Mau tak kembang kalau muke masuk paper. Sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat yang aku kenal dalam dan luar talian. Sedikit sebanyak melonjakkan nama aku sejak kebelakangan ni. Entri ni kiranya rangkuman ucapan terima kasih kepada nkorang semua yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung.
Dunia kita ni bulat, untung sabut boleh tenggelam, untung besi boleh terbang. Zaman dah berubah kalau dulu orang kata mustahil besi boleh dijadikan kapal laut. Sekarang tak lagi. Begitu jugak lah dengan hidup kita ni. Kalau kita kata mustahil, maka mustahil la jadi dia. Lepas tu bila rasa kelebihan diri kita seolah dipergunakan orang lain, kita mula memencilkan diri. Ingat tak, pernah satu ketika dahulu aku keluarkan statement, “adakalanya kita ini adalah sebagai batu loncatan untuk kejayaan orang lain”. Rasa-rasa sapa masih ingat? Kalau tak ingat tak pe.
Maka begitu juga lah perumpamaan untuk apa yang dah berlaku pada diri aku sejak kebelakangan ni. Dipendekkan cerita, apa yang telah aku lalui kerana mereka-mereka yang ada disekeliling aku. Inilah yang kita namakan JARINGAN (networking). Bukan satu perkara yang mudah untuk kita bergaul dengan orang lain, terutama kalau kita ni jenis berat mulut bukan main. Memang aku akui, menjadikan diri sebagai satu penjenamaan bukanlah satu perkara yang mudah, tapi berbalik kepada asas, perkara yang mustahil itu hanya akan wujud bilamana kita tak usaha untuk hilangkannya.
Mereka adalah:
AKUSAPE? – Ini lah orang dia. Dah banyak kali aku ulang… blog aku ini wujud semua kerana blog dia. Walaupon kau tengok blog dia tak seberapa. Tapi hasil apa yang aku terima selama hari ni, disebabkan ” permulaan keteransangan” aku membaca dan mengkaji blog dia pada tahun 2007.
Kak Kujie –Â Pantang dapat “bola tanggung”, tak dan dan aku nak amik napas… konfem kene smash siap siap. Hahaha.. kalau sapa yang paham tu, paham lah ye. Sungguhpun macam tu, kak jie dah macam kakak-kakak aku dah. Ada kalanya aku amik advice dia dalam hal-hal yang tak perlu dicerita hehehe.. RAHSIA LA…
Tuan Ilham DenaiHati – Semua orang kenal dia barangkali.. termasuklah jugak dikalangan blogger. Bagi aku apa yang aku belajar dari Tuan Ilham ni dari segi pergaulan. Apa yang aku tengok, dia balance antara passion dia secara online, dan dalam masa yang sama konsisten di dunia nyata. Itu la pasal, kalau nak diceritakan pada zaman era kebangkitan blog-blog peribadi sekitar tahun 2007-2008, Tuan Ilham ni rajin berkomen kat blog aku. Dia antara supporter dan motivator masa aku meroyan kat blog. Masa tu dia pakai blogspot kalau tak salah. Kemudian berhijrah ke WordPress.
Ini kalau aku bukak cerita kesah macam mana kami berkenalan… mau 44 helai kertas kajang pon tak cukup ni. Itu belum kira sebegitu banyak input yang aku dapat semenjak aku kenal dengan dia. Ye betul, bagi aku dia seorang bisnessman yang berjaya. Memang banyak perkara jugak aku perhatikan dan belajar dari dia secara tak langsung. Ini termasuklah dari segi pergaulan dengan bisness partner, dengan kawan-kawan online, cara dia menjenamakan perkataan “DENAIHATI” tu memang mengubah mindset aku: “Dalam business ni, apa pon boleh jadi kalau kita pandai dan peka dengan keadaan sekeliling”.
Ini bukan entri bodek tahu. Kalau nak cakap aku bodek, terpulang. Nkorang dah besar panjang. Tak payah la pakcik nak membebel panjang lebar pasal pergaulan ni.
