Insya-Allah, aku cuba siapkan custom album ni dalam masa terdekat.
Insya-Allah, aku cuba siapkan custom album ni dalam masa terdekat.

Alhamdulillah, hari ni sempat ambik masa sikit untuk update blog. Sejak #SBDDB2013 itu hari, makin sebok tak terkalah bak kata Encik TITAN.. lulz~ Sebok melayan client yang datang dari pelbagai pelusuk. Ada sesetengah rakan, mereka cuma kenal aku sebagai seorang blogger fotograger. Ye betul, aku tak salahkan mereka ini kerana aku sendiri lambat sangat nak bertindak.

Sebenarnya dalam dunia IT ni, banyak mende aku buat secara sambilan, antaranya adalah designing, photografi dah tentu, event cover, advertorial, computer networking, IT Consultan, web developer dan macam-macam lagi. Selagi aku ada tallent, aku akan usaha semua yang aku mampu buat.

Sesi pendaftaran bermula
Sesi pendaftaran bermula

Sebenarnya meskipun sepanjang #SBDDB2013 itu hari, aku dok sebok berjalan ke hulu-ke hilir, namun aku sempat jugak hadam beberapa rangkap atau kata orang tu key-terpenting sepanjang seminar tu berlangsung. Ada banyak ilmu yang disampaikan secara terus, malah lebih banyak aku perolehi secara tidak langsung. Perkara ini sedikit sebanyak menaikkan lagi ghairah aku untuk meneruskan apa yang telah aku usahakan selama ni sehinggalah berjaya kelak, Insya-Allah.. amin.

Sepanjang tempoh shooting… sambil menyelam minum air, aku suka dengan beberapa kata-kata hikmat dari ahli-ahli jemaah menteri yang bersidang kat atas pentas tu. Antara yang aku suke adalah:

Lelaki berkumis membujur lalu melintang patah bersama kemeja pink :D
Lelaki berkumis membujur lalu melintang patah bersama kemeja pink 😀

Abang Ensem – Rahsia Beliau Menulis E-Book

Sebenarnya aku pon sekarang ni dalam proses menulis e-book mengenai fotografi. Tapi itu la masalah dia… memanjang je delay. Tapi lepas aku dengar petua dari Abang Ensem… dia kata “Jangan stress nak buat ebook. cuma ambik masa, satu hari satu muka surat pon cukup. Bila dah sebulan dah ade 30 muka surat.”

Kan… aku terfikir, betul gak.. kalau aku harung buat satu hari, sampai bersurat-surat muka dia pon, tak guna jugak kalau dari segi penghasilan dan kualitinya amat sampah. Maka, motif kewujudan ebook tu tak sampai kepada orang. Nanti orang kata ebook sampah. Ok Abang Ensem, terima kasih atas pesanan penaja tersebut.

Nisa... hamboih... kalau dapat Mikropon... tak mau berhenti berhujah.
Nisa… hamboih… kalau dapat Mikropon… tak mau berhenti berhujah.

Nisa Kay – Berterusan… dan berterusan

Nisa Kay juga merupakan seorang yang tak asing lagi. Dari segi apa yang dia cakap, aku memang akur, BERTERUSAN dan FOCUS KEPADA 1 SUBJEK adalah kunci kejayaan beliau sekarang ni. Memang aku setuju. Sebab rata-rata apa yang aku tengok, blogger-blogger yang berjaya ni, mereka lebih menumpukan kepada satu perkara dan dilakukan secara konsisten dan berterusan.

Blogger chumel sedang memberikan speech jalan-jalan dia.
Blogger chumel sedang memberikan speech jalan-jalan dia.

Ryyan Harries – Keluarkan modal sendiri

Sungguhpun Ryyan sangat comel, tapi dia adalah individu yang punya personaliti istimewa bagi aku. Apa pesan yang aku dapat daripada Ryyan adalah, “kalau kita nak orang taja kita… terlebih dahulu kita kene la keluar modal”. Ini berlainan dengan sesetengah tipikal masyarakat kita. Nak sponser, masalahnye pengorbanan tu tak wujud untuk pertama kali dalam diri. Maka agak sukarlah orang nak nampak kita. Sacrifice dulu duit sendiri… Insya-Allah, pulangannya akan digandakan jika niat tu betul.

Encik... encik... turn encik untuk berucap dah sampai... sila jangan tidor please...
Encik… encik… turn encik untuk berucap dah sampai… sila jangan tidor please…

En. Titan – Asingkan Niche dan Promosi Tak Terkalah

Pada mulanya aku sangka dia nak buat promosi Cendol Banting… tapi mujur la tak. Kah kah kah… sungguhpon macam tu, sempat lagi buat lawak dalam muka yang series bukan main. Apa key-point penting? Asingkan Niche! Kalau aku cuba adaptasikan dalam diri aku… adalah: Kenalpasti dan asingkan kepakaran mengikut rutin kesesuaian.

