Kalau dah ada kemudahan, tapi masih tidak diaktifkan, pon tak guna jugak
Kalau dah ada kemudahan, tapi masih tidak diaktifkan, pon tak guna jugak

Ni orang kata, kalau kene curik ke… kene rembat ke, tercicir ke, kalau nak hilang tu, hilang jugak la kan. Tapi adakah kita nak biarkan yang hilang tu dengan keredoan sedemikian? Takkan tak mau nak usaha langsung? Nampak tak ayat pembuka selera?

Hari ni aku rasa nak berkongsi dengan rakan-rakan yang mempunyai telefon pintar iPhone dan mempunyai kemaskini iOS 7.0.6. Serta…. serta… dah di JAILBREAK! Kalau belum jailbreak, boleh semak pada pautan ini. [Sila klik untuk JailBreak iOS 7.0.6]. Salah satu mengapa dinamakan JailBreak adalah, untuk memecah limitation yang ada pada iOS. Sebelum tu, ya betul, acik dah lama dah pakai iPhone 5S. Dah jangan nak troll lebih-lebih :p

PENAFIAN: Saya tanak tanggung apa-apa masalah awak, sekiranya awak ikut panduan dalam blog ni atau mana-mana pautan yang saya sediakan, lantas menjadikan telefon pintar awak tidak lagi pintar seperti dulu. Sila pastikan awak faham dan yakin apa yang awak sedang buat. Kalau rasa-rasa kurang pintar, jangan nak buat!

Terdapat berbagai cara dan aplikasi yang boleh digunakan untuk menjejak iPhone atau sebarang iOS device kesayangan nkorang tu. Kat sini aku ada menggunakan beberapa perisian sebagai backup plan. Dengan mengambil kira, segala tetapan asas seperti iOS ID, iCloud ID, iTunes ID, G-Mail akaun dan sebagainya telah ditetapkan pada telefon, jom kat bawah ni adalah perisian yang ada pada iPhone 5s aku.

  • Find iPhone
  • iCaughtU
  • Activator

Find iPhone

Terus ke https://www.icloud.com/#find sekiranya anda mempunyai ITunes ID
Terus ke https://www.icloud.com/#find sekiranya anda mempunyai ITunes ID

Aplikasi ni merupakan aplikasi percuma yang diberikan untuk pengguna iOS Device [sila klik pada pautan ini] untuk memuat turun melalui iTunes. Apa yang menariknya dengan aplikasi Find iPhone ni, kita boleh:

  • Memadam segala data
  • Membunyikan siren
  • Memaparkan mesej di skrin hadapan
  • Membuat sekatan penggunaan serta merta
Screen paparan peta lokasi iOS device anda berada
Screen paparan peta lokasi iOS device anda berada

Untuk mencuba atau mengaktifkan semua fungsi di atas ni, tersangat mudah. Dari pada mana-mana komputer atau tablet anda:

  1. Log masuk ke: https://www.icloud.com/#find menggunakan login akaun ID iTunes anda
  2. Daripada paparan peta, terus saja lakukan yang terbaik untuk menjejak telefon anda.

iCaughtU

Antara perisian JailBreak yang aku sangat-sangat suke.
Antara perisian JailBreak yang aku sangat-sangat suke.

Perisian ini merupakan perisian yang aku paling suka. Ianya adalah percuma. Tapi masalahnye pulak, ianya dikhususkan khas untuk pengguna iPhone atau iOS device yang telah di-JAILBREK. Kalau iPhone nkorang dah JailBrek, aku nasihatkan install aps ni dari mana-mana REPO yang bertauliah. Memang tak rugi.

Lepas tangkap gambar, aplikasi ni, akan email gambar serta lokasi kat email kita.
Lepas tangkap gambar, aplikasi ni, akan email gambar serta lokasi kat email kita.

Antara kelebihan yang ada adalah selepas pemasangan dan tetapan dibuat:

  • Menangkap gambar orang yang masuk password salah (dalam tetapan kiraan)
  • Menghantar gambar dan lokasi kepada email anda (kene setting)

Activator

Activator ni pon bagus. Kalau nkorang kreatif, lagi banyak function yang boleh dibuat
Activator ni pon bagus. Kalau nkorang kreatif, lagi banyak function yang boleh dibuat

Ok, yang ni pon, aplikasi yang sama jugak macam iCaughtU. Aplikasi ni nak kene install melalui Cydia. Apa yang best untuk Activator ni, apa yang aku buat adalah, aku nak pastikan iPhone aku sentiasa mempunyai data dan sokongan GPS. Supaya mudah aku nak tracking andai tersalah letak atau hilang.

Ni apa yang aku setting kat telefon aku. Nkorang boleh jugak set Trigger By Sms function menggunakan activator
Ni apa yang aku setting kat telefon aku. Nkorang boleh jugak set Trigger By Sms function menggunakan activator

Cara yang aku aplikasi adalah:

  • Apabila telefom bersambung dengan WiFi, maka aktifkan GPS, serta matikan 3G
  • Apabila terputus dari WiFi, maka aktifkan 3G serta aktifkan GPS jika ianya dimatikan.

Kesimpulan

Kesimpulan yang aku boleh buat adalah, kalau kita nak guna kecanggihan ni, tapi risau habis bateri la, kita tanak guna data la, tak verified ID la, tak tetapkan keselamatan la, tu semua antara punca yang kalau hilang, sendiri akan gigit jari. Oleh itu, sebelum terlambat, tak salah kiranya kalau kita kemaskini sistem keselamatan telefon bimbit kita dimasa sekarang. Kita tak tau apa yang bakal berlaku di masa depan.

Rata-rata dari kita mampu membeli telefon baru, kalau telefon sedia ada hilang. Itu tak dinafikan (cepat atau lambat, bergantung pada poket). Beli telefon baru, selesai masalah telefon, tapi masalah data yang ada dalam telefon tu? Sebab itu ada orang sanggup tawarkan dengan jumlah wang yang besar semata-mata untuk pulangkan simkad dari telefon yang dicuri.