Alhamdulillah, akhirnya matlamat aku untuk releasekan Ebook Teknik Asas Penggunaan dSLR tercapai. Namun… bukan satu je hasrat yang tercapai, tapi dua dan tiga. Sungguhpun macam tu, sebenarnya aku rasa sangat-sangatlah bersalah sebab menambil masa yang lama untuk produce-kan ebook ni. Maklum la nak jaga kualiti kata orang tu. Baru la orang yang dapat tu pon menghargai kan.
Kat sini, aku nak memohon maaf kepada semua penaja atas kelewatan aku melepaskan ebook ni kat nkorang semua. Jasa baik nkorang semua tak dapek den nak nolongnye. Terima kasih.
Hasrat seterusnya nak memakaikan baju baru untuk Website AI MEDIA NETWORK juga turut tertunai kali ni. Walaupon agak compang-camping. Kire ok what.. aku develop dalam masa seminggu. Daannn… dalam masa seminggu ni jugak aku belajar CSS Framework yang baru. Naaahhh kauuuooo… rosak otak dowh!
Template ni lebih kepada kategori portfolio template. Sebab aku nak focus kepada services yang aku tawarkan kat AI MEDIA NETWORK. Sebelum ni aku menerima kritikan membina dari saudara Eriqazz pasal template AI MEDIA, katanya terlampau havoc, susah orang nak paham ape sebenarnya perkhidmatan yang aku tawarkan. Ok, rasanya sekarang ni agak much better cam tu.
Seterusnya tercapai adalah untuk beli baju raya anak-anak dan isteri. Termasuk jugak baju aku. Memang kami tak pernah nak tempah baju raya satu papan kain. Semuanya memang jenis gamble nak dekat penghujung puasa baru keluar membeli. Seperti biasa, baju ibu Amirul adalah yang paling umph harga dia. Tak dinafikan sebab fesyen dan trending wanita masa kita membikin aku pusing kepala.
Dalam masa yang sama.. masa keluar membeli-belah semalam, sempat jugak aku ke kaunter Pusat Pungutan Zakat yang ada kat AEON AU2 tu. Sebab, sebelum bershopping memang dah target dalam kepala. Apa-apa hal pon… ini mesti wajib. Habis ku langsaikan semua keluarga dan juga untuk mak ayah kat kampung tu.
Ekr.. kali ni tadek gambar special eh? Saje nak update entri ni. Maklumla.. aku peram kedua-dua lens aku untuk raya tahun ni. Siap la hangpa. kakaka.. Owh tak lupa… untuk sapa-sapa yang nakkan tips terbaek fotografi ketika raya, saudara kita iaitu Saudara Saiful Adli ada bagi tips kat blog dia. Jom terjah… tak rugi baca habaq hanggggg!!!
NOTA: Nkorang tahu tak… aku tak tidok lagi sejak dari malam tadi. Ini semua gara-gara nak siapkan template AI MEDIA NETWORK tu la. Tetibe habis semua content dan page aku terdelete pagi subuh sepiie semalam. FFFUUUU…. memang terbark la!
NOTA: Nkorang perasan tak… semua entri ni semua kelaut.. same kelaut dengan tuan empunya dia yang tak tidor. Nkorang layankan ajelah citer ombak pasir dan pantai aku kat atas tu ye.
master slave
16/08/2013 @ 3:59 pm
ebook tu untuk dijual ke bro
Dawaihati
08/08/2013 @ 9:08 pm
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1434 H
Taqabbalallahu minna wa minkum
Maafkan lahir dan batin dari kami sekeluarga
Bang Iwan
08/08/2013 @ 11:06 am
Gema Takbir Menyapa Semesta,
Membesarkan dan Mengagungkan Yang Maha Esa nan Maha Suci,
Bersihkan Hati Kembali Fitri di Hari Kemenangan,
Terkadang Mata Salah Melihat dan Mulut Salah Berucap,
Hati kadang salah menduga serta Sikap Khilaf dalam Berprilaku,
Bila Ada Salah Kata, Khilaf Perbuatan dan Sikap,
Bila Ada Salah Baca dan Salah Komentar,
Mohon Dimaafkan Lahir dan Batin,
Selamat Merayakan Idul Fitri 1 Syawal 1434 H
Salam hormat saya sekeluarga
Bang Iwan
akubiomed
07/08/2013 @ 8:46 am
Syabas dan tanniah. Terima kasih softcopy yang diberikan. 🙂
titan
06/08/2013 @ 5:11 pm
Saya telah membaca post ini.
titan
06/08/2013 @ 5:08 pm
haha..dah. pi tido..gua dah lepas azab tak cukup tidur hari tu..