Untuk Versi Premium:- Terdapat beberapa pilihan warna yang boleh ditukar sesuka hati

Alhamdulillah, akhirnya sampai ke peringkat fasa akhir sebelum melepaskan untuk penggunaan umum. Ya betul, pada asalnya saje nak seronok-seronok je buat template baru ni. Tapi oleh sebab atas beberapa perkara, aku focus-kan terus untuk penggunaan umum. Bercadang untuk dijual sebagai pulangan modal berjegil bijik mata sampai ke pukul dua tiga pagi. Nak carik duit sampingan untuk beli susu dan pampers anak. Boleh kan?

Rasanya RM200.00 tu tak terlalu mahal sekiranya mempunyai ciri-ciri istimewa. Tak perlu nak buang masa lagi, kat sini aku paparkan beberapa screen-shot untuk tatapan umum. Sebelum tu, kalau kamu mendapati terdapat paparan yang macam cacat, harap dapat maklum-balas dari kamu semua supaya ianya dibetulkan terlebih dahulu sebelum dapat dilepaskan tanpa sebarang masalah kepada pengguna. Terima Kasih Malaysia.

Bagi memudahkan pengguna, template setting disediakan.
Tetapan untuk membuat pengubahan warna atau memasukkan kod-kod modifikasi CSS. Tak perlu hardcoded
Setiap tetapan, disertakan dengan contoh print screen.
Tetapan FEATURED POST yang interaktif dan juga Single-FOTOBesar template.

Selain daripada tu beberapa ciri-ciri baru termasuklah:

  • Built-In Function/Plugin – Saya telah membaca post ini
  • Template FOTOBesar untuk kategori yang dipilih di bahagian tetapan
  • Fluid CSS
  • Memaparkan Featured POST
  • Menjadikan Featured POST berdasarkan kategori
  • Menjadikan Featured POST berdasarkan tajuk yang dipilih.
  • Menjadikan keseluruhan Featured POSt sebagai satu POST – amat sesuai untuk tujuan pengiklanan.
  • Ruangan Iklan yang telah disusun atur tanpa mencacatkan template.
  • TEXT-LINK function, yang diletakkan diantara perenggan.
  • Menukar FOOTER-TEXT (Credit Text)
  • Tetapan Sosial Media (bahagian Header dan Re-Tweet system)
  • FULLY SEO HEADER.
  • FACEBOOK META
  • dan beberapa hidden function atau mungkin…. mungkin anda mahu tambah lagi fungsi yang lain?

Sekiranya kamu merasakan RM200 terlalu mahal… aku tiada paksaan untuk kamu semua membeli pon. Kepada yang berminat sahaja lah. Kalau nak berdengki, maaf… ini bukan gelanggang anda. Masing-masing diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru. Aku mengambil langkah apa yang perlu aku perbaiki dalam diri aku. Bukan hajat nak berdengki ke ape ke.. tutup periuk nasi orang ke…

Tidak.. tidak sama sekali… untuk aku, aku masih memegang pada prinsip aku… “Siapa yang rajin dan berani… dia akan terus maju”. Jadi apa perlu berdengki? Dengki untuk sama-sama memajukan diri itu, tak salah… tapi biar kena pada tempatnya.

NOTA PERIBADI: Terima kasih kepada AJK ACIK KIAH PROPA di What’sApps yang banyak memberi sumber inspirasi dalam menjayakan usaha ni. Pssttt…. *tau kan?* – Ade la :p

NOTA 2: Aku harap, tadek sapa lagi akan bertanye…. “Mane LIVE DEMO nya???” – tumbuk perut nak? Blog ni la live demo dia…