BroFramestone – Ini lah orang yang bertanggung jawab menjual nama aku kat stesen TV hahaha.. Sampai kene wawancara dalam segment Blogger Voice untuk siri akan datang. Untuk tsunami Blogger Voice punye penangan membahan belum mai lagi tu. Hangpa tunggu acik-acik tu semua nak membahan aku nanti camne hahahaha… Ape-ape pon, terima kasih BRO!
ShamHardy – Ini sorang lagi blogger yang bertanggung jawab atas insiden yang terjadi baru-baru ni kat surat khabar Mingguan Metro. Hahaha.. ShamHardy jual nama aku kat encik wartawan ni. Baru sangat berlaku.. dok tak habis lagi kene bahan kat Facebook dengan kawan-kawan yang nak mintak otograph. +___+”
Noktahhitam – Orang ni.. beberapa kali ku ulang cerita dia dalam setiap terima kasih aku bila mana aku menulis blog. Kalau tak kerana dia mengajar aku PADDING dan MARGIN. Dua perkataan yang sangat sinonim dalam pembuatan kerangka website menggunakan CSS. Disebabkan dia jugak aku minat dalam front-end developer.
Mr. Kay dan Eizil – ini merupakan sifu-sifu aku. Dan diaorang ni jugak lah yang memberi semangat aku untuk belajar PHP Programming. Aku sebenarnya tadak asas pon dalam programming. Apa yang aku ada cuma basic mIRC Script. Pada satu hari aku di suruh oleh Mr. Kay untuk belajar PHP dengan serius. daaann… Alhamdulillah, sekarang aku mampu tersenyum sebab aku boleh buat PHP tu macam taip karangan kat blog.
Ikram Baharum – Seperkenalan aku dengan Ikram adalah disebabkan entri kat blog ni yang berkisarkan ZIPPO. Aku masa dulu memang gile ZIPPO. Tak kusangka, disebabkan ZIPPO aku berkenalan dengan Ikram dan berkawan baik sampai la sekarang. Dan disebabkan Ikram jugak aku related dengan Noktahhitam a.k.a Edwin a.k.a Eddie, Sham Aeropama dan juga Roslan Nazri. Tak lupe jugak, Ikram atau lebih manje kata dia dengan panggilan Yam.. hahaha merupakan sifu aku dalam bidang computer networking hang taww…
Sham Aeropama – Ini lah dia orang yang mengajar aku memetik shutter kamera. Maksud aku aku berguru dengan dia. Sekarang dia dah get a life dengan family. Dah ada anak. Keluarga bahagia. Ape-ape pon, aku doakan dia sentiasa happy & gembira bersama keluarga tercinta dia seperti mana aku kenal dia sebelum ni. Amin.
Nkorang perasan tak, aku rasa aku menaip ni dah macam ke Laut Cina Selatan sudah. Biasa la kan.. Pakcik ni terkembang lebih. Lepas tu, dah lama tak menaip sakan macam ni tau! Lepas tu pulak, kalau nkorang nak tahu, start dari semalam, sakan sungguh Acik AJK KIAH PROPA membahan aku. Luar dalam kene tibai. Hahaha.. tak cukup dalam what’s app, sambung kat FB. Tup tup.. tak terhenti kat FB.. sambung terus blog Puan Bee. Dah macam pantun Jarjit Singh.
NOTA: Hati akan lebih gembira bila mana melihat orang lain suka dengan hasil kerja kita. Bukan berbangga, tapi ianya kepuasan.
Azuan
13/07/2013 @ 9:05 pm
Saya telah membaca post ini.
Kak Long Mawar Merah
09/07/2013 @ 11:53 pm
Saya telah membaca post ini.
titan
06/07/2013 @ 9:20 pm
Saya telah membaca post ini.
titan
06/07/2013 @ 9:19 pm
semua hardcore blogger zaman dulu-dulu tu..
Norfanil
05/07/2013 @ 11:12 pm
so pendek kata.. nak masuk tv leh kamcing ngn bro..
hehe..
nak pandai photography leh kamcing ngn azman ishak.. im newbie.. nak belajae gak..tapi kamera nya enggak ada lagi ong..heheh
azwan
05/07/2013 @ 10:11 am
hebat. hang memang hebat
3 lalat
04/07/2013 @ 8:12 am
Salam.Tahniah kerana sudah popular begitu.He.
