Sampai jugak akhirnya. Hampir dua minggu aku menunggu

Rasanya dalam 2 minggu sudah, aku ada terbaca satu entri yang di-PING di Negaraku.My. Dalam entri tu tercatat yang MOO.Com ade buat promosi percuma percetakan Facebook Timeline Kad. Sebelum ni ade la aku tengok kawan-kawan dok tayang kat blog masing-masing, masa tu bengkak jugak la jeles. Lepas je tau yang 50 keping tawaran percuma dibuka sekali lagi, aku tak pikir panjang… terus jer generate dari laman web MOO.Com

Layan macro sikit.. tengok dengan jelas tulisan dia tak pecah-pecah pun.

Proses pembayaran cukup mudah, pasal aku ade kad “gores dan menang…” bhahaha.. memang macam hampagas jugak. Semata-mata nak kad tu untuk ditayang kat kawan-kawan. Apa yang bagusnya masa promosi ni, kad ni diberi 50 keping secara percuma. Aku cuma perlu bayar kos penghantaran yang berjumlah $3.50 (dollar)  kalau tak silap aku.

Bukan sekeping.. tapi 50 keping!!!

Ok la jugak, kira berbaloi. First impression, aku memang kagum dengan hasil percetakkan dari MOO.Com. Seterusnya, kualiti kertas yang digunakan pon bukan calang-calang. Lebih keras dari postkad yang ada kat Malaysia ni. Ni kira aku promote free la, sebab MOO.Com pon dah kasik aku free. Apa salahnya. Lepas tu, packaging pulak pakai bubble envelope. Memang terjamin kotak tak pecah atau terpenyek.

Kotak yang menyimpan kad ni pon kualiti dia sangat baik.

Suka aku ingatkan, untuk link percuma ni, kita tidak diberi pilihan untuk menukar gambar. Aplikasi dari laman web MOO.Com ni terus generate daripada Timeline Cover History. Bermakna, kalau kita kerap tukar Facebook Timeline Cover, maka banyak la gambar akan di-GENERATE. Oleh itu, sebelum generate di MOO.Com, sila buat massive pertukaran Timeline Cover. Pilih gambar yang cantik-cantik.

Services tu, eksyen je lebih. Sekadar memenuhi ruang kosong yang disediakan. Haha..

Sekarang, baru la ade konfident kalau pergi majlis-majlis blogger. hahaha.. kalau tak, orang keluarkan kad blogger… aku keluarkan kad bisness tempat kerja.. Mane kelas. Lain la kalau datang untuk majlis rasmi untuk eksekutif ke.. hape ke.. Rasa macam tak berapa nak sesuai la kalau bagi bisness kad tempat kerja. Tapi kalau dah tadek choice, ape salahnye.

NOTA: Sayang la nak kasik kat orang. Lawa sangat… berkualiti plak tu.. hehehe!