickson. Tapi disebabkan kami dah plan nak menginap kat Hotel De Art Shah Alam ni dah lama, maka aku tempahkan la juga bilik untuk mereka sekeluarga. Kebetulan jugak minggu lepas kan masih dalam krisis air, jadi risau jugak la kalau ada tetamu nak datang bermalam di rumah.

Mujur la pakej Family Room pon tak mahal. Untung dapat bawak keluarga abang ipaq mai jalan-jalan sekali. Dah alang-alang diaorang nak datang. Bukan senang diaorang nak singgah ke Kuala Lumpur, kalau tadak hal ape-ape.

Ini kalau ada anak perempuan ni... aku tak tahu lah macam mane jadi. hahaha
Ini kalau ada anak perempuan ni… aku tak tahu lah macam mane jadi. hahaha
Memang nampak santai habis la bilik ni kan?
Memang nampak santai habis la bilik ni kan?

Selain daripada tu, kalau nak tahu, terdapat jugak bilik yang berkonsepkan Hello Kitty. Aku rasa, kalau ada anak perempuan… konfem aku booking bilik ni untuk dia dengan mama dia je. Untuk anak lelaki, dah tentu la ikut abah dia… bersantai kat bilik Star Wars… hahahah. Kan? Macam menarik je konsep Hello Kitty.

Antara sebab aku kata mereka mempunyai perkhidmatan yang bagus, dilobi ada jual makanan ringan. Kot kot tengah malam lapaq.
Antara sebab aku kata mereka mempunyai perkhidmatan yang bagus, dilobi ada jual makanan ringan. Kot kot tengah malam lapaq.

Selain daripada terdapat kemudahan seperti TV, meja tulis, perkhidmatan internet (Wifi) secara percuma untuk pengunjung, tetamu Hotel De Art Shah Alam ini juga akan mendapat 10% diskaun sekiranya anda menunjukkan kad hotel semasa anda pergi menjamu selera di Hailam Kopitiam yang terletak di bawah hotel ini. Untuk mengetahui maklumat lanjut pasal Hotel De Art Shah Alam ni:

Hotel De Art Shah Alam,
Jalan Kristal AS7/AS,
Section 7 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No. telefon : 03-5518 0975
Website : http://hoteldeart.com.my

Sila klik pada pautan ini untuk melihat foto-foto berskala penuh dan berevolusi tinggi, Hotel De Art Shah Alam. Eh nanti kejap, sebelum nkorang nak pi layan koleksi foto tu, apa kata kita tengok dulu Video khas sepanjang Ai Media Network dan crew buat liputan kat sana tempoh hari.