MK Kimi
03/07/2013 @ 11:52 pm
bertalam2 kembang ni. tahniah bro azman! 🙂
akusape
03/07/2013 @ 8:55 pm
Saya telah membaca post ini.
staibaqhang
03/07/2013 @ 2:58 pm
nak sain… ekekek…
tahniah bro…
staibaqhang
03/07/2013 @ 2:57 pm
Saya telah membaca post ini.
hafiz
03/07/2013 @ 1:16 pm
tahniah bro tercapai juga impian..
NoktahHitam
03/07/2013 @ 11:38 am
Tahniah dan terima kasih kerana memetik nama aku. Buat aku malu tersipu sorang2 je. Takat ajar padding dgn margin, mende remeh je Man.
Aku sentiase doakan kawan2 berjaya. Insya Allah, inilah titik tolak ko. Masa untuk terbang pula! Good luck dan semoga terus maju jaya!
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:24 pm
tak ada padding dengan margin tu, mungkin aku belum terbukak hati nak belajar menda yang baru. starting dengan padding dengan margin ni jugak la aku menjurus ke arah PHP Programming. kerana padding dengan margin… tq eddie!
mrkay
03/07/2013 @ 11:17 am
aku cuma nak reply komen2 yg melibas je. selain dari tu, aku nak tanya, awat ko tak offkan mobile theme punya plugin? buat theme responsive punya la bersusah payah, tapi tak offkan mobile theme tu. bughuk tau tak mobile theme plugin tu :p
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:29 pm
hahaha dah lama orang komplen pasal tu. since tokguru dah marah.. maka aku offkan sekarang jugak.
Piratz
03/07/2013 @ 12:09 am
Pergh… Tue blom cita buat video ngan P1 gik…
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:29 pm
woittt.. jangan sebut Pee1 please hahahaha
hafizmd
02/07/2013 @ 2:10 pm
Tahniah bro! Ni bukan setakat semangkuk dah ni…patbelas mangkuk pun takpe!
tahniah bro! moga makin sukses
Muhamad Azman Ishak
02/07/2013 @ 11:44 pm
hafiz, terima kasih… amin. hehehehe
hafizmd
02/07/2013 @ 2:09 pm
Saya telah membaca post ini.
Mus
02/07/2013 @ 1:56 pm
Saya telah membaca post ini.
Jardness
02/07/2013 @ 1:28 pm
blogger2 yg tersenarai semuanya otai2. 🙂
Muhamad Azman Ishak
02/07/2013 @ 11:46 pm
nak mensebariskan diri dengan mereka semua adalah satu perkara yang bukan mudah. kene kuatkan usaha.
mrkay
03/07/2013 @ 11:16 am
aku sorg je yg tak otai dlm list tu. ko lebih otai dari aku kot? hehe
Faizalpj
02/07/2013 @ 12:35 pm
Tahniah bro
Muhamad Azman Ishak
02/07/2013 @ 11:46 pm
terima kasih encik Faizal
nikillas
02/07/2013 @ 10:49 am
wow.. kagum..!! *standing ovation*
Muhamad Azman Ishak
02/07/2013 @ 11:47 pm
sallikinnnnnn lame tak nampak? tup tup muncul. ni pon antara top komentor kat blog ni satu ketika dulu.
azman
02/07/2013 @ 10:40 am
Pelan2 kayuh….sekarang dah boleh rasa hasilnya….congrats…sentiasa memberi sokongan dari tepi hahaha…
Muhamad Azman Ishak
02/07/2013 @ 11:54 pm
terima kasih bang. sama-sama naik.. sama-sama turun. hehehe
wazy
02/07/2013 @ 10:21 am
Saya telah membaca post ini.
