Bismillah… Jelaslah sekarang ni dah tahu siapa yang hadir dalam acara “Sepetang Bersama Blogger 2013” untuk tahun ni. Dari apa yang aku perhatikan, ramai rakan blogger yang buat catatan peribadi pasal aktiviti ini. Aku juga tidak mahu ketinggalan. Meskipun agak lewat.
Kelewatan berpunca bukan kerana aku kekeringan idea ataupon tidak mahu menyentuh bab pergaulan sosial secara nyata. Tapi aku merasakan yang aku ini terlampau kecik bila dibariskan dengan kamu yang mungkin hadir nanti. Rata-rata dari pandangan mata kasar aku perhatikan barisan mereka yang hadir bukan dari calang-calang individu. Ada Pakar Hartanah, Pakar E-Book, Top Blogger, Pakar SEO, Pakar Motivasi, Sumber Inspirasi, Fulltime Blogger… Wah… kalau nak ku sebutkan… cuma mampu yang terkeluar dari mulut adalah: Hebattt… memang hebat…
Tapi, sekali lagi kembali menundukkan kepala aku bila mana memikirkan siapakah aku di kalangan mereka yang hadir? Adakah aku juga dikalangan mereka? Apa kelebihan aku? Apa kehebatan aku? Apa perkara yang boleh aku ketengahkan untuk pandangan mereka? Apa perkongsian yang dapat aku manfaatkan untuk sekian hadirin yang hadir… yang rata-rata mereka semua lebih hebat dari aku?
Berfikir dan terus berfikir supaya kehadiran aku untuk sesi kali ini, sedikit sebanyak memberikan inspirasi pada diri aku sendiri. Juga mungkin… memberi sumber inspirasi pada rakan yang hadir. Mungkin juga mampu ku kongsikan sedikit tips yang berguna barangkali… atau lebih kepada menerima apa sahaja input yang mungkin mereka akan sampaikan.
Barangkali, inilah masa yang sesuai untuk aku menonjolkan diri? Haa… sape tahu kan? Kalau ianya telah ditakdirkan sebagai titik permulaan dalam hidup. Apa yang penting, peluang datang walaupon sebesar puntung mancis, jangan disia-siakan.. Dari sebesar puntung mancis tu la boleh menjadi api yang membakar rumah!
Kalau mahukan perubahan dalam diri, corak pemikiran kene keluar dari kotak kebiasaan. Bak kata orang.. sila gantikan dengan tempurung yang lebih besar. Atau kalau terlebih berani, tak perlu lagi pakai tempurung, sebab helmet sekarang lebih berkualiti. Faham?
NOTA: Bila duduk bersendirian… kerap aku memikirkan… “mengapa”, “bila”, “siapa”, “apa” dan “bagaimana” semua yang sedang berlaku dan beredar dalam diri aku. Mesti ade sebab kenapa ianya terjadi begitu.
zool
28/01/2013 @ 8:25 am
eh bukan ko pun popular gak ke?
hannyabdullah
27/01/2013 @ 2:25 pm
salam..akhirnya bertegur sape kita di sini..hehehe, jgn cite gan bodyguard akk k… Sori arrr akk x ramah mesra walau semeja, akk ingat akk yg paling kerdil sgt time tu..kalau leh masuk bwh meja mmg nak masuk bwh meja tau..tapi mmg best dpt pengalaman pertama..
Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier
25/01/2013 @ 11:19 am
sedihhh ada program bertindan … x dpt join kome 🙁
Muhamad Azman Ishak
25/01/2013 @ 5:09 pm
tak pe kak ummi… lenkali kalau ade peluang boleh join lagi ye! tapi kan.. ade org tu nak pi pulau kate dia.. hehehe.. ok ape!
azman
25/01/2013 @ 12:21 am
Aku suka cara ko Man,low profile tapi ada ilmu dalam bab2 IT nih.Orang lebih hormat dengan ilmu yg kita ada,bukan dengan ke glameran kita :)Aku redah jer…nak meramaikan majlis.
Muhamad Azman Ishak
25/01/2013 @ 5:10 pm
low profile tu idak kot bro. cuma segan jugak la dengan orang yang datang tu. masing2 hebat2 belaka. abang pon ape kurang dia..
azrijohan
24/01/2013 @ 11:20 am
Saya telah membaca post ini.
Izzuddin Fauzi
23/01/2013 @ 2:58 am
Bro kan otai mesti hebat 🙂
Muhamad Azman Ishak
25/01/2013 @ 5:10 pm
tadek apa nak diotaikan.. hehehe.. aku blogger biasa je 😀
azrijohan
23/01/2013 @ 12:13 am
wah bro pun ada, hebat tu
Muhamad Azman Ishak
25/01/2013 @ 5:11 pm
kalau jumpa besok.. jangan lupe tegur taw.. aku ni malu skit. hehehe.. memang susah nak bukak mulut.. tapi bila dah start menyembang, mau tak berhenti. ok!
Manan Qayyim
22/01/2013 @ 11:42 pm
Saya telah membaca post ini.
Manan Qayyim
22/01/2013 @ 11:42 pm
bro ape kurangnye…. hebat jugak….
Muhamad Azman Ishak
25/01/2013 @ 5:12 pm
haiseymen.. saya tak la seperti yang disangka. saya pon pendatang baru jugak.
titan
22/01/2013 @ 11:31 pm
aku lagi segan nak datang. tu pasal tak berani nak daftar lagi. haha..
nurmisnan
23/01/2013 @ 12:31 am
Gua tunggu lu dengan ain maisarah
Muhamad Azman Ishak
25/01/2013 @ 5:14 pm
hahaha hampes je tak datang. hape dah.. datang ke tak ni? :p
sharafie
22/01/2013 @ 10:37 pm
tahniah..jangan merendah diri sangat bang..setiap orang mesti ada kelebihan itu..jadilah diri abg dengan seadanya..jadikan pengalaman sebagai pendapat..pengalaman itu lebih mahal daripada nota² di dalam mana² buku² teks yang ada..
Muhamad Azman Ishak
25/01/2013 @ 5:15 pm
hehheheh… kadang-kadang kita bukan cuba menjadi orang lain, tapi dek kerana terbawa pengaruh orang lain ke dalam dunia kita.
hazman aka species1980
22/01/2013 @ 9:58 pm
Bro…. kan pakar WP di kalangan blogger MALAYSIA…. harap2x dapat lepak sama2x kat sana nanti yea…
Muhamad Azman Ishak
25/01/2013 @ 5:16 pm
haiyark… idak la pakar mane. insyaallah… kalau jumpa boleh tegur. aku tak berapa nak cam kalau dah ramai orang. tegur je.. saya tak makan orang.. hehehe cuma saya seorang penyegan ya amatt hahaha
Kujie
22/01/2013 @ 3:56 pm
Saya telah membaca post ini.
Nadot
22/01/2013 @ 12:03 pm
Walaupun badan saya besar, saya lagi la terasa kekerdilannya..segan je sebenarnya.. Punya la segan sampai rasa nak tarik diri.. Tapi fikir makanan yang sedap, tak jadi tarik diri.. hohoho
Muhamad Azman Ishak
25/01/2013 @ 5:16 pm
hahaha tang bab makan tu.. jangan dilepaskan. kalau malu, kita boleh makan sambil tutup muka.. tinggalkan kawasan mulut je. ahahaha!