Cerita yang boleh dikatakan agak motivasi dan memberi kesedaran realiti
Cerita yang boleh dikatakan agak motivasi dan memberi kesedaran realiti

Malam kemarin iaitu pada 4/9/2013, Team Ai Media Network telah dipelawa oleh Amanz Media untuk turut sama menontot filem yang diperkatakan hangat yang penuh motivasi. Filem ini berkisahkah biografi seorang tokoh terkemuka dalam industri dan revolusi komputer iaitu Steave Jobs. Mendapat rating sebanya 5.5 dari IMDB. Aku ni, sebenarnya bukanlah Apple fag, jauh sekali la kalau aku nak bercerita kesah silam Steave Jobs ni.. kejap lagi mau la kelaut pergi dia.

Cam biasa, model Sepupu Abang Jamil yang memperagakan bunting
Cam biasa, model Sepupu Abang Jamil yang memperagakan bunting Sponsered

Pada aku, jalan penceritaanya memang panjang gile dan agak membosankan bagi mereka yang hanya suka kepada filem aksi. Tapi untuk orang yang nak mengkaji macam mana Steave Jobs ni berjaya, aku sarankan nkorang pergi la menonton cerita ni. Cerita yang agak bermotivasi dan juga ada kekuatannya tersendiri.

Daripada jalan cerita yang panjang berjela tentang kesah Jobs ni, apa yang dapat aku simpulkan tentang dia:

  • Steave Jobs adalah orang yang berani ambik risiko. Biarpun peluang kejayaan adalah tipis
  • Pandai memanipulasi kemahiran orang yang sedia ada disekelilingnya untuk merialisasikan impian
  • Dia juga seorang yang sangat passion dalam mengejar cita-cita dan innovasi dia.
  • Perkara yang paling dia pantang adalah perkataan “mustahil”.
  • Suka kepada inovasi dan idea pembaharuan.
Tekong... oooo tekong pakai software cetak rompakkkk... hayookkkk!
Tekong… oooo Tekong pakai software cetak rompakkkk… hayookkkk! (sapa yang pergi tengok je faham)

Ok.. aku tak pandai sangat nak menilai orang hanya dari tengok cerita biografi macam tu. Tapi apa pula kesimpulan peribadi sebagai motivasi dalam diri aku?

Biar apa pon yang kita kejar selama ini. Baik ianya keduniaan, kebendaan, harta, kekayaan dan kemewahan… lambat laun kita juga akan tinggal kesemuanya dan kembali kepada Yang Maha Pencipta dengan berbekalkan amalan di dunia beserta kain kafan. Kan? Hari ni kan hari Jumaat… so tazkirah la sikit untuk pesanan kepada diri sendiri.

Dalam sedar tak sedar agak-agak dekat pukul sebelas la jugak waktu tayangan tamat. Nak tengok jam sekarang ni punye la payah semenjak Seiko Kinetik aku rosak beberapa tahun lepas. Dah lama sangat aku tak pakai jam. Rimas tahu setiap kali nak tengok jam, terpaksa belek telefon. Kalau telefon kecik macam orang lain tu, ok la lagi. Ini telefon aku Galaxy Note10.1!!! Agak-agak la.

Tiba-tiba terasa macam nak beli jam la pulak. Aku ni seorang yang sangat rumit dalam memilih jam. Alangkah best kalau dapat jam kat Zalora ni. Hahaha… tiba-tiba je buat angan-angan kan??? Kene pulak jenama Police ke (klik kat sini)… Pergh… Memang melonjak-lonjak la aku. Barangkali, kalau dapat free, mau aku buat review jam pulak.

Isu kenaikan harga minyak? Buat masa ni, aku berhenti untuk mengulas. Biarkan mereka berperang dulu kat sosial media. Lagipon, aku ni bukan pakar ekonomi. Kalau aku cerita apa pendapat aku pon, belom tentu ada orang nak amik kisah. Jadi, mari kita teruskan perjugangan hidup ni selagi mampu. Merungut tak akan selesaikan masalah. Berfikir, dan bertindaklah dengan waras!

Ehhhh… mana gambar? Ni ada la aku tangkap sekeping dua buat lepas gian. Siling tinggi nak mampos kot. Aku ni dah la tak pakar lagi nak main flash. Memang kantoi gile la. hahaha.

Masa sampai, siap ada jamuan makan-makan kot.. perghhh REJEKIIII
Masa sampai, siap ada jamuan makan-makan kot.. perghhh REJEKIIII kottt…
Aiseymen... tiba-tiba muncul plak awek ni lalu depan lens...
Aiseymen… tiba-tiba muncul plak awek ni lalu depan lens…
Ok.. peace yo.. anda sekarang berada di laman blog AzmanIshak.Com
Ok.. peace yo.. anda sekarang berada di laman blog AzmanIshak.Com
Acara yang aku rasa paling ramai datang dari pelbagai sudut kepakaran teknologi - Jemput makan semua!
Acara yang aku rasa paling ramai datang dari pelbagai sudut kepakaran teknologi – Jemput makan semua!
Owhh... ni masa kat luar dari Hall. Sewaktu proses pendaftaran wakil-wakil MEDIA
Owhh… ni masa kat luar dari Hall. Sewaktu proses pendaftaran wakil-wakil MEDIA
Ok la.. pengelas... Beribbuuuu ribbbuuu tanniiyaaaaa untuk Amanz Media kerana berjaya menganjurkan acara sebegini. SALUTE!
Ok la.. pengelas… Beribbuuuu ribbbuuu tanniiyaaaaa untuk Amanz Media
kerana berjaya menganjurkan acara sebegini. SALUTE!

Sebelum aku terlupa, pada asalnya CEO Amanz MEDIA (Ikhwan Nazri) bercadang nak suruh aku jadi Official Photographer, kemudian cansel disaat akhir. Katanya sebab nak bagi aku focus pada cerita. Pasal tu la aku tak banyak gambar. Lepas kenyang perut, petik satu dua keping… dannnnn… layan makan popcorn. Hahahaha..