
Pagi ni, macam dah gian sangat nak main macro… dah gian sangat nak petik kamera… dah gian sangat nak update blog sendiri untuk meletakkan sekeping dua foto untuk tema #FotoBESAR. Elok sesampai aku ke opis, terus ku kepakkan bunga dijambangan pagar.
Di jinjit sambil diperhatikan sekalian pekerja kilang yang ada. Siapa pulak hari ni, gerangannya yang akan menerima bunga istimewa dari En. Azman ni? Barangkali nak bagi kat awek cleaner kot? Tolong la… sila carik model yang jelita sikit kot ye pon nak gossipkan aku pagi ni.
Peralatan Karya:
- Cawan (untuk alas extension tube – Free)
- CD Case (untuk lapik cawan supaya tinggi – Dah lama beli)
- Extension tube manual (untuk letak jambangan bunga – RM30.00)
- Sejambak Bunga (petik kat pagar kilang je)
- Kamera (Canon EOS 60D)
- Speedlight (Yong Nuo YN560 II – RM250)
- Meja tulis (Ini meja aku kat pejabat aku)


Maka ini lah dia. Sesampah Gambar pertama kepada gambar yang sangat beharga. Bunga putih berlatarbelakangkan hitam bermaksud kesedihan, kemurungan, kematian, misteri dan mistik. Tapi, jangan disalah anggap. Ia tiada kaitan dengan keadaan semasa. Hanya sekadar hobi dan kerja seni.
Pada aku, tak perlu membazir buat macam-macam perkara yang rasanya kita tak termampu nak buat atau nak beli macam orang lain. Kalau poket kita berkepuk dengan duit, tak pe. Tapi kalau kita orang biasa macam aku ni… maka persekitaran adalah asset yang tak ternilai untuk sebuah karya.
24/07/2018 @ 2:04 am
I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at
this web site is genuinely nice.
04/08/2014 @ 4:38 pm
Ilmu baru aku untuk hari ini. Terima kasih. Selamat hari raya aidilfitri
04/08/2014 @ 9:10 pm
Harapnye dapat membantu ye. salam kenal tuan.
Fotografi : Hasilkan studio mini fotografi ringkas tanpa perlu keluarkan modal yang besar? | AzmanIshak.Com
22/07/2014 @ 1:04 pm
[…] PINGBACK NEGARAKU.MY: Fotografi : Hasilkan studio mini fotografi ringkas tanpa perlu keluarkan modal… […]
15/07/2014 @ 6:00 am
Siap maksud gambar tue..
Kategori jimat punya studio maker..
26/04/2014 @ 1:16 pm
Pakai mana yang ada pun dah boleh hasilkan seni..kalau banyak bajet, tak tahulah apa akan jadi..
27/04/2014 @ 10:37 pm
bermain fotografi dalam skala yang kecil kadangkala memberi kepuasan yang maksima.
26/04/2014 @ 10:48 am
Perghh…karya agung nih hehehe…
26/04/2014 @ 10:51 am
agung le sangat… lost banyak detail. dah cube pakai aperture kecik. tapi macam tak berapa nak kecik je.
26/04/2014 @ 12:56 am
Sedikit sentuhan kreativiti bakal menghasilkan sesuatu diluar jangkaan.
27/04/2014 @ 10:38 pm
masih banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk dipersembahkan kepada juri untuk masa akan datang. 😀
24/04/2014 @ 3:36 pm
boleh habis bunga luar pagar kilang tu bro.. hihihi..
memang smart!!
cantik gambarnya!
27/04/2014 @ 10:42 pm
hahaha kalau hari-hari petik bunga.. memang abis kene kejar dengan pak guard la.