Ape perasaan nkorang la… kalau baru jer berangan… tup tup hajat di hati ditunaikan? Fuhhh… Speechlessssss??? Tak tau nak cakap macam mane??? Rasa macam blur-blur??? Rasa macam di awang-awangan??? Macam tu la aku rasa. Dah lama dah aku menyimpan hajat untuk memiliki Samsung Galaxy Note 10.1 ni. Simpan duit sikit-sikit… last-last… tak jugak termampu nak beli.
Sebelum tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga la se-sangat-sangat untuk seorang Hamba Allah ni kerana sudi merialisasikan impian seorang bapa ni menjadi kenyataan. Siapa dia? Aku yakin, rakan pembaca pon boleh agak siapa kah dia. Cuba lihat sekeliling blog ni… Jumpe??? Syukur tak terkata la… kalau nak beli, memang sampai sudah la tak mampu. Boleh tengok gambar je la.
Maklum saja lah.. bila dah berumahtangga ni. Keperluan peribadi tu terpaksa dikesampingkan. Utamakan keperluan keluarga terlebih dahulu… Kalau ade belence-belence.. baru la untuk kegunaan peribadi. Tapi kebiasaannya la, kalau nkorang tengok yang mana “Bapak-Bapak-Type”, diaorang akan lebihkan keluarga dia dulu. Untuk diri dia.. dia tak ambik kesah sangat.. biar baju dia comot mahupon koyak sekalipon… dia tak kesah. Janji, isteri dan anak-anak dia dalam keadaan kemas, bersih dan sentiasa kelihatan segak.
Betul tak betul kenyataan aku tu? Kalau tak caya… cuba la tengok bapak kita… kalau kita belikan dia pakaian baru, jarang sekali dia nak terus buat basahan. Melainkan ambik bau je, kendian terus simpan dalam almari. Padahal, kita beli untuk dipakai hari-hari. Masa dulu-dulu aku tak berapa nak paham perkara ni, bila tengok gelagat abah aku tiap kali adik beradik aku beliΒ pakaian baru untuk abah, abah akan cuba pakai. Lepas tu, terus simpan.
Sekarang? Ye sekarang baru ku faham… erti pengorbanan seorang bapak. Baju yang dok ada tu la yang akan dipakai sampai lusuh. Baju baru tu pulak akan dirasmikan bila dia keluar berjalan jauh. Baru la dia akan pakai baju tu untuk dibuat basahan.
Rasanya macam agak kelaut la jugak aku ni kalau dah mula menulis. Tapi bila kembali bercerita pasal Gadget Impian… nkorang rasa… dalam dunia gadget ni, apa yang nkorang impikan? Kalau sebut iPhone5, rata-rata penggiat SEO dah tau pasal kontest kat blog DenaiHati. Ramai dok pakat atur strategi. Kali ni, teknik dan kaedah ditumpukan pada Google+.
Kalau teknik bermain SEO yang kebiasaan selama ni… memang aku yakin, ramai yang dah sedia maklum corak permainan dia. Tapi bila diklasifikasikan menggunakan teknik Google+??? Owh apakah? Aku rasa, untuk mereka yang nak tambah pengetahuan pasal ni, lebih baik ke blog DenaiHati. Kottt… kalau aku cerita karang, tersalah fakta pulak.
Oh ye… kepada yang dah join tu, aku ucapkan selamat maju jaya. Jangan malu untuk tonjolkan diri sendiri. Dalam pada itu, fahami apa matlamat anda dalam menaikkan penjenamaan diri sendiri. Ok? Jelas? Kelaut? Hahahaa… Kalau nak cakap pasal penjenamaan diri… nanti kita cerita pada hari lain lah. Sekarang ni nak uruskan anak kesayangan, Abang Long Amirul Amin. Ok bye…
NOTA: Terasa rindu betul pada anak dan isteri di Gurun, Kedah… Abah akan ambik mama dan Amirul Azhar hari Jumaat ni. Jaga kesihatan tau!
NOTA2: Sesi review Samsung Galaxy Note 10.1 mungkin aku akan buat dalam masa terdekat. Insyaallah, tapi tak boleh nak janji sebab komitment dengan rutin di pejabat agak sibuk sejak kebelakangan ni.
Tengok.TV
05/12/2012 @ 2:17 pm
Saya telah membaca post ini.
syu90
04/12/2012 @ 5:22 pm
woooowww..besnye..nsib baik dah ada SG tab 7 plus..hehe
Muhamad Azman Ishak
07/12/2012 @ 10:00 pm
itu kalau tadek lagi tu.. mau rembat jugak Note10.1 tu kan.. hehehehe
dzuandiey
30/11/2012 @ 10:10 am
Saya telah membaca post ini.
dzuandiey
30/11/2012 @ 10:08 am
wah…tahniah…harap sudi kongsi review tu nanti..emamng teringin juga nak memiliki SG Note tu..hehe..
Muhamad Azman Ishak
30/11/2012 @ 11:03 am
dzuan, insyaallah. sekarang ni saya sedang mencuba sendiri keupayaan tablet note ni dari pelbagai sudut. bila dah faham kaedah dan sebagainya, boleh buat rumusan untuk diriew.
puanbee
29/11/2012 @ 12:27 pm
dapat untuk di review ye ? tahniah laaaa … semoga dpt review best2 nanti .. cik abe teringin gak ..kesian dia macam ai juga , ketepikan kehendak dia demi anak bini wuu~
Muhamad Azman Ishak
29/11/2012 @ 3:38 pm
ye.. saya mendapat tajaan gadget ini. fuuu.. rasa nak jalan pakai kepala kebawah setiap hari. hehehe.
p/s: kesian cik abe ye.. insyaallah.. nanti ade la rezeki yang muncul berkat kesabaran dia bekorban untuk keluarga. amin!
Mus
29/11/2012 @ 9:04 am
Saya telah membaca post ini.
lewisdot my
29/11/2012 @ 2:13 am
tahniah bro dpt note 10.1 tu π
Muhamad Azman Ishak
29/11/2012 @ 4:17 pm
terima kasih π
UpProfits
29/11/2012 @ 12:44 am
Mantop Galaxy Note tuh..terbaik..bro Azman dh mencapai impian, para peserta contest gadget impian masih lg mengejar impian..hehe π
Muhamad Azman Ishak
29/11/2012 @ 4:18 pm
insyaallah.. sapa yang rajin usaha.. rezeki takkan kemana. kalau tak dapat jugak.. jangan cepat putus asa. mungkin yang “ini” kita tak dapat… tapi dibalas dengan ganjaran lain pulak.
– peace –
wazy
28/11/2012 @ 11:55 pm
Saya telah membaca post ini.
wazy
28/11/2012 @ 11:54 pm
Alhamdulillah,tercapai juga impian bro tu,tumpang gembira sekali,tak sabar nak baca review Samsung Galaxy Note 10.1 dari bro nanti π
Muhamad Azman Ishak
29/11/2012 @ 12:56 am
kalau berkesempatan.. aku akan review dalam minggu ni. kalau tak, harapnye sempat la minggu depan. by the way.. thanks for support wazy.
Tengok.TV
05/12/2012 @ 2:17 pm
saya mula guna note 10.1 akhir bulan 10 lepas.. ok la mengancam.. boleh dibaratklan abwah laptop setiap hari..
nak buat hal hal pejabat (yg tak melibatkan internet explorer sbb android tak support IE) secara online pun mudah terutama jika kita selalu berada luar pejabat ..
tak menyesal la berhabis duit beli..
MyJourneyMyPhoto
28/11/2012 @ 11:07 pm
Saya telah membaca post ini.