seminar-hartanah-abang-ensem-1Alhamdulillah, persoalan yang membelenggu dalam kepala aku sudahpun terjawab. Selama hari ni, banyak yang bermain dalam kepala hotak aku terhadap perkara yang berkaitan dengan properties (perumahan dan hartanah). Bayangkan anda boleh dilabelkan dalam katageri futured buyer, tapi anda tidak tahu macam mana nak mulakan prosess pembelian rumah.

Pendapat peribadi, sekiranya nkorang ni macam aku yang agak blur-blur, tapi nak beli rumah, aku nasihatkan nkorang datanglah seminar ni. Memang tak rugi!

Cikgu sudah tidurr.... mari kita main!!!
Cikgu sudah tidurr…. mari kita main!!! – Gambar cikgu berdengkur.. kekekekeke.

Sebelum aku mulakan dengan cerita ringkas aku mengenai input yang aku dapat di awal pagi tadi, aku nak kongsikan dulu lokasi PKNS BizPoint. Sebenarnya, aku memang tak pernah nak rodok sampai Shah Alam tu. Kalau ada pun, tak la sepelusuk alam. Jadi bila ditandakan plot sebegini, agak membantu bagi mereka yang nak hadir ke seminar ni pada masa akan datang.


Lihat Seminar Hartanah Abang Ensem dalam peta yang lebih besar
Peta Interaktif Lokasi: PKNS BizPoint, Shah Alam. GPS Coordinate: 3.10008, 101.631871

Peta minta bayangan pertama untuk membeli rumah
Peta minda bayangan pertama untuk membeli rumah

Kat sini aku senaraikan element yang pertama kali bermain dalam kepada hotak aku selaku fetured buyer. Bila kita sebut je nak beli rumah, apa yang dibayangkan dalam kepala adalah: Modal dan Harga, Perkara ni memang wajib. Kalau nkorang tak memikirkan masalah ni, itu tandanya nkorang ada masalah dalaman, meskipun nkorang ni anak jutawan.

Secara amnya apa yang aku boleh simpulkan dari Seminar Hartanah Abang Ensem di PKNS BizPoint Shah Alam ni,

Buku-buku yang dijual pada "harga maut"
Buku-buku yang dijual pada “harga maut”

MODAL ATAU PENDAHULUAN

Dalam seminar ni, memang perkara modal atau pendahuluan akan dibincangkan dengan sepuas hati mereka yang hadir. Nkorang boleh dapat input macam mana nak dapatkan 1st 10% untuk memulakan prosess pembelian rumah. Kalau nkorang nak suruh aku cerita, nanti akan jadi ajaran sesat. Aku cuma mampu hadir, dan laksanakan apa yang aku dengar, tanpa perlu berlengah-lengah.

Dalam soal modal atau pendahuluan ini juga, berkait rapat dengan perkara yang berikutnya iaitu Market Value of Properties (Harga Semasa). Persoalan yang kerap kita tertanya-tanya, berapa banyak kita nak buat pinjaman, berapa yang kita layak, macam mana nak apply, dari mana nak dapatkan modal… macam-macam lagi la kan, insyaallah semua terjawab.

MARKET VALUE (HARGA SEMASA)

Untuk membeli sesebuah asset tertutamanya dalam bidang perumahan, kita juga perlu tahu harga semasa untuk sesebuah rumah, bagi sesuatu kawasan tu. Dalam seminar ni juga ada disentuh teknik-teknik macam mana kita nak dapatkan market value. Pada aku ianya tips yang sangat-sangat berguna terutama apabila kita membuat DEALING dengan Agent Perumahan. Nak tahu macam mana? Yaa…. pandai… datang seminar!

Katanya gaya perut ketak-ketak.. tapi ku nampak cam nangka je! Lol~
Katanya gaya perut ketak-ketak.. tapi ku nampak cam nangka je! Lol~

LOKASI

Selain dari perkara modal dan market value, kita juga perlu faham, di makahah lokasi-lokasi berpotensi untuk kita membeli rumah sama ada untuk dijadikan asset mahupun menjana pendapatan. Boleh aku katakan, seminar ni bukan sahaja nak ajar kita macam mana nak beli rumah, tapi juga memberi idea macam mana nak mulakan perniagaan yang melibatkan perumahan dan hartanah.

GUAMAN DAN UNDANG-UNDANG

Perkara ni banyak orang yang tak reti dan tak tahu. Ini juga merupakan perkara terpenting dalam pembelian sesebuah rumah. Selain menyentuh macam mana nak melantik peguam, dalam seminar ni juga ada memberikan tips macam mana kita nak berunding dengan peguam yang kita lantik untuk melicinkan proses pembelian asset kita. Tips macam ni, nkorang takkan dapat kat mana-mana melainkan nkorang berkawan dengan rakan-rakan yang powderfull dalam pelaburan hartanah.

TERMA DAN SYARAT

Sejurus selepas melantik syarikat guaman untuk tujuan pengurusan dan permohonan pinjaman perbankkan, kita juga akan didedahkan tentang terma dan syarat-syarat umum untuk membeli sesebuah rumah. Ada juga disentuh bagaimana untuk melakukan DEALING dengan penjual, mengenalpasti DESPERATE SELLER dan macam-macam lagi.

Gaya dan bahasa yang santai, para peserta tak rasa begitu kekok walau pertama kali.
Gaya dan bahasa yang santai, para peserta tak rasa begitu kekok walau pertama kali.

PENUTUP

Secara jujur dari pandangan peribadi, aku sangat berpuas hati datang ke Seminar Hartanah Abang Ensem ni. Bukan sebab dia kawan-kawan atau dia bayar aku. Tolong skit, apa yang aku tulis ni adalah review peribadi aku tanpa profit sebab nanti aku nak mintak tolong Abang Ensem setelkan masalah aku.. muehehehehe.

Jadi kepada nkorang yang tertanya-tanya persoalan pokok seperti di atas ni…. aku nasihatkan, laburkan duit untuk hadir ke seminar ni. Series tak rugi. Dulu aku rasa macam SCAM jugak la, tapi selepas aku hadir pada hari ini, aku boleh bagi kata-kata: TERIMA KASIH! Saya sangat berpuas hati!

NOTA KAKI: Abang Ensem, kalau map tu salah, sila bagi tau aku ye. Nanti gua roger lu bro pasal masalah gua tu boleh? We make a good dealing!