Tiga kategori yang dipertandingkan...

Terima kasih kepada yang telah mengundi saya di DIGI-WWWOW untuk beberapa kategori. Kalau tak silap, untuk blog ni aku sendiri cuma masuk satu kategori je. Lagi dua kategori, Noktahhitam yang tambah untuk Negaraku.My dan jugak Gathering Buka Puasa Negaraku. Secara keseluruhannya ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan berada dalam TOP50.

Kire bersyukur la tu, tak menang pon tak pe. Janji aku dah pon break the border dengan masuk bertanding. Ada sesetengah tu dok berdengki dengan orang. Kata orang ni dok promote diri sendiri la.. semak la.. ape la.. at lease dia masuk gak bertanding. Kau hado??? Nak mengharap untuk menang, tapi penyertaan pon tak turut serta… memang tak dapat la kan.

Kalau AMANZ tak menang, memang hampeh la juri DIGI-WWWOW kali ni.

Masalah satu jer dengan DIGI-WWWOW kali ni, kalau nkorang perasan, meh aku mentioned-kan nama dia: Stevie Sebol. Boleh check kat sini dan sini.. dan merata-rata lagi nama dia. Aku pon tak tau ape genre dia ni… sampai semua kategori dia sapu… semua top-top vote. Sampai ke Samsung Apps kategori pon dia belasah.

Negaraku.My dalam TOP50, Bersaing hebat dengan Kucing.My dan jugak Blogr.My

Nak kata dengki sebab dia dapat most vote tuuu… tadek la dengki pon. Like I care je? Aku pon tak kesah. Lantak la,   cuma rasa annoying bila artikel yang dipertandingkan tadek kene mengena dengan kategori.

Aku harap pihak juri Digi WWWOW buktikan kata-kata kat atas ni ye. Untuk aku, bertanding dalam Digi-WWWOW ni bukan saja soal kemenangan… tapi ia adalah bukti kepercayaan pembaca anda dan jugak rakan-rakan yang nak tengok kita berjaya. Apa yang pastinya semua link Stevie Sebol tu macam disqualified. Sebab bila klik artikel dia, sistem redirect ke kategori lain.

NOTA1 : Kepada rakan-rakan yang masuk bertanding dan tersenarai dalam TOP50, aku nak ucapkan tahniah untuk nkorang kerana berjaya terpilih. Kalau ade peluang, lepas ni kita bertanding lagi ok!

NOTA 2 : Tak lupa juga ribuan terima kasih kepada DenaiHati-Network yang banyak membuat promosi tentang rakan-rakan yang masuk pertandingan pada kali ni.