Gambar-Gambar-Seminar-Buat-Duit-Dengan-Blog-2013-_MG_8343
Eriqazz… ni datang lambat ni pasai ape ni? Sila ketuk-ketampi patploh kali.. hahaha

Nampak tak? Memang la En. Titan dan semua ahli panel tu bercerita tentang diri mereka. Tapi, macam mana pula cara kita nak pikirkan untuk mengadaptasi cara mereka untuk melahirkan kejayaan pada diri kita. Mereka semua tak kesah pon kalau kita nak tiru mereka… pasal tu mereka bagi semua tips. Tapi apa yang kita perlu buat adalah cara bagaimana nak hadamkan kesemua dalam corak kehidupan kita.

Khusyuk dan tawaddu' mendengar ilmu yang disampaikan
Khusyuk dan tawaddu’ mendengar ilmu yang disampaikan

Meskipon semua orang mendapat TIPS yang sama, tapi tak semua orang mampu ikut atau mampu adaptasi dalam kehidupan harian. Ini lah punca yang kita nak kenal pasti, di mana sebenarnya batu penghalang yang menghalang kita dari mencapai kejayaan tersebut.

tuuuu dia bakhang... kalau dah pro, sambil duduk pon boleh shoot.
tuuuu dia bakhang… kalau dah pro, sambil duduk pon boleh shoot.

Dah berkajang aku membebel kat atas ni… nkorang nak layan gambar gak ke? Jom la.. aku selitkan sekeping dua, buat lepas gian. Selebihnya ada di Group DenaiHati dan tak lama mungkin, ada lagi banyak aku share photo dalam entri blogger jemputan kat blog Tuan DenaiHati nanti.

Abang Zarul Umbrella
Abang Zarul Umbrella
Brader ni selak dapat lens samyang... hahaha.. baru hang taw kan? :p
Brader ni selak dapat lens samyang… hahaha.. baru hang taw kan? :p
Badang-badang dari Team DenaiHati.
Badang-badang dari Team DenaiHati.
Auuuuuucaakkkkkkkk.........
Auuuuuucaakkkkkkkk………
Brader baju biru dan ber-cap ni.. kalau bab makan... dia yang serbu dulu
Brader baju biru dan ber-cap ni.. kalau bab makan… dia yang serbu dulu
Ade orang kecik hati.. gambar dia tadek.. nah.. kan cah kene candid. kekeke
Ade orang kecik hati.. gambar dia tadek.. nah.. kan cah kene candid. kekeke
Cik adik manis... sweety gojes #SBDDB2013 hehehehe...
Cik adik manis… sweety gojes #SBDDB2013 hehehehe…
Datin Zorro... aka Datin Tyka hehehe,... hai datin :p
Datin Zorro… aka Datin Tyka hehehe,… hai datin :p
Aku suke sangat candid yang ni.. hahaha tepat ke sasaran.
Aku suke sangat candid yang ni.. hahaha tepat ke sasaran.
Teknik Hikmat Angin Lentang Pukang melawan Teknik Tak Terkalah....
Teknik Hikmat Angin Lentang Pukang melawan Teknik Tak Terkalah….
Cikgu Naman... Haaaa... kan dah kenaa!!!
Cikgu Naman… Haaaa… kan dah kenaa!!!
- BONZER -
– BONZER –
katenye buat muke predator... erk.. aku tengok macam Joker je. hahaha
katenye buat muke predator… erk.. aku tengok macam Joker je. hahaha
Kak Siti Rokian - Orang Kuat AJK Seminar
Kak Siti Rokian – Orang Kuat AJK Seminar
Intan... jangan lupe... satu tiket flight untuk acik tawww
Intan… jangan lupe… satu tiket flight untuk acik tawww
Nak lari mana? Ooo... alasan la tu nak skip blanje nasi beriyannniii...
Nak lari mana? Ooo… alasan la tu nak skip blanje nasi beriyannniii…
Beribuuu-riiibbbbuuuu tannniiyyyaaaaa.... Semoga berjumpa lagi.
Beribuuu-riiibbbbuuuu tannniiyyyaaaaa…. Semoga berjumpa lagi.

Ok dah abis… aku nak keluar pergi lunch. Akhirnya.. sempat jugak aku update blog aku dengan berkajang dan berjayanya. Terima Kasey Malaysia!