image
Syukur, Alhamdulillah…

Bukanlah maksudnye, orang yang menerima sumbangan tu… tangannya tak baik, ataupon juga tangan dia buruk. Tapi dimuliakan orang yang memberi tu kerana amal kebajikan yang dilakukan, tanpa diketahui oleh orang lain. Harus di ingat ya, ini tak sama macam baling batu, sorok tangan kat belakang tahuuu… Kalau yang tu, kategori lain.

Ape-ape pon kan lah, memang bersyukur sesangat, sekali lagi blog ini mendapat tajaan dari sorang hamba Allah tu selama setahun. Dia merupakan seorang insan yang agak cool… tidak mudah kalut dengan sesuatu perkara. Hidupnya biasa-biasa sahaja, disamping menjaga pergaulan dan batas-batas berkawan. Sentiasa menjadi tempat orang macam aku untuk bercerita dan bertanya pendapat. Ok…. cukup setakat tu pembayangnye hehehehe…

Kudoakan semoga hidupnya dan keluarganya dalam peliharaan Yang Maha Esa, amin.

EDIT: Owh ya… lupa juga aku nak ingatkan kepada rakan-rakan pembaca yang ingin turut memberi sokongan kepada peserta Kontest iPhone 5 – Gadget Impian… jom tolong-menolong undi kawan-kawan kita yang masuk bertanding. Cara-caranya ada kat sini. Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu. Kemudian baru boleh mengundi.

Nota: Baru je buat pembayaran… tak sampai lima minit…. hosting saya dah reply untuk bagi tahu yang status laman blog ni dah dikemaskini. Terima Kasih DataKL. Eh… tadek afilliate promotion untuk reader saya ke kan? Hehehehe…