Sebenarnya tak hilang. Sebelum ni memang tak perasan pon pasal Custom Field ni.. sebab jarang sangat la guna. Tapi untuk mereka yang pakai custom field untuk isi permalink thumbnail.. memang akan perasan perkara ni. Kalau ade sesapa yang “tersedak” saya ulangi… “TERSEDAK!!!” dengan perkara ni… lepas tu panik menggelabah biawak carik ruang custom field tak jumpe selepas update WordPress (macam saya)… maka caranya seperti di bawah.

  1. Login masuk ke blog anda.. lepas tu tengok hat bahagian header.. akan nampak perkataan Screen Option.
  2. Klik ke:- Screen Option –> Tanda Semak di kotak [/] Custom field

Nota: Bhahaha… dah siap.. sengal betul kan? Masa tanak guna.. tanak ambik tahu langsung perkara ni.. tapi bila dah terhantuk.. baru nak terkial.