Malam kemarin iaitu pada 4/9/2013, Team Ai Media Network telah dipelawa oleh Amanz Media untuk turut sama menontot filem yang diperkatakan hangat yang penuh motivasi. Filem ini berkisahkah biografi seorang tokoh terkemuka dalam industri dan revolusi komputer iaitu Steave Jobs. Mendapat rating sebanya 5.5 dari IMDB. Aku ni, sebenarnya bukanlah Apple fag, jauh sekali la kalau aku nak bercerita kesah silam Steave Jobs ni.. kejap lagi mau la kelaut pergi dia.
Pada aku, jalan penceritaanya memang panjang gile dan agak membosankan bagi mereka yang hanya suka kepada filem aksi. Tapi untuk orang yang nak mengkaji macam mana Steave Jobs ni berjaya, aku sarankan nkorang pergi la menonton cerita ni. Cerita yang agak bermotivasi dan juga ada kekuatannya tersendiri.
Daripada jalan cerita yang panjang berjela tentang kesah Jobs ni, apa yang dapat aku simpulkan tentang dia:
- Steave Jobs adalah orang yang berani ambik risiko. Biarpun peluang kejayaan adalah tipis
- Pandai memanipulasi kemahiran orang yang sedia ada disekelilingnya untuk merialisasikan impian
- Dia juga seorang yang sangat passion dalam mengejar cita-cita dan innovasi dia.
- Perkara yang paling dia pantang adalah perkataan “mustahil”.
- Suka kepada inovasi dan idea pembaharuan.
Ok.. aku tak pandai sangat nak menilai orang hanya dari tengok cerita biografi macam tu. Tapi apa pula kesimpulan peribadi sebagai motivasi dalam diri aku?
Biar apa pon yang kita kejar selama ini. Baik ianya keduniaan, kebendaan, harta, kekayaan dan kemewahan… lambat laun kita juga akan tinggal kesemuanya dan kembali kepada Yang Maha Pencipta dengan berbekalkan amalan di dunia beserta kain kafan. Kan? Hari ni kan hari Jumaat… so tazkirah la sikit untuk pesanan kepada diri sendiri.
Dalam sedar tak sedar agak-agak dekat pukul sebelas la jugak waktu tayangan tamat. Nak tengok jam sekarang ni punye la payah semenjak Seiko Kinetik aku rosak beberapa tahun lepas. Dah lama sangat aku tak pakai jam. Rimas tahu setiap kali nak tengok jam, terpaksa belek telefon. Kalau telefon kecik macam orang lain tu, ok la lagi. Ini telefon aku Galaxy Note10.1!!! Agak-agak la.
Tiba-tiba terasa macam nak beli jam la pulak. Aku ni seorang yang sangat rumit dalam memilih jam. Alangkah best kalau dapat jam kat Zalora ni. Hahaha… tiba-tiba je buat angan-angan kan??? Kene pulak jenama Police ke (klik kat sini)… Pergh… Memang melonjak-lonjak la aku. Barangkali, kalau dapat free, mau aku buat review jam pulak.
Isu kenaikan harga minyak? Buat masa ni, aku berhenti untuk mengulas. Biarkan mereka berperang dulu kat sosial media. Lagipon, aku ni bukan pakar ekonomi. Kalau aku cerita apa pendapat aku pon, belom tentu ada orang nak amik kisah. Jadi, mari kita teruskan perjugangan hidup ni selagi mampu. Merungut tak akan selesaikan masalah. Berfikir, dan bertindaklah dengan waras!
Ehhhh… mana gambar? Ni ada la aku tangkap sekeping dua buat lepas gian. Siling tinggi nak mampos kot. Aku ni dah la tak pakar lagi nak main flash. Memang kantoi gile la. hahaha.
Sebelum aku terlupa, pada asalnya CEO Amanz MEDIA (Ikhwan Nazri) bercadang nak suruh aku jadi Official Photographer, kemudian cansel disaat akhir. Katanya sebab nak bagi aku focus pada cerita. Pasal tu la aku tak banyak gambar. Lepas kenyang perut, petik satu dua keping… dannnnn… layan makan popcorn. Hahahaha..
hazman aka species1980
18/09/2013 @ 4:12 pm
Yeah citer yang berikan kita semangat dan motivasi…. karektor yang yang berjaya memang wujud dalam diri beliau
blogger lelaki
15/09/2013 @ 3:42 pm
tengok cerita macam ni..maybe boleh memotivasikan diri kita..kalau kena dgn penghayatannya
blogger lelaki
15/09/2013 @ 3:41 pm
Saya telah membaca post ini.
Hairul Azni
10/09/2013 @ 12:46 pm
Untung dapat tengok cerita motivasi macam ni..
Muhamad Azman Ishak
10/09/2013 @ 11:54 pm
hahaha itu pon ade orang sponser bro. kalau harapkan aku nak pergi tengok citer ni, memang idak la.
muktasim
06/09/2013 @ 4:30 pm
terbaik.. memang boleh di jadikan inspirasi… 🙂
Muhamad Azman Ishak
10/09/2013 @ 11:58 pm
kalau sapa nak jadi usahawan berjaya… boleh ambik inspirasi dari hidup beliau. tapi tak semua jalan cerita hidup dia, diceritakan.
wazy
06/09/2013 @ 3:33 pm
Saya telah membaca post ini.
wazy
06/09/2013 @ 3:31 pm
Terbaikla….nasib baik takde button vote kat gambar sepupu Abang Jamil dengan Tekong,kalau tak boleh kita tengok siapa palign kacak,hehe
Muhamad Azman Ishak
11/09/2013 @ 12:02 am
hahhahaa hang macam memberi aku idea baru la untuk di implementasi kan dalam template baru. nice idea tu bro.
ZOOL
06/09/2013 @ 2:38 pm
wah dapat tgk movie free tu
Muhamad Azman Ishak
11/09/2013 @ 12:15 am
orang blanje. heehehe kita datang bawak diri je.
akubiomed
06/09/2013 @ 2:28 pm
Memang di tunggu untuk menonton filem ini. Nampak gaya tunggu secara rasmi dipanggung. 🙂
titan
06/09/2013 @ 2:28 pm
Saya telah membaca post ini.
titan
06/09/2013 @ 2:27 pm
apsal aku tengok tekong dengan sepupu abang jamil ni makin comel ea??
azman
06/09/2013 @ 8:16 pm
comel ada makna hahahha…
Muhamad Azman Ishak
11/09/2013 @ 12:19 am
comel tang perut? lol~
ejam
06/09/2013 @ 2:22 pm
Saya telah membaca post ini.
Kujie
06/09/2013 @ 12:25 pm
Jangan tak caya, kak jie ada dan baca buku pasal si Jobs ni
orang tech je dijemput ye..makcik² depa tk jemput ke? nak kena buat demo depan rumah Aman ni
ejam
06/09/2013 @ 2:20 pm
penghulu lupakan anak-anak buahnya itu biasa terjadi…haha
Muhamad Azman Ishak
11/09/2013 @ 12:17 am
kalau kak jie beli buku biografi steave job.. memang saya terkejut badak. respek 44 lapis. hahaha.
ps: aman kata, dia nak jemput kak jie. tapi takut kak jie bagi alasan tak minat citer geek. hahaha.. *ok ini tipu*
tekong
06/09/2013 @ 12:24 pm
Saya telah membaca post ini.
tekong
06/09/2013 @ 12:17 pm
Oi, bukan software cetak rompak. Software tu dah habis trial period. Kami takde duit nak beli software jadi biar jela pakai software yang expired trial haha