wazy
02/07/2013 @ 10:20 am
Tahniah bro,semoga semakin mantap dan murah rezeki di dalam arena blogging
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:00 am
wazy, terima kasih tak terhingga gak utk wazy.. sepanjang aku berblog, dari tahun 2007 yang jugak merupakan komentor yang tak pernah putus kat blog ni. terharu taw
akusape
02/07/2013 @ 9:41 am
wah masuk paper heehehehehhe…tahniah Man…semoga sukses selalu..teruskan usaha anda…
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:00 am
semua kerana AKUSAPE dan takdir Illahi 😀
Zuan
02/07/2013 @ 9:32 am
ada beberapa nama yang gua kenal memang diperkui kehebatan diorang.. yang lain2 boleh terjah2 blog diorang pasni ni..hehehe 😀
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:03 am
hehehe… ade dua orang yang kat bawah tu dah tak aktif berblog. tapi kerana diaorang gak banyak bagi supporter kat aku
ejam
02/07/2013 @ 9:12 am
tahniah abang m.nasir…hehe
semoga lepas ni banyak job masuk yer. 🙂
akubiomed
02/07/2013 @ 9:07 am
Glamour abang Nasir. 🙂
Kujie
02/07/2013 @ 8:33 am
Saya telah membaca post ini.
Kujie
02/07/2013 @ 8:29 am
Dalam senarai pakcik² ensem kat atas tu………… terselit sorang je makcik.
Semua blogger kat atas tu Kak Jie kenal.. kenal bertahun-tahun dan kebanyakkan dari mereka dari zaman bujang sampailah memasing dok tunggu anak lahir ( Eddie & Bro )
Nampak Syam.. lama sungguh tak dengar khabar berita.
Mr Kay – dah keluar header blog kat blog retis ni tak reti-reti nak update blog ke? Dah nak raya ni, pi menebas apa yg patut.
Terimakasih En Ai – lawa banner header Kak Jie tu…hehehe
Muhamad Azman Ishak
02/07/2013 @ 10:07 am
nota pesanan untuk Mr. Kay paling tak boleh tahan. hahaha… dari tahun 2012 kot. lama nak menunggu tuan besar tu update blog. same la pesen macam mijie gak. ahak ahak.. update setahun sekali. itu pon ucapan selamat hari raya. hahaha
mijie
03/07/2013 @ 12:07 am
Amboi semenjak menjadi artis ni kemain yer kutuk orang…bang nak sign pun x bagi…nak ajak keluar lagi la semenjak berada di akhbar tabloid…retis mmg x pandang kita ni
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:12 am
ehem ehem.. aku rasa hang yang tak mau keluaq lepak dengan aku dah semenjak jadi high commisioner commanding office ni kan? ye la.. aku ni orang biasa je. mane level nak kawan dengan pegawai tertinggi kerajaan macam tuan mijie ni.
aku ajak outing pon tak mau dah. dok bagi alasan pergi kursus la.. pergi mengajar orang dah. nak harap dapat lepak sekejap pon susah. ye la.
haaa… kan dahhhh kenaaaaaaa kakakka!
mijie
03/07/2013 @ 12:21 am
Dush dush ok lah…semenjak menjadi retis dah pandai jawab..bab seorang retis…ok lah akur2 kita dah tak setaraf..kita rakyat marhaen..dah x sekufu dgn artis
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:24 am
weekkkk alasan tak kukuh. peluru dielak2 cam matrix je. byee hahahah!
Kujie
03/07/2013 @ 12:24 am
woiii korang ni.. mcm artis saling balas membalas dlm akhbar tabloid je… hehehe
mrkay
03/07/2013 @ 11:15 am
pergh! acik melibas mmg berbirat. haha.
Muktasim
02/07/2013 @ 7:58 am
hehe.. dah level artis ni.. tahniah tuan.. semoga terus mengecapi kejayaan.. 🙂
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:04 am
kah kah kah. Encik Muktasim.. mane ade level retih bro. kalau level retih, dah lame keluar story kat OhRetih.com hahaha.
amin doanya… amin!
Hafiz
02/07/2013 @ 2:05 am
Wahhh Hebat dapat masuk surat khabar, moga bertambah maju lagi n murah rezki 🙂
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:06 am
hafiz, terima kasih.. amin!
kucinghitam
02/07/2013 @ 1:33 am
untung la masuk paper
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:14 am
kat mane untungnye tu? hehehehe
mykrk
02/07/2013 @ 1:33 am
Tahniah, nak kembang setaman pun ok. Semoga terus maju. Allahumma aamiiiiiin.
Muhamad Azman Ishak
03/07/2013 @ 12:26 am
amin.. terima kasih!
titan
02/07/2013 @ 1:22 am
tidur la wehh..